Total Pageviews

:: BUDI BAHASA BUDAYA KITA ::

As - Salam kepada semua braders , sistah, bloggers dan readers sekalian. Alhamdulillah hari ini aku berkesempatan lagi untuk menghentak keyboard menaip entry. ikutkan aku nak tulis entry pasal hasrat dan impian aku untuk penghujung semester. alih - alih tadi ada satu insiden yang bagi aku agak kurang ajar apabila seorang hamba Allah ni meninggikan suara kepada member aku yang agak senior daripada kiteorang dan dia  siap buat muka minta pelempang lagi.serius memang aku agak kecewa dan terkejut apabila dia melakukan sedemikian rupa. bagi aku itu agak melampau apabila bercakap meninggikan suara  dihadapan orang yang lebih tua daripada kita. sebenarnya sebelum tu aku yang kena lepas tu baru member aku yang agak senior ni yang kena . aku bukan nak malukan dia dekat korang semua. tapi ini sebagai nasihat dan renungan untuk kita bersama.



 kita sepatutnya sebagai orang melayu , ada  adat dan budi bahasa. kalau orang cakap dengan kita dengan keadaan menengking mestilah kita marah ataupun terkejut ditambah pula orang yang meninggikan suara itu adalah wanita. kan kaum wanita ni lemah - lembut dan sopan - santun? jadi kat sini aku nak tegaskan, kalau orang itu ada buat salah atau kita ingin melarangnya, seharusnya kita bercakap dengan nada yang lembut dan berbudi bahasa tambah lagi apabila bercakap dengan orang yang lebih tua daripada kita. sesetengah orang berpendapat perkataan yang keluar dari mulut, melambangkan keperibadian kita. 


yupp!! memang aku setuju. dan  ingin aku tambahkan sedikit kat sini. " kerana mulut badan binasa" . sekali kita luahkan perkara yang orang tak senangi lepas itu jangan nak pelik kalau kita pula yang tak disenangi, ingat tu! kesimpulan dekat sini kalau kita marah atau apa sekali pun , berfikir dahulu  dan jangan ikutkan perasaan apabila bercakap. terlajak perahu boleh berundur, terlajak kata tak boleh berundur. jadi renung - renungkan kembali apa yang ingin aku sampaikan. buang yang keruh dan ambil yang jernih. sekian saja entry aku kali ini, Merci,As - Salam!!

Biar Yaasin membuang resah ... 
Pada jiwa yang sering gelisah ...

Biar Yaasin jadi peneman ...
Pada hati yang selalu kerisauan ...

Biar Yaasin mulai menyembuh ...
Pada akal yang semakin lumpuh ...

Biar Yaasin sebagai pengubat ...
Pada diri yang ingin bertaubat ...

Biarlah Yaasin dibaca penuh keikhlasan ...
Jika harapkan Syurga sebagai balasan ...

bebot menderum : no hard feeling yer! just sekadar peringatan bersama

No comments: