Total Pageviews

:: KAMU YANG BERGELAR SAHABAT ::

 Assalamualaikum semua..

tanggal 26 ogos sepatutnya tarikh ini tarikh gembira buat aku sebab pada tarikh ini aku pulang ke kampung halaman untuk menyambut aidilfitri yang bakal menjelma. tetapi semalam aku dikejutkan dengan berita buruk yang sekaligus menyentap keinginan aku untuk bergembira menyambut aidilfitri. tepat pukul 8 malam, aku mendapat panggilan yang menyatakan salah seorang member yang agak rapat dengan aku semasa di sekolah , Megat Muhd Faiznor telah meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya. pada mulanya aku terkejut, seperti tidak percaya apa yang telah diberitahu . untuk kepastian , aku cuba  hubungi ahli keluarganya dan ternyata berita itu benar. seperti dalam mimpi, sebab baru malam tadi (malam sebelum kejadian )aku membuka kembali IM facebook antara aku dan arwah.



dan  malam tadi(malam sebelum kejadian ) juga aku dan member  sempat sembang mengenai arwah. untuk pengetahuan, arwah yang lebih mesra disapa sebagai megat melanjutkan pelajaran di ITM Perak dan  mula aku  kenali semasa aku di tingkatan 2. time tu dia baru pindah ke tempat aku. jadi time tu kiteorang dah mula rapat sampai di tingkatan 5. semasa di tingkatan 5, 'bonding' antara kami semakin kuat, hampir semua aktiviti yang kami ceburi sama, ditambah pula pada tahun itu kami merancang untuk masuk ke asrama bersama - sama memandangkan kami bakal mengambil peperiksaan penting pada tahun itu.di asrama.


  walaupun jauh, kami tetap mengikuti perkembangan antara satu sama lain. time tu kami hanya mampu tersenyum kerana orang melihat gelagat kami. terlalu banyak kenangan aku,rakan - rakan  dengan arwah tak kira pahit atau manis. nampaknya hajat aku untuk beraya bersama - sama arwah pada tahun ini tidak kesampaian kerana Allah lebih menyayangi beliau. 









berita pemergian arwah turut diketahui di fans page Britney Spears

walaupun jauh tapi tetap di hati. persahabatan yang sekian lama tidak akan terputus begitu saja.tadi aku bersama - sama rakan yang lain sempat ke kampung halaman arwah.aku sempat tolong menguruskan jenazah dan alhamdulillah dapat juga aku kucup dahi kawan yang telah pergi buat selamanya. terima kasih kepada sahabat handai yang mendoakan arwah dan merakamkan ucapan takziah.



jadi dikesempatan ini aku selaku tuan Blog K.H.A.Z ingin merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Megat Mohd Faiznor Bin Alweei.moga roh Allahyarham  dicucuri rahmat. sama - sama kita sedekahkan surah Al -Fatihah.


 bebot menderum : 
1. sama - sama kita sedekahkan surah AL -FATIHAH 
2. perlukan sedikit masa untuk lapangkan fikiran

18 comments:

Nazim Nasri said...

sedih =(

Sweetmango said...

al fatihah... sabar ya...

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said...

AL-FATIHAH...

TAKZIAH

Anonymous said...

kt mne kjdian b'lku azfar....

syukri0235 said...

Al-Fatihah

Semoga Rohnya ditempatkan bersama-sama dengan orang-orang yang beriman...InsyaALLAH.....

khai artzfar said...

@Nazim Nasrisama - sama kita sedekahkan Al - Fatihah..arwah mesti tak nak kita bersedih.,

khai artzfar said...

@nora amila ghazaliaminn

khai artzfar said...

@GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAraminn..terima kasih

khai artzfar said...

@Anonymouskejadian berlaku di parit buntar

khai artzfar said...

@mikro_kokusaminn.... insyallah

khai artzfar said...

terima kasih semua sebab tolong doakan untuk arwah

epi said...

al-fatihah utk arwah

khai artzfar said...

@epiaminn

Jet Leonhart said...

:(((

khai artzfar said...

@Jet Leonhartbawa bnyak bersabar. stiap yg hidup pasti akan merasai mati

Unknown said...

Al-fatihah.. smoga rohnya ditempatkan dlm kalangan org2 yg soleh
amin...

khai artzfar said...

@nur ielaaminn.terima kasih

Iykaharun said...

hurmmm...bla tgk blog khai-artzfar ni..mmbuatkan kami tringt knangan zaman kanak2 kami dn dia dulu...mmg tak dpt dilupakan..seorg kwan yg bgitu mmentingkan prsahabatan n sygkan kawan2..Ya Allah btuah dpt kwan mcm dia..teman pling rapat kini ilang sudah dri pndgn mata..trasa bru smlm brmain dgn dia..kini hnya kenangan sja laa yg dpt mengingtkan kami kpd arwah...semoga rohnya dicucuri rahmat...Al-Fatihah buat arwah Megat Muhamad Faeznor b Alweei....=(