Total Pageviews

Assalamualaikum , salam sejahtera semua orang ! 


Yeah men ! mulai hari ini blog budak pacak dah ada domain sendiri , iaitu www.budakpacak.my . kalau sebelum ni pakai url khaiartzfar.blogspot.com orang susah nak ingat. jadi dengan adanya domain baru ini diharap dapat le senang ingat kehkehkeh. 



Oh yer aku nak berterima kasih kepada Blog Kazen yang menaja domain aku untuk kali ini. Alhamdulillah rezeki. jadi sebenarnya ulangtahun blog ni jatuh bulan 12 hari tu, tapi disebabkan terlalu sibuk  dan join  satu GiveAway untuk rakan sponsor, aku terpaksa tunda ke satu tarikh yang akan aku beritahu dalam masa terdekat, Insyallah satu contest akan diadakan nanti.



Jadi bila dah domain baru , tahun baru, mestilah kena bagi nafas baru. tak kan benda lama je ye dak. jadi blog budak pacak ni masih lagi dalam construction . segala nasihat dan pandangan amat digalakkan , nanti bila dah siap semua , aku akan announce serentak dengan contest yer .  Insyallah ! Oh lupe terima kasih sebab singgah. kehkehkeh ...

p/s : bila dah baru tetiba yang'lama' semua hilang *sigh* 


WOW! Menangi percutian ke Doha dengan merakam gambar korang sendiri !

NAFAS BARU

by on 22.1.13
Assalamualaikum , salam sejahtera semua orang !  Yeah men ! mulai hari ini blog budak pacak dah ada domain sendiri , iaitu www.budak...


Assalamualaikum , salam sejahtera semua orang. 

Hari Keempat aku dekat sekolah ni, boleh katakan hari ni tenaga maksimum digunakan. awal pagi lagi kena relief kelas 1Bijaksana. dorang ni senang handle dan sangat jujur. darjah 1 la katakan, bila dah relief , aku buat game je. salah satu game adalah telefon karat. pada mulanya semuanya berjalan lancar sampai la dekat student yang pelat, stuck dekat situ! sangat kelakar !dah la banyak cakap kahkahkah 

hari ini P&P boleh dikatakan  tak ada sebab ada sesi pemberian BR1M kepada semua waris yang layak. jadi rata - rata students lepas pukul 10.00 dah boleh balik. penat tak adalah sebab mengajar, tapi sebab kena take over kelas darjah 2, kelas digabungkan jadi nak handle student secara keseluruhan tu memang tak tercapai la. ada yang berlari , menyorok dalam meja,menangis bagai *sigh*  nasiblah ikut cakap kalau peten yang tak ikut cakap tu memang stess kawe!

cer teka dorang lukis sape? 

 jadi nak bagi keadaan terkawal aku buat lagi mini game macam kelas darjah 1 tadi. tapi dorang awal - awal lagi  tolak, alasannya penat -_-". tapi dorang request main teka - teki. aku pun follow je la . sampai dekat satu soalan ni bila aku bagitau jawapan dia , tetiba kelas sunyi sepi *krik,krik* . soalan dia berbunyi begini " Dalam banyak - banyak buah, buah apa yang biji diluar?" bila aku bagitau buah gajus, semua tercengang. bila ditanya...laaaa tak tau buah gajus rupanya. zaman aku dulu tau je buah tu,  korang tau ke tu buah apa? kahkahkah! 

murid - murid inilah buah gajus yer, kehkehkeh 

p/s : diam tak bererti dia sombong. sombong tak bererti dia diam 

HARI KEEMPAT PRAKTIKUM

by on 17.1.13
Assalamualaikum , salam sejahtera semua orang.  Hari Keempat aku dekat sekolah ni, boleh katakan hari ni tenaga maksimum digunakan. a...
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua orang ! 

Untuk hari ketiga praktikum ni, awal - awal pagi lagi aku dah kena masuk kelas ganti, 2 Cerdik. memandangkan semalam dah masuk ke kelas dorang, jadi hari ini dah boleh 'ngam' dengan kelas ni. untuk hari ini, aku just suruh dorang study buku teks  dan buat exercise dalam buku yang dorang beli, KSSR ni susah sikit sebab hampir semua aspek dia nak sentuh tambah lagi baru diperkenalkan, rata - rata cikgu yang mengajar pun masih baru dengan standard baru ni, pendek citer batch kiteorang ni boleh dikatakan 1st atau 2nd batch yang buat praktikal dengan KSSR ni . 



bila dah dalam kelas, budak - budak biasalah kejap je duduk diam, lama - lama bising, jadi aku grab attention dorang dengan guna keywords "Hello" dan dorang kena balas " Hi " . nasiblah menjadi kalau tak memang tak terkawal lah jawabnyer. 

pagi - pagi memanglah terisi dengan mengajar bila saki - baki masa lagi antara pukul 9 sampai 1 tu nak buat apa? ni pun dapat kerja sikit dari cikgu dekat situ.

siapa cakap tangan lelaki tak berseni? kahkahkah 

 tapi kejap je lah pastu bosan balik , tengok dinding la kite!  haha sebelum chow korang layan dulu parody  Matlutfi "Listen" yang tengah pemes sekarang ni. kehkehkeh... 


p/s : kadang - kadang kanak - kanak ni penyejuk jiwa 

HARI KETIGA PRAKTIKUM

by on 16.1.13
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua orang !  Untuk hari ketiga praktikum ni, awal - awal pagi lagi aku dah kena masuk kelas gan...
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua orang!

