Total Pageviews

FENOMENA HALO BULAN

As - salam buat semua rakan - rakan pembaca dan bloggers sekalian. malam tadi sape tengok bulan ,angkat tangan! alhamdulillah malam tadi aku pun berkesempatan lihat fenomena Halo Bulan. Subhanallah, indah sungguh ciptaan-Nya. sebelum tu mesti ada yang tertanya - tanya apa itu Halo Bulan? bukan hello bulan yer -_-'.



  Halo atau lingkaran halo adalah lingkaran putih atau berwarna atau lingkaran pelangi di sekitar benda angkasa (misalnya bulan atau matahari). Lingkaran halo timbul kerana pemantulan dan pembiasan sinar bulan dan matahari oleh titik wap air di udara. Bila lapisan atmosfera bersuhu tinggi, akan berbentuk titik-titik wap air yang halus, sehingga terjadi halo putih, bila atmosfera bersuhu rendah, titik-titik wap air yang terbentuk cukup besar sehingga akan terjadi halo berwarna atau halo berlingkaran pelangi.selalunya lingkaran cahaya ini terjadi kat matahari jer dan lingkaran pada bulan pula berlaku pada negara - negara yang mengalami suhu sejuk. tapi tidak hairanlah sebab sejak kebelakangan ni Malaysia kerap hujan jer,Alhamdulillah hujan rahmat. 


 ada yang nampak kalimah ALLAH SWT pada cahaya bulan ni dan ada juga yang nampak tangan

antara gambar yang sempat aku tangkap malam tadi

dalam kita bercerita tentang lingkaran bulan ni, dulu pernah terjadi juga lingkaran ini pada 
malam sebelum terjadinya Tsunami di liputan Lautan India ,yang berdekatan dengan titik gempa di Acheh.dan sekarang dah jadi perbualan tentang peristiwa ini kerana takut peristiwa yang sama mungkin berulang. komen aku, aku anggap ini sebagai mesej berantai. dunia memang sudah menghampiri akhir zaman, jangan kerana peristiwa ini , kita membuat pelbagai andaian yang mengarut. semua itu kuasa Allah S.W.T , Dia yang menentukan segalanya. Subhanallah! cantiknya kebesaran - Nya!.

bebot menderum : segala puji bagi Allah , Tuhan Sekalian Alam

5 comments:

aydah ahmad said...

malam tadi hujann . so tak nampak bulen ouhhh :((
subhanallah , cantik sgt . untunglaa dapat tgk halo bulan . ade kalimah ALLAH . sungguh menakjubkan :')

khai artzfar said...

@aydah ahmadooowh yer ke berbanding dekat sini....dapt lihat dengan jelas.... alhamdulillah :)

QUE AL-IDRUS said...
This comment has been removed by the author.
yura said...

sorry 2 say ni mmg keagungan Allah... tp x silap aku la kan kalo fenomena ni berlaku semakin kite dekat pada hari kiamat...subhanallah... tapi maafla kalo tersilap ye..

khai artzfar said...

@yurayer memang diakui...malah dunia pun hampir ke akhir zaman,cuma sikap segelintir masyarakat yg suka membuat propa kononnya bila terjadinya fenomena bulan ni, tsunami akan terjadi.jadi atau tidak jadi semua itu kuasa Allah SWT :)