Assalamualaikum dan salam sejahtera semua orang !
Baru - baru ni sekali lagi mendapat jemputan dari Nuffnang dan Resort World Genting Highlands untuk naik ke Genting Highland, syukur sejak kebelakangan ni banyak je event yang dapat kehkehkeh. Untuk edisi 3. 0 , baru - baru ni aku ada post mengenai YNOT Graffiti Art Competition dimana peringkat akhir telah pun diadakan di Taman Tema Genting Highland. jadi suasana di sana tersangatlah meriah dengan kehadiran blogger - blogger dan juga media yang di jemput khas untuk buat liputan mengenai event ini. *aiceh ayat berdarjat tinggi nih! * .
Jadi sepanjang 2 hari 1 malam kami berkampung disini, pelbagai aktiviti telah disediakan antaranya Makan, Makan dan juga Makan . haaa!! aku rasa duduk 2 hari dekat sini, berat naik secara pesatnya . ok tu aktiviti utama, selain itu kami dihiburkan dengan persembahan dari kumpulan Elexcoldxhot. yang paling style dorang menari guna suit L.E.D. memang terbaik ! kalau sebelum ni dapat tengok dorang dalam tv je, sekarang duduk depan mata je khas untuk blogger yang hadir malam tu. Terima kasih Resort World Genting Highland!
selain itu juga, kami diberi peluang untuk mencuba tarikan terbaru di Taman Tema Genting Highland iaitu The Waves .permainan memang giler cool ! aku sendiri dah 5 kali main benda ni ! memang syiok habis dan korang wajib cuba permainan ini. Are U Waves Enough ?
kebetulan juga dengan event ni, ada Genting Water Festival, jadi semua blogger diberi peluang untuk turun sendiri pada petang tu untuk bersama - sama main air dan juga buih yang disediakan . suasana jangan cakaplah memang happening. Selalunya orang datang main theme park, kiteorang main buih. Terima kasih Resort World Genting Highland!
jadi dikesempatan ini sekali nak ucapkan terima kasih kepada Resort World Genting walaupun banyak kali dah sebut kerana menjemput, menggemukkan,menghiburkan dan juga layanan 5 bintang untuk kami disana! Jadi untuk korang yang tengah baca ni, jom ke Taman Tema Genting Highland, terdapat pelbagai tarikan terbaru disana termasuk yang terbaru dinding graffiti yang gempak !!
p/s : baru ada kesempatan update. banyak pulak masalah bila nak update entry kehkehkeh
GENTING HIGHLAND 3.0 EDISI YNOT GRAFFITI FINALE
by
khai artzfar
on
29.5.13
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua orang ! Baru - baru ni sekali lagi mendapat jemputan dari Nuffnang dan Resort World Gent...