Total Pageviews

As - Salam kepada braders dan sistah sekalian. tadi masa aku buka facebook ternampak la seorang hamba Allah ni maki - maki seorang perempuan ni. ingat gaduh ke apa tapi bila sebut pasal agama ,tergerak hati nak buka wall dia. bila dah buka, subhanallah.seorang hamba Allah yang digelar perempuan, buat post status dia, mengumpat dan mengutuk Rasulullah S.A.W .apa nak jadi weyh?







 Masya-Allah, apa nak jadi dengan manusia zaman sekarang. tak takut ke azab nanti? aku rasa ni sorang lagi orangya mentaliti rendahan yang suka - suka hati je mengutuk dan mempersendakan agama orang. muka cantik tapi sayang jiwa terlalu kotor.memang tak ada harapan untuk dibuat bini orang macam ni.hrmm apa pun nasihat aku kepada yang membaca komen perempuan ni di facebook, tak perlu la korang balas kutukan dia dengan kutukan korang pula. 



memang la semua orang geram tapi lagi kita balas lagi dia suka. cukuplah hanya dengan kita doakan supaya dia insaf dan kembali ke pangkal jalan hendaknya.aminn, sekian saja entry aku kali ni. merci! , As - Salam..


yang memberontak dengan ekzos:: Khai Artz-Far @ Putera TESL 

::bebot menderum::petanda akhir zaman 

APABILA MAKHLUK YANG DIGELAR MANUSIA MENCACI NABI MUHAMMAD S.A.W

by on 30.3.11
As - Salam kepada braders dan sistah sekalian. tadi masa aku buka facebook ternampak la seorang hamba Allah ni maki - maki seorang perempu...
As - Salam kepada semua yang sudi lagi buka blog aku tak seberapa nih. entry aku  kali ni pendek je. aku cuma nak bagitau yang simen tangan aku dah dibuka. Alhamdulillah. aku cerita ni bajet macam orang nak tau je kan? tapi tak pe la syok sendiri la katakan. ikutkan aku nak tulis entry pasal ni semalam tapi ada berita pasal kematian jackie chan dikatakan palsu, terus aku buat entry tu dulu.buat korang tak tau kenapa tangan aku bersimen, korang boleh rujuk entry yang lepas , :: Tangan aku patah lagi buat kali ke 8 ::. cuma yang peliknya, bila aku kata tangan aku patah sebab tersepit pintu bas, majoriti akan gelak. bukan nak marah atau apa, tapi kelakar ke? pelik la dorang ni.ikutkan tangan aku ni bersimen sampai bulan 6 dan MC pun dapat sampai 6 minggu, tapi aku terpaksa ambil risiko untuk buka simen awal sebab final exam nak dekat dah, kuiz pun dah makin banyak diadakan. sampai bila aku nak susahkan pensyarah dan kawan - kawan aku kan? buat korang semua yang doakan kesejahteraan dan kesihatan aku, terima kasih banyak - banyak diucapkan. so aku harap tiada lagi kali ke 9 akan terjadi dan semua yang bakal aku lalui selepas ini dapat aku hadapi dengan tabah.Amin.sekian saja entry aku kali ini. merci,As - Salam


yang memberontak dengan ekzos:: Khai Artz-Far @ Putera TESL 

::bebot menderum::panas betul cuaca kat kl ni. ni baru cuaca dunia belum lagi panas api neraka.subhanallah

:: SIMEN TANGAN AKU DAH DIBUKA ::

by on 30.3.11
As - Salam kepada semua yang sudi lagi buka blog aku tak seberapa nih. entry aku  kali ni pendek je. aku cuma nak bagitau yang simen tangan ...


As - Salam to all geng kipas susah mati bloggers , readers , braders dan sistah sekalian. actually tadi aku nak tulis entry pasal simen tangan aku dah dibuka tapi tadi tengok dalam blackberry berita pasal jackie chan meninggal dunia , terus aku postponed entry pasal itu.so esok je la aku cerita pasal itu erk? ceh bajet orang nak tau je kan. berbalik kepada cerita pasal kematian jackie chan mula - mula aku memang tekejut juga sebab baca dalam BBM.

keywords jackie chan meningkat secara mendadak


berita ni hangat diperkatakan dalam Twitter

 tapi aku terus Google cari berita pasal ini kebanyakannya nya mengatakan berita ini adalah palsu. dulu pun berita pasal Facebook nak ditutup pun jadi berita hangat dalam dunia. sekali berita tu palsu daa. apa pun meh kita baca dulu berita yang membuatkan orang tafsirkan Jackie Chan meninggal dunia.

sumber : : Jackie Chan Dies of Heart Attack



A Los Angeles hospital has reported that Jackie Chan has passed away. The legendary Hong Kong actor who appeared in over 100 films died last night following a heart attack. He was promoting his most recent film, 'Kung Fu Panda 2'. Doctors say his heavy schedule was causing extreme stress and putting too much pressure on his heart. Chan was scheduled to fly to Hong Kong today to begin shooting on his next film '1911'. 

