Total Pageviews

:: GOLONGAN "NYAH" ISTIMEWA? ::

Mak nyah , pondan , bapuk , semua ini adalah panggilan atau gelaran untuk lelaki lembut yang menyerupai wanita tak kira sama ada dari segi penampilan atau tingkahlaku. tapi hari ini bukan untuk menghina kaum ini tetapi  aku hanya ingin memuji dari segi positive nya iaitu dari dari segi bakat dan kebolehan mereka.

bukan bakat untuk berbuat TUUTTT yer tetapi mereka dilahirkan dengan 1001 bakat.yang aku puji ni hanya golongan lembut tetapi dalamnya normal dan bukannya 100% lembut sampai sanggup tukar jantina, malam - malam menyundal. hurh!!!! dosa weyh. 

mungkin ada pihak diluar sana asyik menghentam mereka. tetapi mereka tidak sedar kerana ada lelaki yang hanya lembut tetapi masih normal menyukai kaum wanita dan ada lelaki normal tetapi pada hakikatnya menyukai kaum sejenis. bagi mereka yang lembut tetapi normal, sebenarnya ini terjadi kerana genetik keluarga atau faktor sejarah keluarga.

 barangkali mungkin kerana sewaktu mereka kecil , ibubapa mereka terlalu inginkan anak perempuan sehingga memakaikan anak lelaki mereka pakaian kanak - kanak perempuan. bagi yang nampak nampak normal tetapi hakikatnya menyukai kaum sejenis, sejarah mereka mungkin disebabkan pergaulan bebas di asrama ataupun mempunyai sejarah hitam tersendiri ( rujuk entry sebelum ini ). menurut kajian pula golongan lembut atau maknyah ini boleh dibahagikan kepada 4 peringkat 



Tahap satu, boleh terjadi kepada sesiapa sama ada bersifat sementara atau jangka panjang. Ia tidak mendatangkan masalah dan sukar dikenali pada peringkat awal. Ia boleh pulih semula setelah disedari atau ditegur oleh rakan atau mereka pada tahap ini akan meneruskannya jika mendapat sesutu dorongan.

 Salah satu bentuk dorongan ialah apamila mendapati rakan wanita selesa dan selamat untuk bergaul dengannya. Biasanya hampir semua wanita rasa selamat setiap kali bergaul dengan lelaki lembut pada tahap satu. 

Dorongan lain adalah seperti layanan ibu bapa terhadap anak lelaki seperti melayan anak perempuan atau adik-beradik atau rakan-rakan kejiranan yang didominasi oleh perempuan sejak kecil. Tahap ini bukanlah satu masalah, tetapi disebabkan gangguan peringkat akut terhadap penghasilan hormon testrogen.


 
Tahap dua, ciri-ciri tahap satu masih ada tetapi cara pemikiran dan spikologi lebih kepada menyukai sesuatu yang disukai wanita. Selesa melakukan kerja-kerja ringan seperti yang mampu dilakukan oleh wanita. Rasa selesa dan selamat bergaul dengan wanita berbanding lelaki. Mahu suka kelihatan seperti apa yang wanita suka pada dirinya seperti suka kelihatan cantik, ayu, sopan dan lemah lembut.

Tahap tiga, hormon testosterone benar-benar berkurang dan menyebabkan daya tarikkan seksual tersongsang. Lebih tertarik dengan lelaki yang berbadan sasa. Jarang berlaku tahap tiga ini tertarik dengan lelaki bertubuh biasa. Hilang minat untuk menyukai wanita walaupun organ seksualnya boleh berfungsi seperti normal dan memiliki sperm yang subur. 

Penampilan fizikal biasanya ada ciri-ciri seperti wanita seperti pemakaian aksesori wanita. Mereka dapat dikenali dengan jelas pada peringkat ini. Gejala gay atau seks luar tabii adalah keadaan pada tahap tiga walaupun keadaan fizikal tidak nampak bercirikan seperti wanita.



Tahap empat, menerima hakikat diri dan berani mengikhtiharkan diri sebagai “Mak Nyah”. Kecetekkan pengetahuan agama menjadikan mereka berani mengambil dadah estrogen supaya ciri-ciri seks sekunder muncul seperti suara tidak garau, halqum tidak timbul, bulu roma pada wajah seperti misai, janggut dan jambang tidak muncul( muka jambu dikecualikan -,- ). Malah estrogen ini merampingkan perut dan menjadikan dada dan punggung berisi. 

 Selain estrogen, suntikan kimia untuk merencatkan testosterone juga diambil supaya badan tidak menjadi sasa. Pengambilan perencat testosterone amat berisiko tinggi kerana bahan tersebut bersifat kolestrol tepu yang boleh menyebabkan strok, serangan jantung dan kegagalan fungsi buah pinggang. Tanpa kesedaran ilmu agama yang sempuna, lelaki lembut pada tahap empat akan menjalani pembedahan yang paling tidak beretika (yang dikendalikan oleh rawatan klasik (allopathic) yang sememangnya tidak beretika) iaitu dengan menukar atau membuang organ seks lelaki dan mengubahsuai menjadi seperti organ seks wanita. 

Namun begitu, pembuangan ini tidak memungkinkan mereka mengandung kerana mereka tidak memiliki rahim dan ovari yang boleh menghasilkan ovum.



tu adalah penerangan bagi kajian,. tapi bagi aku ada betul dan salahnya.apa yang aku sempat baca tentang golongan ini, sebenarnya mereka inginkan kebebasan melakukan sesuatu di luar bidang mereka. sebagai contoh memasak , menjahit baju , mengemas rumah. masyarakat kita sewenang - wenangnya melabel orang tak tentu arah .

 bagi mereka, hanya skop kerja - kerja berat sahaja bagi golongan lelaki. kerja - kerja orang perempuan langsung tak boleh dibuat oleh golongan lelaki. apa boleh buat? mentaliti zaman sekarang. tetapi buat mereka yang beriltizam kuat, mereka sanggup dicemuh, dicaci semata - mata untuk merealisasikan impian mereka untuk menceburi bidang masakan dan sebagainya. korang jangan sesekali ingat golongan yang menceburi bidang ini hanya suka - suka. ada diantara mereka yang sanggup buat semua ini hanya untuk menyara keluarga mereka. 

yang kita ni tak pasal tuduh dia bukan - bukan , dah dapat dosa free.so selepas ini ubahlah mentaliti pemikiran kita , kerana aku percaya mereka pun tidak minta dilahirkan sedemikian rupa. kita patut  membantu dorang dari pelbagai sudut (perubatan, psikologi, bimbingan, nasihat, kaunseling) dalam membantu dalam kembali kepada orientasi seksual yang sebenarnya.

jangan di persalahkan kepada dorang sahaja semata-mata, kita kena buat kajian yang mendalam untuk mengetahui punca dan juga rawatan sama ada untuk medical atau juga psikologi. sesungguhnya kita juga tidak sesempurna mereka, kerana kita asyik menyatakan bahawa mereka tidak kena itu dan ini..tapi, sedarkah setakat mana kesempurnaan kita dalam diri kita sendiri dengan apa yang kita ada? 


::bebot menderum :: pendapat korang mengenai lelaki yang senang mengeluarkan air mata?

No comments: