MELANKOLIK SEPTEMBER
Assalamualaikum
sekarang masih lagi dalam bulan syawal ,ramai yang amik kesempatan buat open house bagai. tapi aku masuk je 7 syawal narhhh kena demam campak. kena pula dekat rumah sewa nun jauh dari keluarga, bila dah kena ramai pula yang tanya baru kena ke, kecik - kecik tak pernah kena ke? aku diam membisu...
bila dah demam campak , segala rawatan , cara nak sembuh , elak pantang larang semua kena buat sendiri. hanya telefon bimbit dan laptop jadi peneman setia. telefon bimbit sebagai penghubung aku dan keluarga. dan laptop sebagai rangkaian mencari maklumat . Terima kasih google.
Isnin, tepat pukul 5.30 petang aku sampai di kuala lumpur setelah 8 jam di dalam bas. 6.30 petang pula aku berada di kolej bersiap untuk presentation. segala kudrat ku kerahkan untuk presentation yang mungkin mengubah nasib aku. 10.00 malam habis je kelas,aku bergerak mencari klinik . berbekalkan duit poket yang ayah bagi aku meredah lautan malam sambil dihujani rahmat dari-Nya.
sampai di klinik, persoalan muncul bermain di minda. sakit apakah yang menimpa diriku? cukupkah duit untuk aku bayar rawatan ? semua itu lenyap seketika tatkala namaku dipanggil untuk berjumpa doktor. hanya omongan cukup untuk bagi insan yang berijazah mendapat duit. keluar bilik rawatan, aku menunggu namaku sekali lagi dipanggil.
"RM 80,dik" hatiku menjerit kecil tatkala petugas kaunter menyatakan kos rawatan. ahhh mahalnya. dengan RM80 cukup untuk tampung perbelanjaan aku untuk seminggu. jumlah yang kejam untuk pelajar seperti aku hanya untuk rawatan demam campak. 100 plus, air kelapa sebagai penambah bajet. nah RM 100 sehari aku habiskan.
demam campak, hanya bubur dan sup peneman siang dan malam, dari jauh batinku meronta melihat makanan dan kuih raya yang tersedia di atas meja. tapi nafsu melampaui segalanya. aku gagahkan diri dengan curi - curi makan. sabun, pencuci muka ditolak tepi. kini bintik - bintik merah menghiasi tubuh badan aku.
seminggu mc. seminggu juga sunyi sepi tanpa bunyi dari bbm contact.ku tatap telefon bimbitku, ahhh "BIS DEACTIVATED" . RM20 bakal melayang lagi. hujung bulan tarikh yang cukup gembira dan menyeksakan. gembira kerana elaun masuk, sedih kerana duit bakal melayang. semua yang terjadi adalah melankolik dunia......
p/s : ada sapa - sapa tau cara nak sembuh demam campak dan hilangkan bekas dia? k
7 comments:
khai , kalau awk nk hilangkan bekas2 parut demam campak ni , khai pakai coconut virgin oil dia xde bahan kimia , memang asli :)
kalau khai nk khai . add kak myra . nih khai boleh tengok kat blog dia
http://prettyladystuff.blogspot.com/
Ee pernah kena dulu. Ayah kasi minum air kelapa nanti cepat sikit boleh baik katanya. Time tak dapat cari air kelapa 100 plus pun membantu jugak. hehe =D
telan panadol 5papan...haaa bran??? huu
@aydah ahmadoowh pernah dengar, kazen ade jual kehkehkeh.btw tq :)
@Nuruleedah try! thanks awak :)
@zila manafserius ke nih? mati nanti XD
singgah sini
salam aidil fitri
Post a Comment