Total Pageviews

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat braders dan sistah yang tengah godek baca blog nih.

nebes betei nak update entry ni,kang mau bila aku jumpa geng BBNU kena rembat jauh - jauh. ekceli korang tau tak maksud BBNU yang aku sebut nih ? BBNU pada korang mungkin boleh jadi pelbagai maksud tetapi yang selalu orang maksudkan bila sebut BBNU nih , Budak Baru Nak Up. hehehe

 *sekadar hiasan*

Budak Baru Nak Up atau budak baru nak kenal dunia nih banyak simptom dia. orang cakap , selalu bertapak dekat tempat yang hotsetaf macam pavilion. orang la cakap bukan aku, jadi sila rembat orang tu pelis kehkehkeh. 

Simptom :-
  • Selalu lepak tepi jalan shopping complex yang jadi tumpuan. 
  • Kalau berjalan mesti dalam kumpulan yang kecil dan pakaian pelik dari orang
  • pastu kalau yang berkaple tu , buat - buat suwit macam jalan tu apak dorang yang punya 
  • yang ada dslr tu wajib bawa keluar , kalau boleh nak bagi satu dunia nampak, sengaja tak nak bubuh dalam beg 
  • masuk shopping complex pakai cermin mata hitam atau cermin mata besar gedabak

jadi korang ada ke simptom kat atas ? haha tu antara yang aku ingat le. buat BBNU yang tahap dewa nih , kalau boleh dari pagi sampai malam dia nak lepak tepi - tepi jalan tu. layak dah sebenarnya dorang digelar penunggu jalanan. aku lagi menyampah kalau budak - budak ni berjalan pegang - pegang tangan , pastu peluk sana peluk sini. sakit mata tahap dewa tahu. tapi ingat tak semestinya semua yang di atas BBNU. kalau nak info lagi korang pergi #BBNU dekat twitter.hehe sekadar pandangan sahaja meyh. kalau jumpa aku pelis jangan hentam okeh. kehkehkeh 

p/s : kalau dah nama budak sekolah tu buat cara budak sekolah jangan nak up macam dah besar. LOL 

Wow! Awal Ashaari berlawan dengan Scha Al-Yahya !

SIMPTOM BBNU

by on 17.9.12
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat braders dan sistah yang tengah godek baca blog nih. nebes betei nak update entry ni,kang mau b...
Assalamualaikum dan salam sejahtera.

1st at all nak minta maaf sebab dah lama biarkan blog ni berhabuk. sebenarnya sibuk sangat lately ni dengan event kolej. jadi iniler masa yang ada untuk update blog. sebelum tu, Selamat Hari Malaysia semua orang!




baru - baru ini , pengguna - pengguna twitter menganjurkan twtup amal di Rumah Titian Kaseh , Titiwangsa.  previously , kiteorang dah menganjurkan TwtUpBerbuka so kali ini giliran untuk TwtUpBeraya pula. Alhamdulillah, walaupun kiteorang bukan tweetpemes , tapi masih ada yang menyokong dan menghulurkan sumbangan untuk event amal ini termasuk artis yang turut memeriahkan event tersebut,Zarina Anjoulie dan juga Enot. 




untuk pengetahuan korang ,masa event ni , pada mulanya penghuni rumah titian kaseh ni tak ada sebab ada event di tempat lain .murah rezeki budak - budak ni.,  jadi dorang balik je tetiba tercengang sebab ada ramai orang . surprise la katakan kehkehkeh. twtup ni bukan perjumpaan semata- mata, kiteorang turut anjurkan sukaneka untuk penghuni rumah titian kaseh. suasana kecoh tu jangan cakap la dengan suara budak - budak nih eksaited main game.




untuk pengetahuan korang , majlis amal ini adalah yang kedua yang kiteorang buat  dan segala promosi semuanya melalui twitter. pesbuk ade ke ? hewhewhew. jadi dikesempatan ini,aku ingin ucapkan terima kasih tidak terhingga kepada semua yang menyokong secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan majlis ini. semoga Allah membalas jasa baik kalian! orait rasanya tu je untuk kali ini. layan gambor dulu yer.babai! 


meet syahid !




kek - kek yang disumbangkan oleh enot. homemade katanya!






kesian adam penat bermain sampai tertidur 


The crew!


p/s : kalau ada yang pihak yang nak buat kerja amal boleh je panggil kiteorang. follow disini!  

SEKITAR TWTUP BERAYA BERSAMA ANAK YATIM

by on 16.9.12
Assalamualaikum dan salam sejahtera. 1st at all nak minta maaf sebab dah lama biarkan blog ni berhabuk. sebenarnya sibuk sangat lately...
Assalamualaikum , salam sejahtera dan salam syawal buat semua rakan pembaca ^_^

korang ada twitter ? pernah dengar pasal Twtup? ok buat yang tak tau Twtup ni adalah singkatan bagi Twitter-Up maknanya lebih kurang macam gathering tapi gathering khas untuk pengguna twitter sahaja . yer la kalau bloggers pun ada gathering why not twitterian ye dak. kehkehkeh.

