Total Pageviews

:: SEMUA ORANG BERHAK MINTA MAAF DAN DIMAAFKAN ::


Salam! terlintas di hati aku nak tulis pasal entry ini. kalau sapa - sapa yang salu follow perkembangan aku, entry kali ini lain. tak ada intro macam biasa. sebab kalau boleh aku nak jadikan entry kali ini random, lari daripada kebiasaan aku. so untuk intro aku ceritakan sedikit pasal permulaan life aku di kolej untuk tahun kedua sebagai bakal pemegang Diploma In Tesl. =_=' tadi cakap tak ade intro. ok abaikan je.

#COLLEGE LIFE



kuliah aku yang sepenuhnya baru mula minggu ni walaupun minggu lepas sepatutnya adalah minggu permulaan bagi aku. tapi memandangkan minggu lepas aku masih sibuk sebagai fasilitator dan sekarang masih sibuk uruskan hal berkaitan dengan TESL. untuk makluman aku memegang salah satu jawatan tertinggi dalam TESL.jadi adalah menjadi satu tanggungjawab bagi aku untuk melaksanakan sebaik mungkin apabila orang memberi mandat kepada kita. bukan untuk bermegah atau  mencari populariti, tapi bagi aku, itu adalah kepercayaan dan jangan sesekali kita hilangkan kepercayaan yang diberi. ok habis part 1!

SOMBONG#



ok adatlah bila kita pegang jawatan atau dikenali ramai orang , segala tingkahlaku, gaya pemakaian semua orang akan tengok. jadi aku akui turut merasai tempias ini. macam aku cakap sikit pun aku tak terlintas untuk mencari populariti. aku just menjalankan tanggungjawab yang diberi kerana aku percaya semua pengalaman ini amat berguna tambah - tambah lagi untuk bidang yang aku ceburi ini bakal menjadi seorang guru. jadi untuk pengalaman aku kali ini, ada sesetengah pihak yang melabelkan aku dan rakan seperjuangan #sombong, senyum pun tidak , tak respect orang. ok ingin aku tegaskan disini, tugas kami bukan untuk mengecam muka anda dan mengenali anda, tugas kami hanya untuk membantu. dan jangan sesekali cepat melatah dan melabel orang sesuka hati sebab pada mata anda yang lihat ketika itu mungkin ada antara kami yang terlepas pandang , emosi terganggu dan sebagainya. jadi ingat.terlajak perahu boleh berundur , terlajak kata......?? fikirkan sendiri.....

#TANGGUNGJAWAB



yer cakap pasal tanggungjawab semua orang boleh bercakap malah budak tadika pun boleh cakap pasal tanggungjawab. tapi pada umur mereka mungkin hanya sekadar perkataan tapi bagi yang dah boleh paham maksudnya,adakah korang paham sepenuhnya maksud disebalik perkataan #tanggungjawab. bagi aku,aku tak mengharap jika orang lain yang turut sama memegang jawatan dalam satu komuniti itu untuk turut membantu menjalankan pelancaran sesuatu aktiviti.adatlah kan? tak gitu? jadi aku nak sesekali tegaskan aku amat berpegang pada perkataan ini " dont judge a book by its cover" kerana kebanyakan orang hanya menilai pada luaran, tapi bakat dan kebolehan yang dimiliki belum tentu korang dapat menilainya. begitu juga dalam komuniti.kalau dah orang tugaskan kita untuk sesuatu jawatan dan #tanggungjawab, hendaklah kita jalankan sebaik mungkin. pada yang berada diatas itu jangan sesekali bemegah dengan "ketinggian" yang diperolehi, sapalah korang tanpa orang bawahan, jadi ingat suara majoriti perlu diambil kira bukannya bermegah dan jalankan semua itu sendirian dangan harapan korang akan dipuji dan dibelas kasihan. so disitu korang dah nampakkan kebodohan korang.macam aku cakap suara orang bawahan amat penting , jadi tidak hairan jika ada penasihat atau badan tertinggi yang menilai korang melalui orang bawahan. buruk tingkahlaku korang pada orang bawahan , buruklah perspektif orang bawahan terhadap korang pula. tak gittew?????

#KELUARGA



Khairul Azfar , son of Azahari, grandson of Abdul Wahid. yeah itu nama aku. saje menggedik buat intro camtu,keluarga sekarang jauh di utara, aku terkontang - kanting di Kuala Lumpur demi menuntut ilmu. tapi semua itu sikit pun tak menjatuhkan semangat aku, malah pencapaian aku dalam pelajaran pun Alhamdulillah semakin meningkat. semua ini berkat daripada keluarga# aku disini terdiri daripada section aku, fasilitator , dan rakan seperjuangan yang bersama - sama aku tak kira time susah atau senang. tapi bila ada pihak yang cuba merosakkan nama baik #keluarga aku, secara automatiknya bonding semakin memuncak dan semangat untuk bersihkan kembali nama baik #keluarga aku pun meningkat secara mendadak. sejak kebelakangan ini kerap kali aku dengar yang kata kami berlagak , nak jatuhkan individu ini , demand dan sebagainya. adehh aku tengok orang melabel kami ni macam pembunuh bersiri kot lah nak kata kami ni macam pelakon twilight...kehkehekeh... actually ada salah faham yang terjadi..mungkin...atau tidak ada apa yang terjadi sebenarnya...semuanya angkara pembawa mulut persis #longkang. sedap tak aku puji? ingin aku tegaskan kami sikit pun tak pernah berniat untuk jatuhkan individu tertentu. tapi kalau korang fikir logik, seseorang itu tak akan bercakap tentang individu itu melainkan dia ada buat sesuatu. untuk korang jadikan ini sebagai satu pengajaran, dalam sesuatu kes, kita kena dengar cerita daripada dua - dua pihak barulah boleh membuat keputusan dan andaian. macam aku kata don't judge a book by its cover. kita duduk dalam komuniti mesti ada pihak yang pro dan kontra. rambut je sama hitam hati lain - lain. mungkin juga ada antara kita yang bertopengkan syaitan...siapa yang tahu? jadi jangan cepat melatah.kenali dulu seseorang itu dengan baik barulah andaian dibuat. tapi dalam kes ini aku tengok individu itu kuat betul berdrama macam drama indon, bangga betul bila abaikan sunnah Junjungan kita. memang dah lama wafat tapi kita dituntut untuk mengikuti jejak langkah Rasullullah.

#MINTA MAAF




maaf. selalunya bila kita buat salah kita #minta maaf kan? jadi dikesempatan entry kali ini aku nak #minta maaf mewakili diri aku , keluarga aku kepada mana - mana pihak yang terasa atau yang tak terasa. dalam meminta maaf ini tak kiralah korang ada buat salah ke tak buat salah ke , ego tu harus dibuang, kalau orang tak nak #minta maaf biarkan je lah.so buang ego biar kita yang #minta maaf walaupun kita tahu yang itu bukan kesalahan kita . lebih baik camtu kan? sejuk perut ibu  mengandung #tetiba...

#DIMAAFKAN



Yer pak cik maafkan kamu. ok situasi tu kite nampak pakcik tu maafkan individu tu. ape yang aku nak cakap ni orang yang minta maaf tu berhak dimaafkan. orang yang tak maafkan orang lain itu terus terang aku cakap dia seorang egois! amat pentingkan diri.memang la susah nak maafkan orang bak kata orang pahit pun sukar ditelan tapi ingat kita dituntut untuk saling maaf - memaafi antara satu sama lain.come on! sedangkan nabi ampunkan umat inikan kita yang manusia biasa yang hidup saling bergantungan antara satu sama lain. memang nabi dah lama wafat tapi segala suruhan dan amalan nabi dituntut untuk mengamalkannnya. tutup buku lama, buka buku baru.hidup pun aman tenteram, tak gitu? kalau berkeras tak nak maafkan . itu aku tak taulah memang spesis manusia yang kena hidup sorang- sorang la kot.

so camtulah cerita aku kali ini. panjang kot.ingin aku tegaskan sekali lagi, ini blog aku. aku punya suka, sempena nisfu syaaban ini dan ramadhan pun bakal menjelma sama - sama kita ambil keberkatannya. buang yang keruh , ambil yang jernih.

"Jauhkan dari perbuatan syirik dan sifat permusuhan. Kerana dua sifat yang buruk ini membuatkan diri seseorang tidak mendapat keampunan ALLAH pada malam Nisfu Sya'ban"

::bebot menderum ::  entry yang panjang pernah aku create, tak expect untuk orang membacanya sampai habis, kalau baca, terima kasih!


No comments: