Total Pageviews

::RETRO FASHION SHOW DAY PART 2 ::

As - Salam kepada semua bloggers, readers, braders dan sistah sekalian. 1st sekali aku nak ucapkan bermilion-lion ( ade ke ayat ni,abaikan je la ) kepada korang yang sudi lagi datang singgah ke blog aku yang usang ni.ok jom straight to the point nanti tunggu aku mengarut entah sampai bila boleh habis. kalau hari tu kita dah tengok part 1 punya cerita. dalam entry tu aku lebih dedikasikan ucapan terima kasih aku kepada semua yang menjayakan acara ini.


kena make - up daa


dengan peserta kanak - kanak

pemenang retro fashion show - minah retro




 so untuk kali ini kita cuci mata sikit tengok gambar sekitar acara ini berlaku. untuk pengetahuan korang acara ini adalah hasil usaha semua mentee dibawah naungan English Department KPTM Kuala Lumpur. ye la kiteorang kan amik kos TESL tak kan bawah Business Department pulak kan? ada yang kena buka booth, uruskan acara treasure hunt , permainan tradisional dan tak lupa juga acara yang team aku kena uruskan ,retro fashion show. 








perghh, kalau cakap penat memang tidak tercakap lah memang penat giler. tapi alhamdulillah semua penat tu terubat bila tengok acara ini berjalan dengan lancar. bagi aku ni satu kejayaan buat kiteorang semua sebab berjaya menguruskan acara besar dan penting macam ini. bak kata orang tak kenal maka tak cinta. kalau tak cuba mana nak dapat pengalaman kan? untuk acara fesyen , memang jumlah peserta melebihi jangkauan daripada sasaran. sebab pada mulanya kiteorang menganggarkan peserta  hanya 30 orang kebawah  tapi sekali bila dah kumpulkan semua peserta jumlahnya melebihi 40 orang tidak termasuk dengan peserta kanak - kanak.


persembahan daripada salah seorang team kiteorang , ann bakhtiar

meriah gitu hahaha :)






 ye la anggaran cuma 30 orang tu sebab ingatkan tak ada yang berminat,tambah pula masa hari tu, kolej kiteorang ada 3 event serentak tapi berlainan tempat.kepada semua peserta, terima kasih aku ucapkan. buat yang berjaya tahniah dan buat yang tak berjaya korang bukan tak cantik atau tak hensem cuma nasib tak menyebelahi korang, cuba lagi erk. untuk menghabiskan entry kali ini, aku nak ucapkan sekali lagi terima kasih yang tidak terhingga kepada mentor kiteorang, madam Siti Normala, miss Izra Inna dan miss Fatimah Fukaiha yang banyak memberi kiteorang panduan dan semangat untuk mengadakan acara ini, English Department KPTM Kuala Lumpur kerana memberi kiteorang peluang untuk menguruskan acara besar seperti ini , semua krew - krew yang terlibat kerana korang sanggup berhempas - pulas sampai tengah malam demi menjayakan acara ini, koreografer kiteorang,akira dan fafar kerana sanggup menghabiskan masa korang ajar kiteorang menari seterusnya kepada individu mahupun kumpulan yang secara langsung dan tidak langsung membantu dan menyokong acara ini. terima kasih semua!! sekian saja entry aku kali , merci, As - Salam

kredit: photograper;marlboro man dan ikhwan ismail


yang memberontak dengan ekzos, khai artzfar @ putera TESL 

bebot menderum :
1- hari ni aku pergi camping dekat ulu yam untuk pemilihan fasilitator, doakan keselamatan aku disana yer.so OFF untuk 3 hari
2- buat masa ini mungkin aku akan kurangkan aktiviti blogging sebab nak dekat final. pe pun ada masa aku jenguk blog korang