The actors family has not yet issued a statement in regards to the passing of the truly remarkable actor who died at the young age of 56. Fans swarmed Facebook after confirmation of his passing came through a source close to Chan. A couple of celebrities have also posted their personal tributes through face book. Will Smith; “A remarkable actor, he will be forever missed and always in our hearts. RIP Jackie. x” 

Even United States President Barack Obama laid down a personal tribute to the martial artist saying: “Jackie Chan is a man who can talk through talent, he is a constant reminder of the strength of humanity. He will forever be in our hearts, a true inspiration who inspired many generations. First it's Nate Dogg then it's Jackie Chan." 

MTV will be holding a special memorial for Chan on Friday

sama ada  berita ni betul atau tidak, aku pun tak tahu tapi yang pastinya setiap yang bernyawa itu pasti akan mati.agak nya berita ni dorang nak buat April Food kot.hahaaa. so sekian saja entry kali ini, merci, As - Salam!!


yang memberontak dengan ekzos:: Khai Artz-Far @ Putera TESL 

::bebot menderum:: tangan aku masih sakit sob.sob.sob :(


:: BERITA JACKIE CHAN MENINGGAL DUNIA PALSU? ::

by on 29.3.11
As - Salam to all geng kipas susah mati bloggers , readers , braders dan sistah sekalian. actually tadi aku nak tulis entry pasal simen ta...
As - Salam kepada semua brader dan sistah sekalian. ampa selalu tak buat senaman poco - poco? hah! ni cheq nak abaq kat ampa semua ni , yang tarian Poco - Poco ini adalah diharamkan! .walaupun dah lama diputuskan tapi ramai yang tak tahu termasuk aku.sian kat aku kan! betul la weyh siap ada statement dari majlis fatwa lagi yang mengatakan poco - poco ini adalah diharamkan sama sekali.

klik gambar untuk tumbesaran

 aku tau pasal benda ni pun bila aku pi terjah blog catatan loqman hakim. sampai terkeluaq biji mata aku ni bila baca pasal berita ni. ok aku tipu kat situ tak terkeluaq pun biji mata aku nanti tak pasal jadi kasim selamat. tapi serius memang terkejut bila baca pasal ni. subhanallah, begitu banyak tipu daya , muslihat yang terjadi pada akhir zaman ni


. seingat aku, aku mula tau pasal menatang ni pun masa aku tingkatan 2 iaitu bersamaan tahun 2006 , sekarang dah 2011.huhuhu dah dekat 5 tahun lebih baru benda ni aku tau. apa- apa pun sama - samalah kita berdoa agar terlindung dan terpelihara daripada tipu daya syaitan dan perkara yang tidak diingini.Aminn.sekian saja , merci!, As - salam!!

*sumber( kredit kepada beliau)= catatan loqman hakim

yang memberontak dengan ekzos:: Khai Artz-Far @ Putera TESL 

::bebot menderum:: sian kat aku baru tau pasal ni

TARIAN POCO - POCO ADALAH HARAM

by on 28.3.11
As - Salam kepada semua brader dan sistah sekalian. ampa selalu tak buat senaman poco - poco? hah! ni cheq nak abaq kat ampa semua ni , ya...
As - Salam to all geng kipas susah mati bloggers, readers, braders dan sistah sekalian. hah! mesti korang terkejut kan dengan tajuk entry aku kat atas tu kan. kalau dulu kita tengok Anwar Hadi( rujuk entry Anwar Hadi Babi? ) jadi mangsa kutukan sehingga dicaci demikian rupa. sekarang kita tengok cikgu shida dari parit jadi mangsa kritikan. sebelum tu meh kita tengok komen yang dilontarkan kepada beliau.


nampak dop? pandai - pandai korang zoom untuk besarkan yer. kalau sebelum ni, entry pasal orang kritik Anwar Hadi memang aku lontarkan pandangan aku secukupnya. tapi pasal cikgu Shida ni , aku terkelu kejap sebab nak kata  sokong dia pun bukan , tak sokong dia pun bukan. cuma aku rasa dia punya video tu ada baik dan buruknya. bagi aku kebaikan yang dia buat video tu sebab mungkin cara itu boleh mendidik anak - anak muridnya jadi berani dan mungkin video ni salah satu "grab attention students" dia. keburukan yang aku rasa pasal video ni, sebab video ni terlalu over, kalau setakat 2, 3 video boleh tahan lagi tapi kalau sampai berpuluh - puluh dan berpakaian yang agak serabut memang tak sesuai bagi profesion seorang guru.



