Salam kepada kaki bloggers dan readers yang dihormati sekalian. sebagai introduction entry aku kali ini.aku nak minta maaf jika kebelakangan ini aku banyak tulis entry pasal diri aku sendiri.hari ini dah masuk hari yang ke 15 aku menghabiskan cuti semester aku di kuala lumpur. so duduk kat kl ni pun bukan duduk saja - saja.kira banyak aktiviti berfaedah yang aku join.
inhouse training fasilitator
"reward day" dengan team fasilitator
berkenaan tajuk entry aku diatas, hari ini kelam - kabut budak - budak kolej aku semak keputusan masing - masing termasuk aku. aku target pointer semester ni 2.80 camtu sebab terlalu banyak benda - benda yang tidak diingini berlaku. sebelum ni, aku punya carry mark untuk semester ini terutamanya subjek bahasa perancis, grammar semuanya gagal! tapi alhamdulillah lepas daripada itu sokongan daripada kawan - kawan dan pensyarah telah membuktikan sesuatu pada diri aku. tadi bila semak keputusan, subjek yang aku ingat akan gagal rupa - rupanya lulus. alhamdulillah pointer semester ini pun naik. so di kesempatan ini juga aku ingin berkongsi pendapat dan nasihat yang boleh aku kongsi sepanjang aku menghadapi masalah untuk belajar dan menerima keadaan sekiling
"always be patient in facing all the challenges and obstacles ALLAH has predetermined to you.only He knows whats best for you.its okay shed river of tears in this battle seeking knowledge but never give up your hope soon you'll embrace victory and success"
- kalau dalam keadaan stress, tuliskan atau luahkan segalanya dalam sehelai kertas.
- pilih kawan yang betul - betul boleh bawa kebaikan kepada diri kita kerana sokongan dan pertolongan daripada seseorang amat penting kepada kita.
- selalu rujuk dan minta nasihat daripada orang yang kita boleh percayai.contoh terdekat ialah pensyarah dan kaunselor.
- fokus kepada suatu pekerjaan yang kita ingin buat dan ketepikan sementara masalah yang dihadapi
- selalu ingat yang ada orang lain lagi banyak masalah daripada kita
- time kuliah atau study,hiraukan sebentar jika ada tarikan atau pelawaan daripada rakan - rakan yang mengajak kita keluar untuk hiburan atau membuang masa
- tetapkan dalam fikiran kita" aku akan "reward" diri aku sendiri bila habis saja semester ini".
- jadikan satu nasihat itu sebagai pembakar semangat diri kita
- sentiasa berdoa dan bertawakal dalam sesuatu pekerjaan atau perbuatan
- sentiasa cool , senyum meskipun diri dalam masalah
"saya cuba sedaya upaya untuk melupakan perkara yang buruk dan biar apapun yang terjadi, saya cuba untuk berfikir secara positif. Yang utama ialah untuk melihat ke depan dan mulakan hidup yg baru, kerana walau saya tidak mengendahkan hari esok, ia tetap akan datang jua.. percaya lah Allah itu maha Esa dan mengetahui segala kedukaan yang telah saya alami selama ini "
jadi jangan sesekali berputus asa dalam melakukan sesuatu perkara. kerana tidak ada manusia yang dilahirkan bodoh dan tidak ada yang dilahirkan pandai. semua ini bergantung atas usaha dan penat lelah masing - masing. jadikan setiap keputusan itu sebagai penanda aras pada masa akan datang . buat yang gagal, fikir balik kelemahan dan kesilapan kita pada masa ini dan cuba baiki balik untuk kebaikan pada masa akan datang. buat yang berjaya pula jangan sesekali bongkak atau sombong dengan kejayaan masing - masing. kerana orang yang betul - betul berjaya adalah orang yang inign membantu diri sendiri dan orang lain. so sekian saja entry aku kali ini. merci, As- Salam! chow bebeh..
yang memberontak dengan ekzos :: Khai Artz-Far @ Putera TESL
:: RESULT OH RESULT ::
by
khai artzfar
on
31.5.11
Salam kepada kaki bloggers dan readers yang dihormati sekalian. sebagai introduction entry aku kali ini.aku nak minta maaf jika kebelakang...