Total Pageviews

FACEBOOK KENA HACK KE?

salam soley - soley sekalian kepada pembaca tegar mahupun tak tegar. eh lupa,Assalamualaikum!.1st sekali dikesempatan ini aku nak mengucapkan selamat hari wesak kepada semua pengganut agama buddha . baik tak aku? baik kan. al - kisahnya masa aku blogwalking dan merempit di blog orang tiba - tiba terperasan satu tajuk artikel yang menarik ini " TUKAR PASSWORD FACEBOOK " daripada blog ZULKBO. ye la kiteorang yang duduk jauh - jauh ni facebook je la hiburan kiteorang. tweeter tak layan sangat la nyah. meluat tak? ok boleh baling kasut kat aku. jadi jom kite review jap apa maksud tersirat daripada sumber ini.



"Penyelidik Symantec, yang menghabiskan seluruh waktu mereka siang dan malam untuk mencari kelemahan keselamatan di seluruh sistem operasi, website dan program, baru saja mengeluarkan kenyataan kepada media massa, meminta pengguna  untuk menukar password Facebook mereka, malah ketika anda sedang membaca  ini. 

Ya, rupanya mereka menemukan sebuah bug  lama yang berpotensi dapat memberikan akses kepada jutaan pengguna foto, profil dan data peribadi yang lain. Nampaknya kecacatan  ini mungkin mempengaruhi sampai ratusan ribu aplikasi, memperlihatkan token akses pengguna untuk pengiklan dan pihak lain. 

Token ini cenderung menjadi sebahagian daripada satu set kunci cadangan yang aplikasi Facebook akan gunakan untuk menjalankan tindakan yang dipilih atas nama pengguna, termasuk posting mesej ke dinding Facebook atau menghantar RSVP balasan untuk jemputan.
"By default, most access tokens expire after a short time, however the application can request offline access tokens which allow them to use these tokens until you change your password, even when you aren’t logged in," according to a post by Symantec researchers disclosing the privacy and security issue.
Jadi buat rakan pembaca yang mempunyai akaun Facebook segeralah menukar password anda sekarang kerana  hanya dengan pertukaran password sahaja boleh memutuskan jaringan bug tersebut yang menggunakan password facebook kita sebelum ini (lama)."

haa! jadi korang paham tak mana satu yang dikatakan sebagai satu pencerobohan? aku agak yang ini..


yang ini juga 


dan yang ini 


jadi terbukti yang semua itu hanya tarikan untuk mengumpan korang je. mane ade menang iphone pe semua. nampak beno menipu nyer. yang kesian nyer tuan punye profile jadi mangsa padahal dorang langsung tak online.kalau betul facebook dah upgrade sampai boleh tengok sape yang lihat profile kite mesti dia dah automatik update. sedangkan tagged nak tengok benda alah ini pun kena ade vip card inikan facebook, ye idok? jadi renung - renungkanlah apa yang aku ingin kongsi kali ini.


sebelum  aku berambus aku nak promote kat korang tentang projek kiteorang sempena cuti semester yang akan menjelang lusa.opss terkantoi suda! sempena cuti semester ini kiteorang akan menganjurkan satu kem bahasa Inggeris yang bertempat di Kolej Poly Tech Mara Kuala Lumpur pada 1 dan 2 June 2011. kem ini adalah untuk adik - adik kita yang berumur 9 hingga 12 tahun. jadi abang, kakak mahupun makbapak budak tidak boleh join kem ini. jadi kalau korang berminat untuk menghantar adik - adik korang, sepupu mahupun sesiapa saja, korang bolehlah hubungi aku melalui page fans kiteorang ataupun hubungi aku sendiri melalui facebook ataupun fans page. untuk keterangan lanjut sila terjah fans page One Step. so sekian saja entry aku kali ini. merci, As - Salam. chow bebeh...



yang memberontak dengan ekzos :: Khai Artz-Far @ Putera TESL 

::bebot menderum ::  tension gila duit kat sini keluar macam air ja.

1 comment:

Mrs Nurul said...

alaaa mls nye nak tukar..selamber je diorang hack ekk..