aku sempat terbaca komen yang dilontarkan dalam blog Cik Abbyfunny aka Cik Lekit. memang hampir keseluruhannya tak suka dengan cik shida ni.dalam entry nya ada menyebut cikgu Shida hanya balas komen pujian saja dan komen kritikan , nasihat tak pernah dibalas. yer la macam aku kata dulu. mula-mula memang orang suka tapi lama - lama orang jadi benci. tak semua orang suka dengan apa yang kita buat. aku rasa Cikgu Shida perlu keluar buat kenyataan pasal isu ini. perghh sekali lagi aku jadi wartawan Melodi kali ini. so aku tak nak membebel panjang. sebelum aku mengundur diri korang lihat sendiri komen - komen pasal Cikgu Shida di bawah ni.sekian saja, merci, As - Salam!!.

*klik sini untuk ke blog lekat- lekit story( cerita pasal status agama Cikgu Shida diragui)
*sumber: http://lekatlekitgurl.blogspot.com/





yang memberontak dengan ekzos:: Khai Artz-Far @ Putera TESL 

::bebot menderum::kalau aku mengajar nanti buat cam cikgu shida, ada orang hentam tak? kekekeeke 

:: CIKGU SHIDA BABI?? ::

by on 26.3.11
As - Salam to all geng kipas susah mati bloggers, readers, braders dan sistah sekalian. hah! mesti korang terkejut kan dengan tajuk entry ak...
As - Salam braders dan sistah sekalian. hari cuti ni mesti ada yang kesempatan pergi bercuti , tengok wayang pe semua tapi aku duduk rumah je siapkan kerja yang mana tak siap. hari ini 26 hb mac iaitu hari "Earth Hour".cakap pasal Earth Hour ni teringat pula kenangan masa duduk kat asrama. waktu tu, macam biasa pukul 8.30 kan waktu prep ( study ) bagi budak asrama. pastu kononnya waktu tu kami tak nak study so dengan megahnya aku pergi tutup bekalan elektrik satu blok. lepas tu warden tersedar.apa lagi kena kejar dengan rotan la jawabya.hehehe.




  apa maksud Earth Hour ni? jam Bumi ke? tak, sebenarnya "Earth Hour" ni merupakan satu kempen dunia yang dijalankan sebagai tanda kita menyokong masalah perubahan iklim. korang tau tak, kalau tahun lepas , 6 juta rakyat Malaysia telah terlibat dalam kempen ni. Ini dibuktikan lagi dengan kenyataan Tenaga Nasional Berhad bahawa dalam tempoh tersebut, penggunaan tenaga elektrik telah berkurangan sebanyak 550 megawatt elektrik. Ini bersamaan dengan 14 juta lampu fluorescent yang menggunakan 40 watt.




 Earth Hour  bukan hanya membawa maksud bagi simbolik menutup lampu selama sejam dalam setahun itu sahaja. Ia sebenarnya satu langkah untuk menyedarkan orang ramai tentang isu perubahan iklim dan kesannya ke atas manusia. Oleh itu, kita semua  perlu melakukan perubahan gaya hidup untuk mengurangkan kesan tersebut. so korang tunggu apa lagi tepat pukul 8.30 malam ni jom sama - sama kita tutup lampu sebagai sokongan kepada kempen ni. sekian saja entry kali ini, merci! As - Salam...

yang memberontak dengan ekzos:: Khai Artz-Far @ Putera TESL 

::bebot menderum:: jangan tunggu hari ni je nak berjimat eletrik, hari lain pun kenalah berjimat sama yer...

:: EARTH HOUR ::

by on 26.3.11
As - Salam braders dan sistah sekalian. hari cuti ni mesti ada yang kesempatan pergi bercuti , tengok wayang pe semua tapi aku duduk rumah j...
As - Salam to all geng kipas susah mati blogger, readers, braders dan sistah sekalian. korang rasa nak dapat duit dan hadiah free tak ? kalau nak jom join contest ni yang dianjurkan oleh team Kami Cikgu Blogger. kalau dulu geng - geng kami blogger utara ( KBU ) buat t - shirt,  sekarang team kami cikgu blogger pula. cakap pasal t - shirt KBU, memang cun weyh, cuma aku je tak sempat nak pakai sebab baju tu ada dekat kedah. berbalik pasal contest ini setiap pertandingan mesti ada syaratnya kan ? sekarang jom check list pasal syarat - syarat dia.

