FENOMENA HALO BULAN
As - salam buat semua rakan - rakan pembaca dan bloggers sekalian. malam tadi sape tengok bulan ,angkat tangan! alhamdulillah malam tadi aku pun berkesempatan lihat fenomena Halo Bulan. Subhanallah, indah sungguh ciptaan-Nya. sebelum tu mesti ada yang tertanya - tanya apa itu Halo Bulan? bukan hello bulan yer -_-'.
Halo atau lingkaran halo
adalah lingkaran putih atau berwarna atau lingkaran pelangi di sekitar
benda angkasa (misalnya bulan atau matahari). Lingkaran halo timbul
kerana pemantulan dan pembiasan sinar bulan dan matahari
oleh titik wap air di udara. Bila lapisan atmosfera bersuhu tinggi,
akan berbentuk titik-titik wap air yang halus, sehingga terjadi halo
putih, bila atmosfera bersuhu rendah, titik-titik wap air yang terbentuk
cukup besar sehingga akan terjadi halo berwarna atau halo berlingkaran
pelangi.selalunya lingkaran cahaya ini terjadi kat matahari jer dan lingkaran pada bulan pula berlaku pada negara - negara yang mengalami suhu sejuk. tapi tidak hairanlah sebab sejak kebelakangan ni Malaysia kerap hujan jer,Alhamdulillah hujan rahmat.
ada yang nampak kalimah ALLAH SWT pada cahaya bulan ni dan ada juga yang nampak tangan
antara gambar yang sempat aku tangkap malam tadi
dalam kita bercerita tentang lingkaran bulan ni, dulu pernah terjadi juga lingkaran ini pada malam sebelum terjadinya Tsunami di liputan Lautan India ,yang berdekatan dengan titik gempa di Acheh.dan sekarang dah jadi perbualan tentang peristiwa ini kerana takut peristiwa yang sama mungkin berulang. komen aku, aku anggap ini sebagai mesej berantai. dunia memang sudah menghampiri akhir zaman, jangan kerana peristiwa ini , kita membuat pelbagai andaian yang mengarut. semua itu kuasa Allah S.W.T , Dia yang menentukan segalanya. Subhanallah! cantiknya kebesaran - Nya!.
bebot menderum : segala puji bagi Allah , Tuhan Sekalian Alam
5 comments:
malam tadi hujann . so tak nampak bulen ouhhh :((
subhanallah , cantik sgt . untunglaa dapat tgk halo bulan . ade kalimah ALLAH . sungguh menakjubkan :')
@aydah ahmadooowh yer ke berbanding dekat sini....dapt lihat dengan jelas.... alhamdulillah :)
sorry 2 say ni mmg keagungan Allah... tp x silap aku la kan kalo fenomena ni berlaku semakin kite dekat pada hari kiamat...subhanallah... tapi maafla kalo tersilap ye..
@yurayer memang diakui...malah dunia pun hampir ke akhir zaman,cuma sikap segelintir masyarakat yg suka membuat propa kononnya bila terjadinya fenomena bulan ni, tsunami akan terjadi.jadi atau tidak jadi semua itu kuasa Allah SWT :)
Post a Comment