Total Pageviews

PILIHAN BAS TERBAIK DI MALAYSIA

Assalamualaikum dan salam sejahtera !

selalu kalau balik kampung, bagi yang menaiki pengangkutan awam seperti bas mesti nak selesa kan?  tambah lagi kalau kampung atau destinasi tu jauh yang ambil masa berjam  - jam.

 jadi untuk entry kali ini, aku nak share dengan korang antara bas yang menyediakan perkhidmatan terbaik berdasarkan pengalaman aku sendiri mencuba bas - bas ni even pernah patah tangan kes tersepit pintu bas *baca disini* kehkehkeh

INTERCITY 



setakat ini aku masih lagi boleh katakan bas ini antara yang terbaik untuk yang berjalan jauh terutama ke utara tanah air. terdapat banyak kemudahan dalam bas dua tingkat ini dan menariknya harga tiket sama seperti bas lain. 
( Kuala lumpur - Alor Star RM 39 ) Antara kemudahan yang disediakan adalah : 
  • Single Seat / Double Seat
  • Tempahan Online
  • WiFi Percuma 
  • Plug di setiap tempat duduk 
  • Air mineral percuma
  • DVD dan Astro di dalam bas 
  • Tempat letak motor di bahagian bawah bas 
  • System Ticketing 
  • VIP Seats 
PANCARAN MATAHARI



bas ini boleh dikatakan agak baik jugaklah sebab kadang - kadang lewat  bergantung keadaan, ditambah pulak dengan tiket yang agak sedikit mahal RM45 . tapi apapun dalam part kemudahan memang baik 

  • Single Seat / Double Seat
  • Tempahan Online
  • DVD dan Astro di dalam bas 
  • VIP Seats 
  • CCTV untuk keselamatan penumpang 
SANI EXPRESS



aku rasa mesti ramai yang masih ingat tragedi kemalangan bas sani express yang meragut nyawa penumpang bas ini. tapi selepas daripada itu, syarikat ini mengambil inisiatif untuk mempertingkatkan keselamatan bas mereka.

 jadi untuk mereka yang utamakan keselamatan dan keselesaan aku syorkan bas ini. 

  • Double Seat
  • Tempahan Online
  • DVD
  • VIP Seats
  • 24 Hours Careline services 
  • Speed Limiter
  • Electronic Stability Control (ESP)
  • Anti-Lock Braking System (ABS)
  • Traction Control (TC)
  • Automatic Brake Slack Adjuster interlock Valve with Parking Brake
  • Asbestos - free lining
Lain Lain
  • Cosmic 
  • Plusliner
  • MaraLiner
Kebanyakan bas sekarang ini susah nak punctual on time, aku pun tak tau dekat mana masalahnya, sampai kadang - kadang ada pelancong yang merungut, dah tak pasal - pasal memburukkan imej negara. 

apapun ini hanya review dari aku, ada lagi bas terbaik yang korang tau?  Apa kata kongsi pengalaman korang menaiki bas dekat sini... 

p / s : serik naik bas tambahan 

Wow ! Korang tau kenapa Dinosaur pupus ? 

1 comment:

✿INA AINAA✿ said...

seumur idop ena, tak pernah naik bus kalau nak balik mana2... naik bus kalau ada event2 universiti camtu pernah la.... maksudnya kalau nak pergi jauh2,.. huuuu