Total Pageviews

TIPS BUAT LEPASAN SPM

As- Salam to all geng kipas susah mati blogger , readers, braders dan sistah sekalian.syok betul hari ni menghentak keyboard sambil mengirup udara segar.heheehe esok merupakan tarikh keramat bagi manusia yang lahir pada tahun 1993 thats mean calon SPM 2010.


 mesti dorang cuak tahap dewa sekarang. aku dulu pun memang cuak giler sampai tak tidur malam. rileks dulu jangan terlampau nervous sebab sekali korang nervous semua benda jadi serba tak kena. bak kata orang, makan tak kenyang, mandi tak basah, tidur tak nyenyak.so kali ini aku sertakan tips buat korang yang nak ambil result esok.

  • sebelum mengambil keputusan tu, eloklah korang buat sembahyang hajat dan minta restu doa mak bapak korang.
  • beri semangat kepada diri korang sendiri dengan mengatakan "aku boleh"
  • gunakan mindset berani gagal. kerana perasaan gugup akan hilang secara perlahan - lahan
  • cuba relaks dan senyum apabila berjumpa dengan member korang. jangan tunjukkan yang korang nervous kerana itu akan menambahkan "kenervousan" korang. ( ada ker ayat tu? pedulikan je..)
  • tarik nafas sedalam- dalamnya dan masa itu fikirkan tentang yang positive je

"Ingatlah sesungguhnya dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang."


aku rasa itu antara tips yang aku boleh share dengan korang. sekiranya korang berjaya, Alhamdulillah korang telah membuat ibubapa korang bangga. buat yang tidak berjaya, jangan risau kerana sekali gagal bukan bermakna selamanya kita akan gagal.Allah itu Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.rezeki itu ada dimana-mana. so banyak - banyakkan doa dan berhati - hati di jalan raya semasa nak ambil result esok.sekian saja, merci! As - Salam!!

yang memberontak dengan ekzos:: Khai Artz-Far @ Putera TESL 

::bebot menderum::goodluck buat calon SPM 2010!!


    No comments: