TIPS UNTUK PRAKTIKUM
Orait people ! Tau apa itu praktikum ? Praktikum ni samalah juga maksudnya dengan praktikal. Cuma praktikum ni selalu digunakan untuk bakal cikgu - cikgu berpraktikal. Jadi di kesempatan ini, aku nak share la beberapa tips untuk berpraktikal. mana tau kot - kot ada diantara korang yang akan mula berpraktikum lepas ni enn so boleh je gunakan beberapa tips yang aku ingin kongsikan.
Sebelum bermula mengajar, korang kenalah prepare kelengkapan diri korang sendiri. Sebab imej seorang guru itu sangat penting dan dinilai,tambah lagi untuk cikgu praktikal, serba serbi dinilai dari hujung rambut sampai la hujung kaki. Jadi disini aku sertakan beberapa benda yang mungkin korang boleh guna pakai untuk berpraktikum.
- Diary - sebagai catatan aktiviti korang, mudah untuk buat report dan journal
- Pakaian - Kalau boleh dalam senarai korang, sertakan sekali baju batik dan baju beruniform
- Kelengkapan Mengajar - yang ini agak penting sebab kadang - kadang dekat sekolah tu kelengkapan asas macam marker pen tak disediakan.Pengalaman aku pula, untuk alat bantuan mengajar, lebih suka buat sendiri dan tukar - tukar dengan member. Boleh variety kan dalam beberapa subjek
- Gadjet - Ini pun agak penting sebab kadang - kadang gadjet seperti mini speaker jarang disediakan di sekolah. Ditambah pula sekarang serba serbi canggih. Peralatan seperti laptop dan speaker mini ni selalu digunakan untuk kelas listening .Kalau beli tu, murah je dalam RM 20 ke bawah dah boleh dapat.
okay untuk kelengkapan aku rasa mungkin tu je kot, kalau ada yang lain mungkin korang boleh topup sendiri, kehkehkeh, sekarang aku nak share tips sepanjang berpraktikum
- 1st day lapor diri, kalau boleh pastikan korang ke perhimpunan sekolah baik pagi ataupun petang, sebagai langkah permulaan
- Sepanjang berpraktikum , korang kena jadi neutral sehabisnya dan cuba bergaul dengan semua orang walaupun keadaan AWKWARD itu sangat melemahkan semangat korang
- . Walaupun korang paling muda dan terbiasa dengan keadaan yang serba moden, korang kena adapt dengan situasi sekolah tu sendiri.Pendek kata datang tempat orang, ikut gaya dorang
- Hari pertama masuk ke kelas, jangan sesekali bagi layanan 100 peratus baik. sebab silap haribulan student akan ingat korang senang 'dibuli' . Kalau boleh 1st Impression korang tu biar tegas, tapi janganlah sampai bermasam muka enn.
- Berlaku adil kepada semua student. Ingat jangan sesekali melebih atau merendahkan mana- mana student. Sebab effect kepada seseorang pelajar itu sangat mendalam dan bermain dengan emosi.
- Gunakan class management sebaik habis . Dalam mengawal keadaan kelas yang agak bising dan riuh rendah korang boleh gunakan beberapa teknik untuk mengawal kelas ni. sebagai contoh korang boleh gunakan reward jika mereka berada dalam keadaan baik.Reward pula biarlah senang dan mudah didapati.
- Senyum dan memberi salam kepada semua kakitangan sekolah. Yang ini sangat penting! Jangan sesekali korang bermasam muka , silap langkah korang akan dicop sombong dan kemungkinan besar reputasi korang sebagai kumpulan guru praktikum dari institusi sekian - sekian akan dipandang serong
- Projek atau Mural. Selalunya guru praktikum ini akan diberi projek untuk dibuat. Jangan sesekali anggap ini sebagai satu hukuman. sebab ini merupakan satu pengalaman bagi korang. Buat biarlah ikhlas,kalau ada guru lain yang minta tolong pula, cuba takat termampu, kalau tak boleh tu tolak dengan keadaan baik. Fair enough right ?
- Dapatkan tips dan pandangan mengenai student dan sekolah pada guru senior.
rasanya itu je kot antara tips dan pandangan yang aku boleh kongsi. Jadi untuk rakan - rakan yang bakal berpraktikum , Goodluck dan selamat mengajar!
p/s : correct me if i'm wrong :)
8 comments:
segaknya cikgu khai sorang ni....
nk tnya...selalunya cikgu praktikum ni akan dapat gaji dalam masa bpe bulan ea??
Cikgu Praktikal tak daibayar gajinya :)
@Mek Oniehaha ade2 je enn cik onie nih
@Anonymous selalunya tak ada gaji. yang ada hanya elaun. dan elaun tersebut tertakluk pada institusi
@Theleftbehindyup! tq :)
ehhh khai ambik ape ? wahh kemain ;D
ni semangat nk jdi cikgu berkobar2
ada tak nota untuk subjek tertiary level language and study skills
Post a Comment