untuk hari kedua praktikum ni tak ada banyak beza dengan hari pertama, *siapa yang terlepas sila rujuk entri sebelum ni ye* , kiteorang start hari kedua ni dengan cari maklumat tentang latar belakang sekolah ini untuk dimuatkan dalam buku log kami. oh yer insyallah aku akan cuba taip setiap hari entri praktikum aku atas permintaan ramai dari junior aku kehkehkeh,. ekceli boleh diguna pakai dalam log harian, nampak tak kemalasan di situ? 




okeh, lepas cari semua maklumat, geledah pusat sumber , tetiba rasa bosan teramat sebab duduk tanpa buat apa dalam bilik guru tu, nama pun ROS. jadi minggu depan baru pack dengan mengajar. bila dah duduk tanpa buat apa berjam - jam , tiba - tiba dapat tugas kena relief kelas. yeah akhirnya ada juga benda yang aku boleh buat. aku kena masuk ganti mengajar darjah 2 bermula hari ini. tapi bila dah masuk tetiba rasa awkward , apa yang aku nak ajar? kesian budak - budak ni, dorang pun lost sebab cikgu sebelum ni cuti panjang. jadi aku pun pinjam buku teks dorang jadikan isi dalam buku tu sebagai latihan.



pada mulanya, aku bagitau kat dorang siapa yang tak faham aku cakap bahasa inggeris, sila angkat tangan, tiba - tiba hampir kesemua student angkat tangan,alahai. nampaknya aku terpaksa mula dengan agak perlahan memandangkan rata - rata student tak boleh nak faham bahasa inggeris dengan lancar. bila proses P&P bermula dengan baik , tiba - tiba datang sorang student mengadu buku teks dia basah sebab air tumpah, selang 10 minit datang lagi sorang mengadu kawan dia tumbuk, dan yang sorang lagi buat aku nebes nih, dia mengadu sakit dada. pergh time ni memang rasa cuak takut jadi apa - apa *sigh* . aku pun suruh sorang student lagi ni bawa pergi jumpa guru kelas, harap lah tak ada yang serius berlaku. haa tu lah tadi mengadu sangat bosan , bila dah jadi camni padan muka kau khai ! kahkahkah 

p/s : aku tak suka keadaan awkward.kbai 

HARI KEDUA PRAKTIKUM

by on 15.1.13
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua orang! untuk hari kedua praktikum ni tak ada banyak beza dengan hari pertama, *siapa yang ter...
Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua orang! 


I guess this is my 1st entry for 2013 ! hahaha akibat kesibukan melampau, masalah sana sini, dengan encik berotben tak dapat coverage makanya usaha untuk taip entry tak dapat dijalankan. ok alasan semata - mata disitu. lain - lain cerita let me tell you in the next entry okeh !



berbalik kepada entry kali ini, 14hb Januari 2013 merupakan tarikh keramat buat aku dan batch pertama  TESL KPTM untuk kami jalani sesi praktikum di sekolah pilihan masing - masing. setelah hampir 3 tahun belajar selok belok dunia pengajaran dan pembelajaran, kali ini kami diuji untuk menilai tahap kemampuan mengajar masing  - masing . jadi aku dan 3  orang kawan lagi ditempatkan di SK Taman Cuepacs. 



perjalanan praktikum kami bermula dengan melapor diri di sekolah seawal jam 8 pagi. untuk minggu pertama ni kami kena jalankan sesi ROS. bukan bunga ros yer tapi singkatan untuk Rancangan Orientasi Sekolah. lebih kurang mengenali sekolah la.  untuk itu, kami diperkenalkan dengan barisan pentadbir sekolah, kemudahan sekolah dan kawasan sekitar. rata - rata cikgu di sekolah ni sambut kami dengan baik, terharu pula dengan layanan dorang, dan habis je sesi tour sekolah, kami diberi tugas untuk mengajar bahasa inggeris darjah 1,2 dan 3 , pendek citer silibus KSSR. untuk aku sendiri , aku diminta ajar darjah 3 yang akan bermula pada minggu kedua praktikum. jadi eksaited sebentar disitu. kehkehkeh. 

gambar owner wajib letak, kalau tak blog tak hidup kehkehkeh..

untuk hari pertama, tugasan telah diberi, kami kena ganti masuk guru yang cuti atau mesyuarat. Jadi aku kena masuk kelas darjah 5 untuk satu masa. jadi awkward sekejap bila tiba - tiba kena masuk jadi guru ganti. memandangkan masa ganti agak pendek jadi aku ambil masa tu untuk berkenalan dengan students dalam tu, dan soalan yang dijangka akan keluar akhirnya terkeluar juga . " Cikgu dah kawin? " " Cikgu ada girlfriend ? " "Dekat jari cikgu tu cincin kawin erk ?" " Kenapa cikgu hensem lagi ohsem? " ok soalan  tu aku tipu kehkehkeh..

jawapan aku untuk semua soalan tu diam membisu, kelakar ok ! hahahaha untuk hari pertama praktikum agak ohsem , penat semua tu biasalah, have to used with the situation right ? nak tau lagi pasal praktikum aku  ? kena la tunggu update yer ! babai ! 


p/s : harap semua dugaan untuk hadapi musim ada hikmahnya. insyallah 

WOW! Menangi percutian ke Doha dengan merakam gambar korang sendiri !

PENGALAMAN HARI PERTAMA PRAKTIKUM

by on 14.1.13
Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua orang!  I guess this is my 1st entry for 2013 ! hahaha akibat kesibukan melampau, masala...