NANAH YANG KELUAR DARI KEMALUAN ITU
Artikel ini diambil dalam laman sosial facebook.sekadar perkongsian untuk renungan kita bersama.
Saya
berjumpa fenomena menakutkan hari itu. Takkan saya lupakan
selama-lamanya. Ia amat menakutkan dan membuatkan saya trauma beberapa
ketika. Terngiang-ngiang ungkapan hamba yang menyesali ...dosa,
“Alangkah, lebih baik sekiranya aku menjadi tanah.”
Seorang
lelaki berwajah buruk berkulit hitam merangkak-rangkak dengan penuh
seksa di lembah kotor itu. Bau hanyir menusuk ke hidung, dengan segera
saya menutup hidung. Namun bau itu makin kuat. Lelaki buruk berwajah
hitam legam, hingus meleleh di hidung meskipun sudah disapu
berkali-kali, dan yang malangnya, ia telanjang bulat tanpa sebarang
pakaian.
Ah, ia amat menjelekkan. Bukan hanya dia
bertelanjang, bahkan lelaki yang lain, perempuan, mak nyah, pondan dan
tomboi, semua bertelanjang dan sangat menjelekkan. Yang perempuan, air
nanah meleleh keluar daripada kemaluan mereka. Yang lelaki, air kencing
mereka berdarah dan berketul-ketul. Mereka membuang air kecil dengan
penuh seksa dan meraung kepedihan.
Lelaki yang
merangkak-rangkak itu dihidangkan makanan. Saya mengintai dari
kejauhan. Aduh, hidangannya adalah najis lembu yang masih cair dan
dihurungi lalat. Najis hitam itu bercampur dengan air kencing lembu
yang kuning-kekuningan. Saya muntah dibuatnya. Lelaki itu mengambil
najis lalu disuap ke mulutnya dengan lahap. Ia muntah, namun dimakan
terus tanpa henti.
Seksanya, hanyirnya. Tiba-tiba suasana menjadi pegun. Terdengar suara yang penuh garau dan menakutkan,
** “Wahai manusia terkutuk, tahukah kamu neraka Hawiyah? Itulah neraka yang apinya menjulang-julang.”
Saya
terpandang sepasang lelaki dengan perempuan. Si perempuan itu
mengumpulkan nanah yang keluar daripada kemaluannya lalu diberikan
kepada lelaki. Ia minum dengan rakus, kemudian muntah keluar. Yek,
jelek sekali. Kemudian si lelaki bangun berdiri dan kencing sedangkan
perempuan itu menadah mulutnya. Wek, saya muntah di situ juga.
**“Wahai penzina yang berbangga dengan kemaluannya di dunia, rasakan kamu
air nanah dan najis pasangan kamu. Apa yang kamu banggakan di dunia
adalah kehinaan di akhirat.”
Sekumpulan manusia
bertelanjang berhidung babi dihidangkan dua jenis makanan. Makakan yang
baik dan makanan yang jelek. Namun mereka seolah-olah tidak nampak
makanan yang baik itu. Mereka menerkam ke arah makanan jelek, yang
dihurungi cacing dan lalat. Baunya seperti bau najis ayam. Ia busuk
sekali. Mereka makan dengan lahap kemudian bergaduh sesama mereka.
**“Wahai pemakan riba, kamu mengetahui bahawa riba merupakan kemurkaan di
sisi Allah. Allah telah menyediakan ruang mencari rezeki yang baik
untuk kamu namun kamu memilih riba.”
Saya ketakutan. Ya
Allah, di alam manakah aku ini sebenarnya. Seketika, saya melihat
kejauhan. Seorang yang kelihatan soleh. Wajahnya tampak kuat beribadat.
Ia diperintahkan ke sebuah taman yang indah. Namun, baru sahaja ia
melangkah, kakinya dipegang erat oleh seseorang.
** “Ya
Allah, janganlah Kamu masukkan ia ke dalam taman keindahan itu. Ia
seorang berilmu, namun ia tidak menyampaikannya kepada kami. Ia seorang
naqib, namun ia tidak pernah berusrah dengan kami. Ia seorang pemimpin,
namun ia tidak pernah membimbing kami. Ia seorang kuat ibadah, namun
tidak pernah menunjuki kami. Masukkan ia ke neraka Ya Allah.”
Saya
terus menangis. Seorang naqib? Ya, saya seorang naqib. Apakah seorang
naqib seperti saya, yang tidak melakukan usrah akan dicampakkan ke
dalam lembah orang telanjang itu? Saya menggeletar ketakutan.
Saya
melihat sekumpulan wanita. Mereka sedang mengerumuni satu hidangan.
Saya mengintai jauh-jauh. Alangkah, mereka sedang meratah daging mayat
manusia. Mereka melapah daging manusia itu hidup-hidup. Siapakah mereka
itu Wahai Tuhan?
Saya tambah menggigil apabila melihat
salah seorang daripada mereka. Itu adalah saudara saya. Ia seorang yang
berbai’ah dengan perjuangan Islam dan mencintai perjuangan. Mengapa ia
turut berada dalam kelompok terkutuk itu.
** “Itulah
kumpulan wanita yang suka mengumpat dan menyebarkan fitnah.Mereka
memperjuangkan Islam. Namun dalam masa yang sama,mereka suka sekali
menaburkan fitnah dan mengumpat.”
Satu suara menjelaskan kepada saya.
Ya
Allah, saya mengerti. Ini kisah benar. Saya mendengar dari rakan saya
sendiri. Apabila seorang muslimah berkenan dengan seorang muslimin, dan
muslimah itu meminta bantuan daripada rakannya menjadi orang tengah.
Malangnya, orang tengah itu bukannya menjalin ikatan bahkan menaburkan
fitnah.
Ya Allah, saya berharap cerita ini bukannya mengumpat dan menaburkan fitnah, bukan juga menyebarkan keburukan orang lain.
Seorang
ahli pejuang Islam, keluar berdua-duaan dengan muslimah yang turut
pejuang Islam. Berpegangan tangan. Menunggang motosikal bersama-sama.
Nah, kepada mereka kita ingatkan, Peluklah pasangan kamu itu di atas
motor seerat-eratnya, namun harus kamu ingat, yang kamu peluk itulah
yang akan menghirup nanah yang keluar dari kemaluan kamu.
**Na’uzubillah, Ajirna minannar.
**Saya
keanehan. Mengapa seorang lelaki boleh mempercayai seorang perempuan
yang sanggup menyerahkan tangan untuk dipegang, kulit untuk dibelai
menjadi isterinya? Bolehkah perempuan itu dipercayai untuk menjadi ibu
kepada anaknya?
** “Darah haid,” saya berpaling ke belakang. Seorang tua bertongkat merapati saya. " Darah haid, apa maksud atuk"
Orang
tua itu menunjukkan saya ke satu arah. Terbeliak mata saya melihatnya.
Sekumpulan lelaki dihidangkan air berupa darah haid yang baru sahaja
keluar daripada seorang perempuan.
“Darah haid itu adalah untuk orang yang memuja perempuan sehingga LALAI DARIPADA MENGINGATI ALLAH,”
yang memberontak dengan ekzos :: Khai Artz-Far @ Putera TESL
3 comments:
Na’uzubillah
peringatan yg amat bagus! thanx~ =)
Jazakallah..
Post a Comment