BINTANG STAR WARS BERMINAT UNTUK MEMELUK ISLAM
Assalamualaikum buat pembaca , bloggers , braders , sistah dan kipas susah mati semua.
siapa pernah tengok star wars ? angkat lutut sekarang. eherherher... sempena tayangan 3D Star Wars Episode 1 yang sedang melanda bumi Malaysia ni , aku pun sempat juga layan citer ni untuk kali ke berapa pun tak ingat dah. ye la 1st tengok masa aku umur darjah 1 sekarang nak masuk 20 tahun tahu. tapi ni 1st time la untuk star wars 3D version . overall graphic not bad . jadi tunggu apa lagi , serbu sekarang panggung wayang berdekatan ...
ok dah habis intro , kalau korang kaki susah mati star wars ni , mesti korang tahu siapa Jedi Master Qui-Gon Jinn yang dilakonkan oleh Liam Neeson .
menurut pelakon yang berusia 59 tahun ini , yang ketika itu menjalani pengambaran filem di Istanbul, Turki,
" kekerapan azan selama 5 kali sehari dan berturutan untuk minggu pertama pada mulanya agak menjengkelkan, namun ia bagaikan sesuatu dan lama kelamaan kemerduan laungan azan meresap ke dalam jiwa dan islam cukup cantik"
"Terdapat 4,000 masjid di bandar. Ada yang hanya menakjubkan, dan ia benar-benar membuat saya berfikir tentang menjadi seorang Muslim."
dan bintang star wars ini memberi pandangan beliau tersendiri mengenai agama.
" saya telah dilahirkan sebagai katolik tetapi setiap hari secara tidak langsung, kita bertanya pada diri sendiri apakah yang kita buat di planet ini ? ianya mengenai apa? "
"saya selalu membaca buku mengenai tuhan dan ketidaan tuhan (kepercayaan ateisme ) . "
pelakon ini yang turut menyumbangkan suara dalam filem The Chronicles of Narnia telah dikritik hebat pada tahun 2010 kerana mendakwa singa - Aslan bukannya merujuk kepada Chris - CS Lewis tetapi turut merujuk kepada pemimpin yang berohani termasuk Muhammad. (Nabi Muhammad S.A.W)
p / s : 1001 keindahan dan keajaiban Islam.
1 comment:
aku suka sci-fi tp tak tahu kenapa aku tak minat star wars..hihi
Post a Comment