kiteorang pergi berlapan sebab kebetulan ada member kiteorang tinggal disana jadi sepanjang kiteorang di sabah kiteorang tumpang rumah dia.ok berbalik pasal flight, flight aku sejam lebih awal berbanding kawan - kawan yang lain sebab lambat beli tiket. haa nampak tak magis disitu, beli lambat tapi naik awal kehkehkeh. ni first time ni flight tahu! sebelum ni bajet - bajet terbang je. haha dah la 1st time kena pula naik sorang - sorang. nebes tahu.
time tu segala scene final destination keluar dalam kepala otak. parah bruh! tapi alhamdulillah semuanya selamat. pandai juga aku berdikari. lepas ni boleh ke perth pula. kehkehkeh.
perjalanan dari kuala lumpur ke kota kinabalu mengambil masa lebih kurang dua jam lebih.sampai je airport kota kinabalu entah kenapa aku rasa awkward gila semua orang usha pelik. apakah? sampai di sabah, kiteorang rehat - rehat dulu sebelum start tour.
disebelah malamnya , kiteorang tak kemana sangat pun , sebab penat tak habis lagi. kiteorang sempat ke 1 Borneo. jalan - jalan je pastu perut dah lapar, kiteorang singgah makan. tu je la untuk hari pertama,
untuk hari kedua, kami mulakan perjalanan kami di sebelah petang , kami menuju ke menara tinjau yang berada di tengah - tengah bandar kota kinabalu. dekat sini korang boleh nampak hampir kesemua bandar kota kinabalu. tapi sayang time kiteorang pergi , jerebu masih melanda negara, jadi tak berapa sangat nak nampak keseluruhan bandar.
*putih je kan? sebab jerebu u_u
selepas menara tinjau , kiteorang terus bergerak ke pantai tanjung aru, nak ambil angin pantai katanya. dekat situ , buat korang yang santai - santai bersama family sangat la sesuai sebab pelbagai kemudahan disediakan disitu,
gambar - gambar yang aku ambil tak ada edit pun sebab nak kekalkan faktor semulajadi kawasan itu,pemandangan dia sangat superb. sunset dekat situ pun terbaik !
habis je di pantai tanjung aru , kiteorang bergerak ke perdana park, dekat je dengan pantai tanjung aru. apa yang ada dekat sini ? haa dekat sini pun ada "water dancing"
untuk korang yang tak tahu water dancing tu ape, ekceli dia air pancutan berirama.air akan keluar berirama mengikut alunan muzik. bayaran masuk sini free je, dan untuk setiap persembahan air tersebut. ada waktu dia,boleh dikatakan semuanya di sebelah malam.
habis je lepak - lepak dekat perdana park , perut pun dah lapar, jadi kiteorang ke anjung senja waterfront berhampiran dengan promenade hotel. dekat situ kiteorang cuba pisang cheese yang katanya rugi kalau tak cuba dekat sini. pisang cheese ni adalah pisang goreng, kemudian di atasnya ditabur pula hirisan cheese. rasanya sangat ohsem tahu !
sempat pekena nasi goreng lalap!
jadi untuk entry kali cukup setakat itu, tu pun panjang berjela -_-" ,untuk hari - hari yang seterusnya aku cerita dalam next entry okeh! babai..
p/s : area kl ade ke pisang cheese yer? *wondering