:: ULU YAM MEMBERI AKU 1001 MAKNA ::
As - salam kepada semua braders , sistah , bloggers dan readers sekalian, harap hari korang dalam keadaan baik sejahtera. aku baru je balik dari perkhemahan pemilihan fasilitator KPTM Kuala Lumpur semalam. tu sebabnya aku ghaib sekejap untuk 3 hari.kem ini bertempat di ulu yam, selangor. kem ini adalah hasil kerjasama pensyarah dan kakitangan KPTM serta moderator dari Eagle Nest. untuk korang yang nak buat perkhemahan, aku syorkan korang tempat ini sebab kemudahan yang disediakan semua berkualiti.
tujuan aku masuk kem ini sebab aku nak mencuba nasib dan timba ilmu yang diperoleh memandangkan semester depan aku bakal bangunkan 2 persatuan besar.buat sementara ini nama persatuan itu aku rahsiakan dulu. so keseluruhan perkhemahan ini memang seronok walaupun penat. adatlah kalau penat itu. sebelum aku pergi ke kem ni ramai yang kata bakal kena buli. bagi aku orang yang tak pernah pergi kem memang akan berkata sedemikian tapi bagi aku ini adalah satu proses pembelajaran dimana mengajar kita 1001 makna.aku cuba menghayati dan maksud semua aktiviti ini. alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. tapi malang tak berbau masa aku buat river tracking, tangan aku tersepit celah batu, and guess what? tangan aku yang patah baru ni yang jadi mangsa.sepanjang kem tu memang berdenyut - denyut tangan aku sebab bengkak.aku pun tak tahu kenapa semua yang terjadi sebelum ini bertimpa - timpa dan tangan kanan yang menjadi mangsa.mungkin semua ini ujian buat aku.
siap ada jambatan gantung lagi,Mampu??
air terjun sg.sendat, terbaik!!
berbalik kepada sesi perkhemahan, kami diajar pelbagai tips dan nasihat untuk menjadi fasilitator terbaik. memang tak dinafikan semuanya amat berguna masa hadapan.untuk semua jurulatih, fasilitator yang terlibat, terima kasih banyak - banyak kerana sudi mengajar ,menasihati dan tahan dengan karenah kami semua. ampun maaf dipinta sekiranya terdapat salah dan silap serta terkasar bahasa sepanjang perkhemahan ini berlangsung. dapat atau tidak itu lain kira. janji ilmu yang dicurahkan, insyaallah akan dimanfaatkan sebaiknya untuk rujukan pada masa hadapan.so sekian saja entry aku kali ini, Merci dan As - Salam!!
**klik untuk lihat gambar : http://www.facebook.com/media/set/fbx/?set=a.139931812746658.30491.100001895199931
**klik untuk lihat gambar : http://www.facebook.com/media/set/fbx/?set=a.139931812746658.30491.100001895199931
kredit : Eagle Nest
bebot menderum :
1.tak sangka akak fasi, kak akey seorang blogger juga. sila terjah blog beliau yer
2.ada orang kata benda - benda yang jadi kat aku angkara buatan orang. boleh caye ke?
4 comments:
aku baru pernah pi 3 kali ja Ulum Yam nii.. ;-p
@Solihin Zubirfuyooh bnyak kali gak la tuh
salam bro Khai..
doa saya awak terus hebat & ceemrlang dalam kehidupan dunia & akhirat..!
@Sifu Mirzaterima kasih bnyk tuan! insyallah..
Post a Comment