Syarat-syaratnya adalah seperti berikut  :
  • wajib menggunakan perkataan 'CIKGU BLOGGER' atau 'KAMI CIKGU BLOGGER'
  • motto anda boleh pilih apa-apa perkataan sahaja. asalkan membangkit semangat seorang cikgu. contoh : Kami Inspirasi Negara. itu contoh sahaja ok.  
  • motif design Tshirt tersebut sekurang-kurangnya mempunyai ciri-ciri seorang CIKGU. buatlah macam mana pun. 
  • design mestilah cantik, kemas, menarik dan kreatif.  
  • apabila dah siap designkan sila email details korang kepada kami (cikgublogger@yahoo.com) dan tinggalkan komen di entry ini. kalau korang rajin untuk buat entry, boleh buat dan bagitahu pihak kami. 
  • tarikh tutup 5 MEI 2011. semua design akan di approve pada 6 Mei di blog ini. selepas itu, admin akan minta rakan-rakan lain untuk undi design yang terbaik. undian majoriti adalah dikira pemenang. 
pesanan : 

  • sebarang pertanyaan lanjut, sila rujuk cik mas (boleh tanya di facebook juga)
  • pemenang yang dipilih adalah seorang sahaja. hadiah berupa 1 helai T-shirt rasmi CIKGU BLOGGER dan wang saguhati yang lumayan. pasti berbaloi dengan usaha keras anda. 
  • sebarkan maklumat tentang contest ini dengan membuat entry atau post di wall FB. supaya rakan-rakan anda yang lain boleh join sama. terima kasih.
*sumber :  kami cikgu blogger

hah! tunggu apa lagi? jom masuk ramai - ramai. keluarkan bakat terpendam korang dengan cipta design t- shirt untuk team ni. hadiah pun agak lumayan. harap korang sebarkan berita ini yer. sekian saja. merci! , As - Salam


yang memberontak dengan ekzos:: Khai Artz-Far @ Putera TESL 

::bebot menderum::alhamdulillah, semua kerja dah siap, lepas ni boleh berfoya - foya dengan blog kejap.hehehe

:: CONTEST DESIGN T - SHIRT " KAMI CIKGU BLOGGER " ::

by on 25.3.11
As - Salam to all geng kipas susah mati blogger, readers, braders dan sistah sekalian. korang rasa nak dapat duit dan hadiah free tak ? kala...
As - salam to all geng kipas susah mati blogger , readers , braders dan sistah sekalian. sorry guys lama tak update entry sebab sibuk sikit dengan kuiz pe semua.subject french make me sick!! ok lupakan pasal tu sebab bukan tu yang aku nak cerita hari. tapi hari ni aku nak memperkenalkan korang kepada Last Minute Crew( LMC ). LMC ni merupakan sebuah band indie yang baru.dorang ni sebenarnya students lagi dan merupakan coursemate aku. so aku diberi penghormatan oleh dorang untuk memperkenalkan band dorang ini melalui medium blog! dorang terdiri daripada hafiz (vokalis ), mirza (vokalis ),su ( gitaris ) , shawn ( bassis ) dan shyfun ( drummer ).

klik gambar untuk terjah ke page fans dorang!


cakap pasal indie band ni sebenarnya ramai yang tak suka. sampai ada kempen f**k indie. mungkin orang tak suka sebab sesetengah band tu terkinja- kinja dan bawa imej buruk kepada masyarakat. tapi percaya dan lihatlah sendiri yang dorang ni sebenarnya lain dari yang lain.untuk kali ini aku sempat ambil recording dorang tempoh hari. tapi yang ini cuma " trial recording".


 kalau korang nak tengok full show dorang pastikan korang datang ke " Dakode Gig Concert " pada 14 mei 2011 pada jam 2 petang. selain dorang, indie band dan artis  yang akan turut serta pada GIG  kali ini ialah Hello Screen , Dayana Idola Kecil , Wart and The Opera, Couple, Aliff Azizi , Lies Left Untold dan ramai lagi. so tunggu apa lagi tempah la tiket sekarang sebagai tanda sokongan korang kepada anak - anak tempatan. untuk tempahan  tiket korang boleh hubungi nombor di bawah:


Shawn : 010 - 4324832
Hafiz : 012 - 7448853 
*harga tiket per session RM 16 ( full session RM 30 )


yang memberontak dengan ekzos:: Khai Artz-Far @ Putera TESL 

::bebot menderum::tahniah kepada calon SPM yang berjaya, yang tidak berjaya jangan sesekali berputus asa. 