kalau pergi mana - mana twtup mesti ada benda nih kehkehkeh 

okeh , habis intro ! bersempena bulan syawal ni , aku mewakili penganjur berbesar hati untuk menjemput kengkorang yang ada twitter ni ke TwtUp amal, #TwtUpBerayaBersamaAnakYatim. kalau sebelum ni join twtup just for fun , tambah kenalan je, jom untuk kali ini kita buat semua tu sambil beramal.  maklumat lanjut mengenai TwtUp ini adalah seperti berikut : 



Tarikh : 8September2012 ( Sabtu ) 
Masa : 12  - 6 petang 
Tempat : Rumah Titian Kaseh Setiawangsa 
Bayaran : RM35 

haa! jadi apa lagi ? jom join ramai - ramai. best dapat gembirakan adik - adik dari Rumah Titian Kaseh ni. semuanya baik - baik dan comel - comel belaka. tak caye meh terjah SINI. setakat RM35 tu takkan la nak berkira sangat kehkehkeh. kalau beli topup , rokok , baju mahal - mahal boleh why not for this time kita melabur sikit untuk kerja amal ni. besar pahalanya buat kerja amal ni tambah pula kepada anak - anak yatim. 






tak dapat join tapi ingin hulurkan sumbangan ? jangan risau , untuk hulurkan sumbangan korang boleh telefon nombor ini -0147436224. segala bentuk sumbangan sangat dialu -alukan. jadi jom luangkan sedikit masa , bagitau rakan - rakan mengenai twtup ini. jumpa korang disana !! 

p/s : untuk pertanyaan boleh follow di twitter @KhaiAzahari atau ikut trending hashtag #TwtUpBerayaBersamaAnakYatim 

#TwtUpBerayaBersamaAnakYatim

by on 5.9.12
Assalamualaikum , salam sejahtera dan salam syawal buat semua rakan pembaca ^_^ korang ada twitter ? pernah dengar pasal Twtup? ok bu...
Kalau korang rasa jenama boxer paling mahal milik Playboy atau Polo. bermakna korang salah sebab yang mendominasi boxer paling mahal adalah milik .....




Bukan Calvin Klein tetapi ini 


boxer 1 Malaysia LOL !

p/s : gurau je.. si pemakai jangan marah yer kehkehkeh 

BOXER PALING MAHAL

by on 4.9.12
Kalau korang rasa jenama boxer paling mahal milik Playboy atau Polo. bermakna korang salah sebab yang mendominasi boxer paling mahal adalah ...
Assalamualaikum 
 

 sekarang masih lagi dalam bulan syawal ,ramai yang amik kesempatan buat open house bagai. tapi aku masuk je 7 syawal narhhh kena demam campak. kena pula dekat rumah sewa nun jauh dari keluarga, bila dah kena ramai pula yang tanya baru kena ke, kecik - kecik tak pernah kena ke? aku diam membisu...

bila dah demam campak , segala rawatan , cara nak sembuh , elak pantang larang semua kena buat sendiri. hanya telefon bimbit dan laptop jadi peneman setia. telefon bimbit sebagai penghubung aku dan keluarga. dan laptop sebagai rangkaian mencari maklumat . Terima kasih google. 

Isnin, tepat pukul 5.30 petang aku sampai di kuala lumpur setelah 8 jam di dalam bas. 6.30 petang pula aku berada di kolej bersiap untuk presentation. segala kudrat ku kerahkan untuk presentation yang mungkin mengubah nasib aku. 10.00 malam habis je kelas,aku bergerak mencari klinik . berbekalkan duit poket yang ayah bagi aku meredah lautan malam sambil dihujani rahmat dari-Nya. 

sampai di klinik, persoalan muncul bermain di minda. sakit apakah yang menimpa diriku? cukupkah duit untuk aku bayar rawatan ? semua itu lenyap seketika tatkala namaku dipanggil untuk berjumpa doktor. hanya omongan cukup untuk bagi insan yang berijazah mendapat duit. keluar bilik rawatan, aku menunggu namaku sekali lagi dipanggil. 

"RM 80,dik" hatiku menjerit kecil tatkala petugas kaunter menyatakan kos rawatan. ahhh mahalnya. dengan RM80 cukup untuk tampung perbelanjaan aku untuk seminggu. jumlah yang kejam untuk pelajar seperti aku hanya untuk rawatan demam campak. 100 plus, air kelapa sebagai penambah bajet. nah RM 100 sehari aku habiskan. 

demam campak, hanya bubur dan sup peneman siang dan malam, dari jauh batinku meronta melihat makanan dan kuih raya yang tersedia di atas meja. tapi nafsu melampaui segalanya. aku gagahkan diri dengan curi - curi makan. sabun, pencuci muka ditolak tepi. kini bintik - bintik merah menghiasi tubuh badan aku. 


seminggu mc. seminggu juga sunyi sepi tanpa bunyi dari bbm contact.ku tatap telefon bimbitku, ahhh "BIS DEACTIVATED" . RM20 bakal melayang lagi. hujung bulan tarikh yang cukup gembira dan menyeksakan. gembira kerana elaun masuk, sedih kerana duit bakal melayang. semua yang terjadi adalah melankolik dunia......


p/s : ada sapa - sapa tau cara nak sembuh demam campak dan hilangkan bekas dia? k

MELANKOLIK SEPTEMBER

by on 1.9.12
Assalamualaikum     sekarang masih lagi dalam bulan syawal ,ramai yang amik kesempatan buat open house bagai. tapi aku masuk je 7 s...