Total Pageviews

:: BONDA TIRI YANG DIPERTUAN AGUNG MANGKAT ::

As - salam kepada semua geng bloggers, readers, braders dan sistah sekalian. tadi sepatutnya aku ada kelas sampai pukul 3 petang tapi memandangkan demam aku tak kebah - kebah sejak seminggu yang lalu aku decide pergi ke klinik. kat sana aku sempat beli surat khabar. 1st time beli surat khabar sejak duduk kat k.l . nampak sangat teruk aku ni.pastu tenampak muka hadapan surat khabar yang tertulis " Libya Bermandi Darah " . tapi bukan itu yang aku ingin ketengahkan. pasal isu itu, sama - sama kita doakan supaya peperangan ini dihentikan secepat mungkin dan negara kita terselamat daripada kejadian yang tidak diingini. namun tadi bila aku buka t.v untuk menonton berita, aku terkejut sebentar apabila pembaca berita menyatakan bonda tiri Yang Dipertuan Agung mangkat pagi tadi.  sama - sama kita sedekahkan Al- Fatihah..untuk berita selanjutnya korang boleh baca di bawah ni * credit to Bernama



.


KUALA LUMPUR, 21 Mac (Bernama) -- Bonda Yang di-Pertuan Agong, Tengku Ampuan Bahriya Sultan Alam Shah mangkat di Hospital Seri Kota, Klang, Selangor pada pukul 1.22 pagi Isnin.

Kemangkatan baginda, 78, diumumkan Setiausaha Sulit Kanan Yang di-Pertuan Agong Datuk Mohd Zuki Ali dalam satu kenyataan di sini Isnin.

Mohd Zuki turut memaklumkan bahawa jenazah almarhum akan dibawa pulang ke Kuala Terengganu melalui Pangkalan Udara Tentera Diraja Malaysia (TUDM) Subang.

Jenazah almarhum berlepas dari pengkalan itu kira-kira 10.45 pagi ini menggunakan pesawat C130 TUDM.

Mengiringi jenazah ialah Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah yang berlepas dari pengkalan itu dengan pesawat khas.

Antara yang turut berada di Pengkalan TUDM ialah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Sidek Hassan dan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar.

Jenazah akan dibawa ke Istana Maziah, Kuala Terengganu untuk penghormatan terakhir dan urusan pengebumian.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu hari ini, rakyat jelata diberi peluang untuk memberi penghormatan terakhir bermula pukul 1 petang sehingga 2.30 petang.

Jenazah Almarhum akan dimakamkan di Makam Diraja di perkarangan Masjid Al-Muktafibillah Shah, Ladang petang ini.

Almarhum Tengku Bahriya yang diputerakan pada 31 Ogos 1933 di Klang Selangor berkahwin dengan Duli Yang Maha Mulia Sultan Mahmud yang pada masa itu bergelar Yang Teramat Mulia Yang Di-Pertuan Muda pada 22 Mac 1952 di Kuala Lumpur.

Almarhum selepas itu dikurnia gelaran Tengku Puan Muda oleh Duli Yang Maha Mulia Almarhum Tuanku Al-Sultan Ismail Nasiruddin Shah pada 7 April 1954 dan dilantik menjadi Duli Yang Maha Mulia Tengku Ampuan Besar Terengganu pada 20 September 1979.

- BERNAMA

so sama - sama kita mendoakan agar roh baginda dicucuri rahmat. tak lupa juga kepada mangsa - mangsa peperangan di Libya. harap negara kita terlindung dari segala malapetaka dan kejadian yang tidak diingini. Aminn.sekian saja, Merci! As - Salam!!


yang memberontak dengan ekzos:: Khai Artz-Far @ Putera TESL 

::bebot menderum::
1. begitu banyak peristiwa dan petanda akhir zaman telah muncul. doakan supaya diri kita berada dalam golongan beriman hendaknya 

2 comments:

Solihin Zubir said...

Al-Fatihah...

err.. smoga cepat kebah demam tu..

khai artzfar said...

@Solihin Zubirhahaahaa thanks a lot dude