:: PRESENTING, LAST MINUTE CREW( LMC ) ::

by on 24.3.11
As - salam to all geng kipas susah mati blogger , readers , braders dan sistah sekalian. sorry guys lama tak update entry sebab sibuk sikit ...
As- Salam to all geng kipas susah mati blogger , readers, braders dan sistah sekalian.syok betul hari ni menghentak keyboard sambil mengirup udara segar.heheehe esok merupakan tarikh keramat bagi manusia yang lahir pada tahun 1993 thats mean calon SPM 2010.


 mesti dorang cuak tahap dewa sekarang. aku dulu pun memang cuak giler sampai tak tidur malam. rileks dulu jangan terlampau nervous sebab sekali korang nervous semua benda jadi serba tak kena. bak kata orang, makan tak kenyang, mandi tak basah, tidur tak nyenyak.so kali ini aku sertakan tips buat korang yang nak ambil result esok.

  • sebelum mengambil keputusan tu, eloklah korang buat sembahyang hajat dan minta restu doa mak bapak korang.
  • beri semangat kepada diri korang sendiri dengan mengatakan "aku boleh"
  • gunakan mindset berani gagal. kerana perasaan gugup akan hilang secara perlahan - lahan
  • cuba relaks dan senyum apabila berjumpa dengan member korang. jangan tunjukkan yang korang nervous kerana itu akan menambahkan "kenervousan" korang. ( ada ker ayat tu? pedulikan je..)
  • tarik nafas sedalam- dalamnya dan masa itu fikirkan tentang yang positive je

"Ingatlah sesungguhnya dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang."


aku rasa itu antara tips yang aku boleh share dengan korang. sekiranya korang berjaya, Alhamdulillah korang telah membuat ibubapa korang bangga. buat yang tidak berjaya, jangan risau kerana sekali gagal bukan bermakna selamanya kita akan gagal.Allah itu Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.rezeki itu ada dimana-mana. so banyak - banyakkan doa dan berhati - hati di jalan raya semasa nak ambil result esok.sekian saja, merci! As - Salam!!

yang memberontak dengan ekzos:: Khai Artz-Far @ Putera TESL 

::bebot menderum::goodluck buat calon SPM 2010!!


    TIPS BUAT LEPASAN SPM

    by on 22.3.11
    As- Salam to all geng kipas susah mati blogger , readers, braders dan sistah sekalian.syok betul hari ni menghentak keyboard sambil mengiru...
    As - salam kepada semua geng bloggers, readers, braders dan sistah sekalian. tadi sepatutnya aku ada kelas sampai pukul 3 petang tapi memandangkan demam aku tak kebah - kebah sejak seminggu yang lalu aku decide pergi ke klinik. kat sana aku sempat beli surat khabar. 1st time beli surat khabar sejak duduk kat k.l . nampak sangat teruk aku ni.pastu tenampak muka hadapan surat khabar yang tertulis " Libya Bermandi Darah " . tapi bukan itu yang aku ingin ketengahkan. pasal isu itu, sama - sama kita doakan supaya peperangan ini dihentikan secepat mungkin dan negara kita terselamat daripada kejadian yang tidak diingini. namun tadi bila aku buka t.v untuk menonton berita, aku terkejut sebentar apabila pembaca berita menyatakan bonda tiri Yang Dipertuan Agung mangkat pagi tadi.  sama - sama kita sedekahkan Al- Fatihah..untuk berita selanjutnya korang boleh baca di bawah ni * credit to Bernama



    .


    KUALA LUMPUR, 21 Mac (Bernama) -- Bonda Yang di-Pertuan Agong, Tengku Ampuan Bahriya Sultan Alam Shah mangkat di Hospital Seri Kota, Klang, Selangor pada pukul 1.22 pagi Isnin.

    Kemangkatan baginda, 78, diumumkan Setiausaha Sulit Kanan Yang di-Pertuan Agong Datuk Mohd Zuki Ali dalam satu kenyataan di sini Isnin.

    Mohd Zuki turut memaklumkan bahawa jenazah almarhum akan dibawa pulang ke Kuala Terengganu melalui Pangkalan Udara Tentera Diraja Malaysia (TUDM) Subang.

    Jenazah almarhum berlepas dari pengkalan itu kira-kira 10.45 pagi ini menggunakan pesawat C130 TUDM.

    Mengiringi jenazah ialah Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah yang berlepas dari pengkalan itu dengan pesawat khas.

    Antara yang turut berada di Pengkalan TUDM ialah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Sidek Hassan dan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar.

    Jenazah akan dibawa ke Istana Maziah, Kuala Terengganu untuk penghormatan terakhir dan urusan pengebumian.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu hari ini, rakyat jelata diberi peluang untuk memberi penghormatan terakhir bermula pukul 1 petang sehingga 2.30 petang.

