Total Pageviews

COLLEGE TRIP TO PULAU PANGKOR PART 2


bersambung kite lagi daripada part 1. buat korang yang tak tau ape ke benda aku merepek ni, silalah rujuk part 1 yer kalau tak nak tau cerita macam mana.ye dak ? 

untuk hari pertama cerita dah habis. sebelum aku cerita lebih lanjut mengenai part 2, aku terlupa nak cerita mengenai tempat penginapan kiteorang dan bajet untuk trip ni. kalau korang buat trip berkumpulan pastu nak gilerr bajet punye, aku cadangkan korang menginap di Raudhah Camp yang berkonsepkan asrama. tapi kalau korang nak selesa,banyak je chalet lain berhampiran dengan Teluk Nipah ni.

pinjam model celup jap 

bajet untuk trip kiteorang kali ini adalah RM 160 sekepala .merangkumi harga teksi pergi dan balik dari Jeti Pulau Pangkor ke tempat penginapan, makan untuk 3 hari 2 malam, aktiviti air - ( berkayak,banana boat, snorkeling ) dan juga aktiviti melawat pulau. memang puas ! *gambar aktiviti air tak banyak sebab eksaited lebih u_u*

Pulau Diam

tunggu turn berkayak 

jadi untuk hari kedua kami padat dengan aktiviti air, dimana awal - awal pagi lagi kami bermula dengan aktiviti snorkeling di Pulau Diam. perjalanan kami dari Teluk Nipah ke Pulau Diam mengambil masa lebih kurang 5 minit, alah dekat je sebenarnya. view dia boleh la tahan. habis je snorkeling, kami berpatah balik ke  Teluk Nipah  dengan berkayak .






di sebelah petang pula, lebih kurang dalam pukul 4 macam tu , kami teruskan aktiviti kami dengan banana boat. tengok je la gambor kat bawah. haha cuak tahu 1st time naik benda nih. tapi bila dah naik sekali rasa macam nak lagi kehkehkeh. hari kedua kami memang aktiviti air je, penat tapi enjoy..berbaloi baq ang !



berlepas..

bersedia....

terjun!! haha 


bersambung........ 


p/s: nisa kay pun ke pulau pangkor hewhewhew 

1 comment:

reezluv said...

pegi ramai-ramai memang syok gile