:: 2 TARIKH RAYA 2011 BERBEZA BUAT MALAYSIA ::
As - salam kepada semua pembaca dan kaki bloggers sekalian. lama pula rasa tak menghentak blog. tadi masa tengah blogwalking ,menghendap blog orang tetiba ternampak satu artikel yang menarik dari blog Tao Tau Ajer , 2 tarikh raya berbeza buat Malaysia pada tahun ini . nak tau lebih lanjut, jom kita scroll ke bawah lagi ...
Falak mengeluarkan satu laporan dimana Malaysia pada tahun ini iaitu tahun 2011 bersamaan dengan 1432H akan ada 2 tarikh Hari Raya (Syawal) yang berbeza bagi semenanjung dan jugak bagi sabah/serawak. Sekiranya maklumat falak yg dinyatakan dalam lampiran ini benar, insyaallah pihak berwajib seperti Jakim dan penyimpan mohor raja-raja akan umumkan dua tarih hari raya yg berbeza untuk Semenanjung dan Sabah/Sarawak tahun ini.
Dari segi hukum dengan mengambil kira satu contoh; misalnya katakan seluruh Malaysia pada suatu tahun yg lain telah diumumkan hari Raya setelah bulan tidak kelihatan maka mereka mencukupkan menjadi 30 puasa.
Andaikata salah seorang telah melihat anak bulan (1 syawal) di Sabah maka wajib baginya untuk meninggalkan puasanya dan menyambut hari raya.
Ini adalah dari segi hukumnya. Hal ini boleh terjadi dalam masyarakat yang primitif/kuno yang perkembangan ilmu pengetahuannya sangat terbatas, tetapi dalam hal perkembangan ilmu falak dewasa kini ia sukar terjadi kerana pihak berwajib selalu mengambil kira kedua2 kaedah (melihat anak bulan dan perkiraan falak) untuk menentukan tarikh puasa dan hari raya.
- Semenanjung Malaysia akan berhari Raya pada 30 Ogos 2011( Selasa )
- Manakala di Brunai, Sabah dan Sarawak, Filipina dan Sulawesi akan beraya pada 31 Ogos 2011 (Rabu) TERMASUK Pulau Tioman.
korang nak tau tak kenapa fenomena ni boleh terjadi? jom kita sroll lagi ..
- Ijtimak Matahari, Bulan dan Bumi berlaku pada jam 11.04 Pagi pada 29 Ogos 2011.
- Maghrib di Alor Setar pada hari itu adalah 7.27 Petang.
- Dari jam 11.04 AM hingga 7.27 PM, Masa yang diambil adalah 8 Jam 23 Minit.
- Oleh itu, anak Bulan WUJUD di ufuk barat ketika Matahari Jatuh, Maka keesokan harinyer adalah 1 Syawal bersamaan Selasa 30 Ogos 2011.
kalau di Sabah pula....
- Ijtimak Matahari, Bulan dan Bumi berlaku pada jam 11.04 Pagi pada 29 Ogos 2011.
- Maghrib di Kota KInabalu pada hari itu adalah 6.23 Petang.
- Dari jam 11.04 AM hingga 6.23 PM, Masa yang diambil adalah 7 Jam 21 Minit.
- Oleh itu, anak Bulan BELUM WUJUD di ufuk barat ketika Matahari Jatuh, Maka keesokan harinyer adalah 30 RAMADAN bersamaan Selasa 30 Ogos 2011.
- Oleh itu, 1 SYAWAL jatuh pada hari rabu 31 Ogos 2011.
so raya pun tak lama lagi. apa - apa pun kita tunggu je la nanti pengumuman raya . info ni saja aku share untuk makluman korang. ok chow bebeh!!
sumber dan kredit : Tao Tau Ajer
No comments:
Post a Comment