    Jenazah Almarhum akan dimakamkan di Makam Diraja di perkarangan Masjid Al-Muktafibillah Shah, Ladang petang ini.

    Almarhum Tengku Bahriya yang diputerakan pada 31 Ogos 1933 di Klang Selangor berkahwin dengan Duli Yang Maha Mulia Sultan Mahmud yang pada masa itu bergelar Yang Teramat Mulia Yang Di-Pertuan Muda pada 22 Mac 1952 di Kuala Lumpur.

    Almarhum selepas itu dikurnia gelaran Tengku Puan Muda oleh Duli Yang Maha Mulia Almarhum Tuanku Al-Sultan Ismail Nasiruddin Shah pada 7 April 1954 dan dilantik menjadi Duli Yang Maha Mulia Tengku Ampuan Besar Terengganu pada 20 September 1979.

    - BERNAMA

    so sama - sama kita mendoakan agar roh baginda dicucuri rahmat. tak lupa juga kepada mangsa - mangsa peperangan di Libya. harap negara kita terlindung dari segala malapetaka dan kejadian yang tidak diingini. Aminn.sekian saja, Merci! As - Salam!!


    yang memberontak dengan ekzos:: Khai Artz-Far @ Putera TESL 

    ::bebot menderum::
    1. begitu banyak peristiwa dan petanda akhir zaman telah muncul. doakan supaya diri kita berada dalam golongan beriman hendaknya 

    :: BONDA TIRI YANG DIPERTUAN AGUNG MANGKAT ::

    by on 21.3.11
    As - salam kepada semua geng bloggers, readers, braders dan sistah sekalian. tadi sepatutnya aku ada kelas sampai pukul 3 petang tapi memand...
    Ohoii orang kampung! Assalamualaikum kepada semua bloggers , readers , brader dan sistah sekalian.tak jawab "berdoza" tau. anggap je perkataan tu syntax error ntah kenapa hobi aku sekarang suka buat perkataan syntax error. ok kalau hari tu aku ada buat entry pasal" KENAPA AKU SUKA BLOG MEREKA PART 1" sekarang moh kite gerak ke part 2 pula dimana kali ini aku akan membebel kenapa aku suka blog Kemba│Tolo , Darkbatman | Lelaki. Kacak. Maskulin ,dunia.ku.dunia.cikguAfiqBukhari.com
    bak kata orang kalau sehari tak flying - kick blog dorang ni memang tak sah. dorang semua ada karisma, idea dan pengayaan tersendiri kiranya memang tak rugi la kalau korang baca entry yang sama berkali - kali. 

    so untuk review kali ini aku mulakan dengan brader izuddin rahim aka blog kemba tolo. aku suka terjah blog dia sebab dalam blog ni buat aku hilang stress . ye la sebab gaya penulisan dia memang sempoi kadang- kadang sampai aku tergelak sorang - sorang depan laptop.serius memang kelakar giler dia bercerita. tambah pula dia selalu letak gambar dia dengan kembar dia bagi menghias skrin entry beliau.


    sila klik untuk mengendap dorang 


     so kadang kadang hati aku berkata " owh camni ke duduk kat negara orang" sedikit sebanyak dorang ni share pengalaman dengan pembaca alam maya seperti aku ni hehehe. buat brader's kemba tolo blog korang memang sempoi dan gempak ! * nak sign!!! hahaahaa...

    mangsa seterusnya adalah AfiqBukhari.com. aku suka blog dia sebab daripada blog ni lah aku belajar sedikit sebanyak pasal blog. sebab dalam blog ini ada pelbagai maklumat terutamanya pasal tutorial.

    antara tutorial yang disertakan dalam blog beliau

    aku ingatkan brader ni dah berhenti daripada dunia blog sebab dah lama tak update blog.rupa-rupanya dia sibuk dan ada komitmen lain. ye la sesetengah orang itu akan sibuk bekerja .macam aku mestilah sibuk dengaan belajar. so pendek kata baik korang pergi terjah sendiri blog afiq bukhari sebab macam - macam informasi korang boleh dapat dan belajar terutamanya pasal tutorial. terima kasih tuan tanah atas maklumat yang dikongsi bersama.

    seterusnya adalah Darkbatman. siapa dia ni? adik batman ke? tak sebenarnya dia ni boleh dikatakan sebagai peminat fanatik batman, nak kata adik batman pun boleh.



