Total Pageviews

:: ENTRY KHAS BUAT MEREKA YANG BERGELAR INSPIRASI ::

As - Salam kepada semua para bloggers dan readers sekalian.haaa dah lama aku tak mengetuk keyboard laptop ni untuk menaip entry baru. maklumlah aku tengah dalam mood exam.sekarang pun tinggal lagi satu paper,itupun rabu depan. so ada sikit masa aku berfoya- foya dengan blog ni kan. sebenarnya aku nak tulis entry ni dari dulu lagi tapi macam uols tau, i kan busy tambah lagi dah dua hari blogspot meragam minta belas kasihan kat aku. ok aku tipu kat situ,menyampah tak? sebenarnya blogspot ada masalah sikit membuatkan para bloggers merana sekejap. tapi ada desas - desus mengatakan blog yang menggunakan blogspot bakal dilupuskan.what the fish!! hrmm dengki la tuh. eh kejap aku dah jauh tersasar daripada tujuan sebenar aku, ok dah habis introduction.

dalam diam - diam minggu depan aku dah menghabiskan semester 2 dalam bidang yang aku ceburi ni. dan berbanding semester lepas, semester ini aku terus - terang cakap yang semester ini banyak bermain dengan emosi. ini kerana semester ini aku diuji dengan pelbagai dugaan yang kadang - kadang membuatkan aku hampir berputus asa. kalau korang perasan aku ada buat entry  hampir buat keputusan nak extend salah satu subjek yang aku rasa tak boleh bawa. tapi alhamdulillah subjek yang aku rasa tak boleh bawa tu yang sebenarnya memberi harapan untuk dapat pointer yang  lebih tinggi. tapi dalam diam - diam aku berdiam aku cuba mencari jalan penyelesaian untuk setiap masalah aku. dalam setiap penyelesaian ini, aku cuba mengikut rentak beberapa orang yang aku anggap memberi inspirasi aku untuk kembali bersemangat selepas dapat masalah. ada yang memberi nasihat, malah ada yang aku ambil inspirasi dalam blog mereka kerana ada di antara entry mereka memberi aku ilham dan semangat baru. so kali ini aku nak review dan ucapkan terima kasih kepada mereka yang bergelar inspirasi!

1st at all, aku nak ucapkan ribuan terima kasih kepada Anis aka anak pak Hussin.memandai je aku ni bagi gelaran kan? masa first dia bagi aku nasihat memang aku tak boleh terima sebab nasihat dia tu macam suruh aku berubah.lepas daripada itu aku mula sedar sesuatu.memang betul apa yang dia cakap. so berubah dari segi apa? berubah dari segi sikap aku yang terlalu ikut cakap orang yang kadang - kadang memakan diri aku sendiri. aku selalu ambil nasihat yang dia berikan kepada aku sebagai contoh kepada orang lain. aku akan sentiasa ingat nasihat ini;

"jangan sesekali give up!, kalau ada 3 orang yang membenci kita, sentiasa ingat akan ada berpuluh - puluh yang menyokong kita!"


dia adalah anis hussin. serang!!!!!


terima kasih anis atas setiap nasihat yang diberi dan terima kasih juga sebab sentiasa menyokong dan membantu aku tak kira aku berada di atas dan dibawah. and you know what? seronok bekerja dengan kau. terima kasih banyak - banyak!


next person adalah kak akey!.yang peliknya kiteorang kenal tak la lama mana tapi rasa macam rapat.pelik kan? aku tak tahu nak describe macam mana tapi lepas je insiden malam tu ada attention grabber yang aku rasa kak akey ada something yang boleh aku contohi. insiden malam tu aku ingat lagi bila kak akey sakit bahu,masa tu entah kenapa aku rasa seluruh tangan aku pun sakit. maybe aku tau camner rasa sakit sakit yang akey rasa masa itu. besides kak akey salah seorang team kiteorang masa kem pemilihan fasilitator tempoh hari.lepas daripada itu aku dapat tau kak akey ada blog. so aku pergi la terjah blog dia. dan hampir keseluruhan entry dia dapat aku baca. macam mana kak akey hadapi cabaran dan ujian dalam mengejar cita - cita dan impian, kat situ aku dah dapat something yang boleh aku pelajari untuk kebaikan pada masa hadapan.memang terasa bonding sangat - sangat dengan beliau. apa pun terima kasih yer kak akey atas nasihat dan dorongan yang diberi.sila terjah blog beliau yer ( klik sini)


cantik kan??


will always remember this!

insan seterusnya yang banyak memberi aku dorongan dan inspirasi adalah pensyarah aku sendiri,madam Nadhrah. aku banyak berkongsi masalah aku dengan beliau sejak semester yang lepas lagi. dia memberi aku satu semangat dimana aku masih lagi pegang nasihat itu sampai sekarang.

always be patient in facing all the challenges n obstacles ALLAH has predetermined 2 you.only He knows whats best for you.its okay shed river of tears in this battle seeking knwledge but never give up your hope soon you'll embrace victory and success.

sama cantik,sama padan.thank you madam :D

memang setiap kali aku ingat balik nasihat ini memang aku akan bersemangat balik.terima kasih madam atas nasihat yang diberi, terima kasih juga atas ilmu yang telah dicurahkan kepada kami, terima kasih juga atas penat lelah madam yang tak jemu melayan karenah kami. terima kasih atas segalanya!

aku rasa setakat itu je kot. sebenarnya ramai lagi yang aku ingin dedikasikan entry ini kepada korang semua tapi apakan daya tak larat mengetuk keyboard dah, pe pun aku nak ucapkan  ribuan terima kasih kepada semua rakan - rakan termasuk syahira azman yang memberi aku 1001 semangat untuk terus berjuang disini. siapalah aku tanpa pertolongan korang. tak dilupakan juga kepada semua bloggers dan roversmoot Blog K.H.A.Z yang tak henti - henti memberi semangat kepada aku. hanya Allah yang yang mampu membalasnya. sekian saja entry aku kali ini. merci,As - Salam. chow bebeh!!!

yang memberontak dengan ekzos :: Khai Artz-Far @ Putera TESL 

::bebot menderum :: hanya tinggal lagi satu paper untuk final exam ni :D

1 comment:

itsanisandhizami said...

SEJUJUR JUJURNYA dalam entry kau bnyak bnyak . ni je yang aku tertarik . KBYE .