Total Pageviews

PERCUTIAN KE PULAU LANGKAWI PART 1

Assalamualaikum dan salam sejahtera ! 

Sebenarnya entry telah lama disimpan, percutian ni pun aku pergi tahun lepas. Almaklumlah busy la katakan. cuti sekolah pun nak dekat dah kan? jadi korang boleh je ambil entry ini sebagai tips untuk rancang percutian *alasan* kehkehkeh ..



Perjalanan kami dari rumah ke Kuala Perlis mengambil masa lebih kurang 2 jam. memandangkan rumah aku sendiri di kedah. dan mesti ada yang tertanya kenapa kiteorang tak naik dekat Kuala Kedah? sebabnya, di Kuala Perlis tambangnya agak murah sedikit dan jarak perjalanan ke Pulau Langkawi pun kalau tak silap lagi dekat. 

Kami sampai di Jeti Kuala Perlis dalam pukul 10 pagi. sampai je , tengok ramai betul orang yang beratur membeli tiket feri. bayangkan kami beli tiket pukul 10 pagi, dan kena naik feri pukul 1 tengahari . tak ke lama tu?


 jadi tips buat korang yang nak beli tiket tu, kalau boleh datang seawal yang mungkin bagi mengelakkan kejadian seumpama ini berlaku. ditambah pula keadaan jeti Kuala Perlis yang tak berapa sempurna sebab kerja - kerja pengubahsuaian sedang dilakukan memang agak haru - biru dalam tu . 

pukul 1 tengahari je terus kami naik feri dan perjalanan dari jeti Kuala Perlis ke Pulau Langkawi mengambil masa lebih kurang 1 jam. terus - terang aku cakap percutian kali ini yang agak teruk bagi aku, sebab demam panas sepanjang di sana. jadi nak tak nak kena enjoy dengan keadaan demam. 




sampai saja di sana, kereta sewa menunggu kami. Avanza menjadi pilihan keluarga aku sebab kuantiti kami yang sederhana . kadar  harga sewa untuk sehari adalah RM 150. kira murahlah sebab time tu peak seasons.

sampai disana destinasi pertama kami adalah ke Gudang Gamat kira - kira 10KM daripada pekan Kuah. dekat sini , pelbagai jenis ubat dan minyak dijual, harga pun murah. 




selesai kami di Gudang Gamat, kami ke Makam Mahsuri. kalau korang dekat Langkawi ni, jalan dia banyak sangat, jadi mana - mana pun boleh tembus.  so dont worry kalau sesat, bezanya cepat dan lambat je 







dekat Makam Mahsuri ni korang boleh tengok sejarah hidup dia dan tengok sendiri rumah dia. so dekat situ boleh bayangkan la zaman mahsuri macam mana. bayaran yang dikenakan untuk masuk ke Makam Mahsuri adalah sebanyak RM 5 untuk dewasa dan RM 3 untuk kanak - kanak. 

ok itu je untuk part 1 panjang sangat pulak rasa, banyak lagi cerita sepanjang di Langkawi menanti dalam part seterusnya. nantikan! 

p / s : tak ohsem berjalan dalam keadaan sakit 

[Berita Terkini] Isu-isu Lahad Datu. Dapatkan semua di sini !  ]

5 comments:

Unknown said...

uihhhh ! lama tue baru nak update. hihihi. ekceli, sye langkawi tak pernah jejak lagi. bila lah seyh..

✿INA AINAA✿ said...

Ada cokolat untuk ena tak??? p langkawai eh eh langkawi bukan nak ajak ena.. huuuuuuuuuuuuuuu lama dah tak pergi ke sana

Unknown said...

Wehhhh!!!! Jelez weh! Aku tak pernah jejak langkawi lagi ni. Bila nak ajak aku ikut sekali?

Luqman Zakaria said...

lamer giler rncng nk p langkawi tp xpergi2 lg..jeles nih..lol

Mek Onie said...

pehhhhhh,nak coklat !