    dalam blog dia penuh dengan informasi terkini. dia ni salah satu otai blogger dan banyak tips yang boleh dikongsikan bersama terutamanya pasal kucing.pergh kalau cakap pasal kucing memang no 1 pada darkbatman. sebab dia ni cat lovers. baka kucing kucing dia pun semua bagus- bagus sampai satu tahap tahap "kejealousan" aku sampai ke kemuncak tapi apakan  daya nanti aku bela tak pasal jadi macam bini popeye. so kesimpulan untuk blog darkbatman, enjoyable dan berinformasi..*perghh macam wartawan je aku ni.

    mentor aku yang seterusnya ialah cik mas aka owner blog dunia.ku.dunia.cikgu. buat pengetahuan korang cik mas ni banyak berjasa kepada aku. bilalah aku mampu membalas jasa baiknya. dia ni lah yang membuat header aku, yang membuat template aku, yang mengajar aku tips berblogging dan yang memberi aku pelbagai nasihat baik dalam blog mahupun diluar.




     1st aku tertarik dekat blog cik mas bila tebaca salah seorang punya entry dan terlihat komen beliau. masa itulah aku tertarik dan kau memang d'boom dekat blog cik mas. kat sini juga aku belajar mengenai pengalaman seorang guru.so lepas ni boleh la praktikkan sedikit , masa praktikal nanti heheehe. pe pun korang better terjah blog cik mas kalau tak aku sula!! haahaha...terima kasih cik mas!

    so setakat itu saja ngomelan aku kali ini. mereka adalah orang- orang yang aku ambil sebagai contoh dan panduan sepanjang bergelar blogger mahupun pelajar. itu pendapat akulah tak tahu la pula korang,,lain orang lain pendapat kan? sekian saja..merci! As- salam!!!

    yang memberontak dengan ekzos:: Khai Artz-Far @ Putera TESL 

    ::bebot menderum:: : semalam pergi tonton wayang cerita merong mahawangsa..memang gempak habis!!

    :: KENAPA AKU SUKA BLOG MEREKA PART 2 ::

    by on 20.3.11
    Ohoii orang kampung! Assalamualaikum kepada semua bloggers , readers , brader dan sistah sekalian.tak jawab "berdoza" tau. anggap ...
    As- salam to all geng kipas susah mati blogger, readers, brader dan sistah sekalian. merci ! sebab sudi jelajah blog aku yang usang lagi buruk tahap gaban ni. so apakah yang terjadikah dengankah entri aku inikah? ok kesengalan aku dah datang. abaikan gaya penulisan aku tu sebab bila tension jadi camni la . heih ada ke patut makhluk sorang ni kata aku bawa bad luck ! hello, nampak sangat awak tu cetek ilmu pengetahuan ! tak de manusia yang dicipta untuk membawa nasib malang ni kepada diri sendiri mahupun orang lain. lagipun kalau aku bawa nasib malang pun, kau mampu? haahaha mana ada orang bawa nasib malang la der. itu semua adalah ujian dari yang Maha Esa dan itu adalah salah satu tanda yang Dia sayang kita .

    perghh siap ada tagteam lagi. tapi ingat tak ada orang yang bawa nasib malang dalam dunia ni

     ok aku mengaku memang banyak benda yang terjadi macam aku kena pukau , patah tangan , rumah kena pecah masuk dan lain - lain. tapi aku tak pernah pun anggap itu sebagai nasib buruk malah aku menganggap itu sebagai satu kerahmatan bagi aku. mesti pelik kan kenapa aku kata rahmat bagi aku? sebagai contoh,  aku ambil insiden kejadian pecah rumah yang berlaku di rumah aku hujung tahun lepas. itu sebagai peringatan yang lepas ni rumah tu mestilah dikunci rapi , barang berharga pastikan tidak ditinggalkan sewenang- wenangnya. hah! tengok bukan ke satu rahmat kerana Allah dah bagi petunjuk dengan memberi ujian sebegitu. memang la mula - mula agak tension dan sedih kerana ditimpa musibah macam ni .tapi aku rasa benda tu hanyalah sementara kerana setiap yang terjadi ada hikmahnya!. so buat korang diluar sana yang kata aku ni si pembawa malang, terima kasih banyak - banyak kerana korang meningkatkan tahap kesabaran aku. yang aku hairannya dorang kisah sangat aku bawa nasib malang kenapa? sikit pun tak kena dorang. maybe sebab abang khai "hot" kot,, hahaah mula dah riak aku ni,.,lawak je tu nanti tak pasal kena tarik nikmat. so sekian saja entry aku kali ini . take care guys! as- salam...

    always be patient in facing all the challenges and obstacles ALLAH has predetermined to you.only He knows whats best for you.its okay  shed river of tears in this battle seeking knowledge but never give up your hope soon you'll embrace victory and success

    yang memberontak dengan ekzos:: Khai Artz-Far @ Putera TESL 

    ::bebot menderum:: :

