Total Pageviews

PERCUTIAN KE SABAH PART 5


untuk part yang terakhir ni, aku akan ceritakan mengenai trip kami ke Gunung Kinabalu. tapi tak adalah sampai ke puncak. untuk pengetahuan korang , kalau nak sampai ke puncak, mengambil masa lebih kurang 3 hari perjalanan. jadi kalau nak ke atas, lebih baik rancang terlebih dahulu.

kami ke kaki Gunung Kinabalu dengan menaiki van agensi pelancongan, lebih kurang RM 60 untuk seorang, kira berbaloi sebab dia akan bawa korang ke beberapa tempat siap ambil dan hantar betul - betul depan rumah. perjalanan ke Kaki Gunung Kinabalu dari bandar Kota Kinabalu mengambil masa lebih kurang dua jam. sampai saja di kawasan pergunungan, sejuk tu jangan cakapla, awan di langit seolah - olah berada sejengkal daripada kepala. 


sampai saja di sana, terasa kagum dengan keindahan ciptaan-Nya, pemandangan yang cantik, udara yang segar. superb! 



walaupun berada di kaki Gunung, tetap puas, sebab dari situ korang boleh nampak puncak Gunung Kinabalu.






dah puas jalan sekeliling kawasan kaki gunung, kami bergerak ke kundasang. apa yang menarik perhatian aku, dekat sini keadaan dia macam pekan texas zaman 60-an. old school! 




di kundasang, kami melawat  war memorial park, kesan peninggalan askar British zaman dahulu. di sini, semua nama pejuang mereka yang telah kecundang, diabadikan di sini. 




English Garden pun ada 



seterusnya kami bergerak ke Jambatan Gantung Taman Poring. dekat sini bukan setakat jambatan gantung, tapi terdapat juga beberapa tempat menarik seperti kolam air panas, air terjun , taman rama - rama dan banyak lagi. 



untuk ke jambatan tersebut, para pelancong kena mendaki bukit . sempat la berpeluh dulu kehkehkeh. 



bila dah sampai "Pit Stop" di Pondok Manggas, kena beratur dan limit untuk 6 orang berada di atas jambatan gantung pada satu masa. ingatkan jambatan gantung biasa je, sekali bila dah tengok bawah baru tau rasa gayat. 



muka cuak je semua tahan gayat 

dah penat meniti atas jambatan gantung , tibalah masa untuk merehatkan badan di Kolam Air Panas Poring . dekat sini ada 4 pilihan untuk para pengunjung.Kolam yang tak panas untuk kanak-kanak, Kolam untuk merendam kaki, Kolam Terbuka dan juga Kolam Tertutup. Untuk Kolam Tertutup ni bayaran akan dikenakan buat para pengunjung yang inginkan privasi sendiri. 





Taman Poring merupakan destinasi terakhir kami bercuti di Sabah ni. sebelum kami bertolak balik ke Kuala Lumpur, kami sempat membeli cenderamata di Pasar Filipina atau Pasar Kraftangan sebagai tanda kenangan. Disini bukan setakat cenderamata  dan mutiara, bahan - bahan kering seperti ikan kering dan keropok juga boleh didapati disini





habis sudah travelog edisi sabah kali ini. Untuk pengetahuan , jumlah keseluruhan yang telah aku habis adalah sebanyak : 

Tiket Kapal Terbang Pergi dan Balik = RM 170
Makan dan Minum = RM 250
Tiket Bayaran Masuk Pulau dan sebagainya = RM 200
Cenderamata = RM 100
TOTAL = RM 720 

Masih dalam bajet ! ingat rancang bajet korang sebelum letakkan sasaran bercuti. bajet yang baik dapat elakkan daripada pembaziran. Selamat Bercuti !


p/ s : Next Travelog : Langkawi 


5 comments:

✿INA AINAA✿ said...

murah juga tiket... cantiknyaaa sabah! rasa nak pergi hari ni juga!

selipar putih said...

bro cer try semporna kat sabah dekat dengan pulau sipadan..tempat lawa harga barang pun murah-murah

Mrs Nurul said...

untunglaa.. tapi murah laaa khaii mmg terbayekk laaa

penaberkala said...

boleh tahan kaki rayau ko eh,haha
next invite la eh, nk join jugak merayap
syoknya dpt pi Sabah bah
boleh bah kalau kau

khai artzfar said...

haha mari ler XD