Total Pageviews

AWAS DENGAN VIRUS DARI FACEBOOK

Dikala suatu malam tatkala justin timberlake tengah beristirehat sambil melayari facebook...tetibe pluippp!! bunyi IM alert dari facebook. Si justin timberlake ni pun layanlah dengan ghairahnya sebab yang mesej tu pula kawan lama beliau.. sampailah bila diajukan part video ,justin timberlake tertanya diri sendiri , video ape lagi yang pernah dia buat selain video porno? mungkin video yang diprank oleh member beliau. 



so dengan ghairahnya dia menekan link video tersebut dan keluarlah gambar ini,



Klik gambar untuk tumbesaran 

pada ketika itu justin timberlake bertambah pelik kerana hampir 2 ribu lebih orang yang melihatnya.dahla tak boleh tengok. sekali lagi dengan ghairahnya justin timberlake ni pergi upgrade dia punye adobe tapi still tak boleh tengok.

bila diteliti balik dekat bahagian komen, jurulatih justin timberlake pun ade komen , sebelum ni seingat beliau , jurulatihnya tidak pernah bercakap dalam bahasa inggeris dengan beliau. justin timberlake bertambah bingung sampailah member beliau bagitau, "WOI TU VIRUS DOE!!!"

haa!! memang betul itu adalah perangkap terkini dalam facebook yang cuba menyalurkan virus melalui IM korang.melalui maklumat yang didapati kalau korang klik je link tu, profile akaun korang akan diambilalih dan diceroboh masuk. tentang kebenaran fakta ini masih lagi tak dapat disahkan kebenarannya. 

tapi yang sure laptop si justin timberlake tu dah jadi macam kura - kura mati bini. jadi daripada korang ambil risiko , baik tukar password akaun korang dengan segera!! jangan jadi macam justin timberlake tu, ape pun tak boleh!! T_T

::bebot menderum :: korang kenal tak justin timberlake tu? sian dia kan

2 comments:

Anonymous said...

saya dah terkena.. so apa penawarnya? antivirus saya pun dah tak boleh diremovekan.. PC dah jadi macam kura2 patah kaki... tolong!!!!

Anonymous said...

saya pun terkena..anti virus terus tak boleh buka... ada penyelesaian? sila kongsi..