Total Pageviews

:: 22 JULAI ::

salam kepada readers , bloggers , braders dan sistah sekalian. entry kali ini merujuk kepada perihal diri aku.. kepada sebelum ni yang asyik bertanya tentang aku.hari ini segala - galanya bakal aku ceritakan..bajet macam novel le pulak aku tulis so meh le merajinkan diri anda membacanya.

Ada apa dengan 22 Julai?



a.arh ade ape sebenarnya dengan hari ni? hari jadi justin timberlake ke? hari - hari ke? sebenarnya saja menggedik pilih hari ni dah aku suka dengan angka 22. hampir keseluruhan dalam hidup aku ada kaitan dengan no 2. birthday aku sendiri pun 22 hb 2, pukul 2 pagi , dan juga 2 emak...err ok yang tu belum lagi...so hari ini sempena dengan angka 22, boleh jadi aku nak umumkan berita baik atau boleh jadi berita buruk.teruskan membaca...gedik tak? -_-'

Tawaran Majlis Sukan Negara

pasal tawaran ni , actually aku dari dulu memang menunggu tawaran dari MSN.tunggu punya tunggu sampailah aku semester 3 dekat KPTM ni , barulah dapat jawapan dari MSN. alhamdulillah aku ditawarkan sebagai jurulatih tahap 1 untuk salah satu sukan yang aku pilih masa di bangku sekolah. tapi kenapa baru sekarang? aku dah "heaven" sikit kat kolej ni baru dorang nak bagi tawaran. aku dah tanya pendapat semua orang tentang tawaran ni. tapi jawapan yang aku dapat semuanya 50 - 50 dan tetap tak menyakinkan aku. kalau masa semester 1, aku dah tolak tawaran  belajar untuk jawatan medical assistant. sekarang dengan berat hatinya aku terpaksa sekali lagi menolak tawaran yang  barangkali muncul sekali dalam seumur hidup. mungkin aku patut dapatkan terlebih dahulu diploma.yer la at least ade la juga kredit dalam hidup. so sekarang aku cuma berharap agar rayuan untuk jadi jurulatih separuh masa diluluskan. doakan aku erk..

Si Dia yang bergelar Cik Tajama

buat anda yang terasa digelar Cik Tajama tu , baik anda copy paste ayat ni. haha buat korang yang tak tahu Cik Tajama ni sebenarnya S dekat kolej aku. so ikut suka korang la nak pikir S tu ape, Snake ke, , secret , spy atau senduk pun boleh. ade member aku, si Justin Timberlake tu suka betul dekat Cik Tajama tu. tak tau la Cik Tajama tu suka dekat dia atau tak. Al - maklumlah dengar cerita Cik Tajama nak balik menetap semula di kampung beliau. tapi aku kesiankan JT sebab dia sibuk sesangat dekat tempat dia belajar tu sampai ada yang melabel sombong gara - gara akibat kesibukan beliau.so tak sempatlah dia nak berjimba dengan Cik Tajama tu. cuma kalau Cik Tajama baca entry ni, aku nak wakilkan apa yang JT pesan...

  • kalau dah suka sama suka , bagilah beliau peluang mengenali Cik Tajama dengan lebih mendalam, Cik Tajama pun kena kenal JT dengan mendalam juga dan jangan terlalu ghairah -,-
  • faham situasi  dan tanggungjawab JT
  • kalau hari - hari biasa , JT adalah milik tempat beliau belajar, hari cuti adalah hari untuk hari Cik Tajama
rasanya yang tu je lah yang aku ingat. JT pun ada pesan kalau dia ingat nanti dia tambah dalam entry khas. so Cik Tajama , jawapan anda macam mana ? sudi ke terima JT ? tu jer la motif entry aku kali ini. saja menggedik, cerita pasal aku. nak baca atau tak nak baca, ikut suka korang, yang penting aku punya suka.gedik tak? ok boleh bagi tumit dah sebenarnya. sekian saja entry kali ini, chow bebeh!!
 


::bebot menderum :: sangat penat hari ni main dengan fizikal dan emosi,.perlukan rehat yang banyak