CULTURE SHOCK
Assalamualaikum...
Culture shock!! pernah dengar perkataan ni? bukan G- shock yer mentang - mentang sekarang fenomena jam G -shock, korang nak kaitkan dengan tajuk ni pulak.'ekceli' tajuk ni maksudnyer kejutan budaya. dan fenomena ni selalu jadi kepada pelajar - pelajar IPT. kalau kejutan yang membawa kepada pembaharuan kebaikan tak pe juga ni tidak, pembaharuan kepada keburukan kesengalan , kemaksiatan dan kegedikan yang terjadi.heih sakit mata menengoknyer kadang - kadang tu sampai menyusahkan orang. tak cayer korang tengok ni...
#Situasi 1 : Daripada bertudung kepada 'free hair'
haa! yang ni aku fokuskan kepada budak - budak perempuan. of course lah takkan lelaki bertudung pulak kan. banyak yang aku perhatikan dulu time sekolah manis je bertudung, sopan santun gitu! tapi bila masuk dunia IPT , datang ke bandar, tudung entah ke mana , budi bahasa apatah lagi. bila dah free hair bukan macam #retiss dah aku tengok, dah macam ju - on ok.aku ulang lagi, macam ju - on!
sorry kalau agak terasa tapi bila dah buat kajian pe semua, tak ada pun istilah "datang je ke bandar , wajib buka tudung" , "saya tak ready lagi".hrmmm yang tak ready tu pun tak ada maknanye. korang nak tunggu sampai bila baru ready nak pakai? ni kira hukum - hakam. menutup aurat semua tu adalah wajib ok. jangan sampai yang "didalam sana" terseksa akibat perilaku dan hal kita di dunia.
#Situasi 2 : Daripada pandai minum air 'lembut', dah pandai minum air 'keras'
kredit gambar : IluvIslam
korang tau ke makna air lembut? air lembut tu kira air mineral la.. sebenarnya tak ada pun istilah air lembut. aku je yang pandai - pandai bagi #falsampah. air keras tu mesti semua tau kan? air arak, beralkohol dan memabukkan, semua tu adalah air atau minuman keras.heih ni memang tahap gaban punye sengal. konon masuk dunia IPT kena kenal dengan semua benda, banyaklah punya kenal. yang korang gatal pergi try benda ni sapa suruh? dalam situasi ni selalu nya pengaruh rakan sebaya main peranan. tips untuk korang yang bakal menjengah dunia IPT ni , pandai - pandai pilih kawan, sekali korang salah pilih kawan , bersedialah untuk menghadapi perkara yang tak pernah terlintas di fikiran korang.
#Situasi 3 : Batas pergaulan
yang ni aku rasa hampir semua orang akan terkena, boleh jadi korang sebagai pencetus atau korang sebagai mangsa keadaan. kenapa dulu waktu sekolah boleh je jaga adab batasan, budi bahasa semua? mungkin sesetengah orang ingat zaman sekolah tu zaman prasejarah dorang, tak matang lagi. nak tau sesuatu? sebab zaman prasejarah korang tu lah yang mengajar korang 1001 makna kehidupan tau tak? yang peliknya bila masuk je dunia IPT ni , bertambah 'mesra' lagi aku tengok. bukan setakat bersalam dengan yang bukan muhrim , siap berlaga pipi lagi. perempuan sesama perempuan tak apa juga, ni lelaki kot.heih tau la kawan baik pe semua ,tapi sekurang - nya jaga sikit batas pergaulan korang tu sikit sebab ianya sangat menyakitkan mata orang yang terlihatnya.
ok tu je situasi aku ketengahkan kali ini. sebenarnya banyak lagi motif - motif yang boleh dibangkitkan .tapi bagi aku tiga situasi ni yang paling ketara sekali nampak. so mungkin ada antara korang cakap aku busybody atau apa - apa je yang sewaktu dengannya. bagi aku ,tepuk dada tanya iman. sampai bila nak kekalkan tradisi macam ini kalau tidak ada pembaharuan yang baik dilakukan? fikir - fikirkan sejenak. ok ~ bai!
::bebot menderum :: pendapat korang?
1 comment:
GOOD2! terbaikkkkk :)
Post a Comment