     1: teringin pula nak  header baru dengan template baru  tapi tak reti nak buat
    2. frust markah mid term exam teruk huhuhu

    :: AKU BAWA NASIB MALANG, KAU MAMPU?::

    by on 18.3.11
    As- salam to all geng kipas susah mati blogger, readers, brader dan sistah sekalian. merci ! sebab sudi jelajah blog aku yang usang lagi bur...
    As- salam to all geng kipas susah mati brader, sistah,blogger,readers , atuk , nenek dan sewaktu dengannya. betul pe atuk, dan nenek aku pun baca pe blog.grandparents korang ade? hehe ok dah merapu dah introduction aku. actually entry aku kali ini nak share maklumat pasal ciri - ciri orang munafik. aku nak share la dengan korang sebab aku terbaca pasal benda ini dekat dalam profile facebook seorang hamba Allah ni. so jom kita baca dan amik pengajaran dan iktibar dalam renungan kali ini.



    1. Dusta
    Hadith Rasulullah yang diriwayatkan Imam Ahmad Musnad dengan sanad Jayid: "Celaka baginya, celaka baginya, celaka baginya. Yaitu seseorang yang berdusta agar orang-orang tertawa." Di dalam kitab Shahihain (Shahih Bukhari dan Muslim), Rasulullah SAW bersabda: "Tanda orang munafik ada tiga, salah satunya adalah jika berbicara dia dusta."

    2. Khianat
    Sabda Rasulullah SAW: "Dan apabila berjanji, dia berkhianat." Barangsiapa memberikan janji kepada seseorang, atau kepada isterinya, anaknya, sahabatnya, atau kepada seseorang dengan mudah kemudian dia mengkhianati janji tersebut tanpa ada sebab uzur syar'i maka telah melekat pada dirinya salah satu tanda kemunafikan.

    3. Fujur Dalam Pertikaian
    Sabda Rasulullah SAW: "Dan apabila bertengkar (bertikai), dia melampau batas."

    4. Ingkar Janji
    Sabda Rasulullah SAW: "Tanda orang munafik ada tiga: jika berbicara dia dusta, jika berjanji dia ingkar, dan jika dipercaya (diberi amanat) dia berkhianat." (HR. Bukhari Muslim)

    5. Malas Beribadah
    Firman Allah SWT: "Dan apabila mereka berdiri untuk sholat, mereka berdiri dengan malas." (An-Nisa': 142) . Jika orang munafik pergi ke masjid atau surau, dia menyeret kakinya seakan-akan terbelenggu rantai. Oleh kerana itu, ketika sampai di dalam masjid atau surau dia memilih duduk di shaf yang paling akhir. Dia tidak mengetahui apa yang dibaca imam dalam sholat, apalagi untuk menyemak dan menghayatinya.

    6. Riya
    Di hadapan manusia dia sholat dengan khusyuk tetapi ketika seorang diri, dia mempercepatkan sholatnya. apabila bersama orang lain dalam suatu majlis, dia tampak zuhud dan berakhlak baik, demikian juga pembicaraannya. Namun, jika dia seorang diri, dia akan melanggar hal-hal yang diharamkan oleh Allah SWT.

    7. Sedikit Berzikir
    Firman Allah SWT: "Dan apabila mereka berdiri untuk sholat, mereka berdiri dengan malas. Mereka bermaksud riya' (dengan sholat) di hadapan manusia. Dan tidaklah mereka menyebut Allah SWT kecuali sedikit sekali." (An-Nisa': 142) .

    8. Mempercepat Sholat
    Mereka (orang-orang munafik) adalah orang yang mempercepatkan sholat tanpa ada rasa khusyuk sedikit pun. Tidak ada ketenangan dalam mengerjakannya, dan hanya sedikit mengingat Allah SWT di dalamnya. Fikiran dan hatinya tidak menyatu. Dia tidak menghadirkan keagungan, kehebatan, dan kebesaran Allah SWT dalam sholatnya. Hadith Nabi SAW: "Itulah sholat orang munafik, ... lalu mempercepat empat rakaat (sholatnya)"

    9. Mencela Orang-Orang Yang Taat Dan Soleh
    Mereka memperlekehkan orang-orang yang Taat dengan ungkapan yang mengandung cemuhan dan celaan. Oleh kerananya, dalam setiap majlis pertemuan sering kali kita temui orang munafik yang hanya memperbincangkan sepak terjang orang-orang soleh dan orang-orang yang konsisten terhadap Al-Quran dan As-Sunnah. Baginya seakan-akan tidak ada yang lebih penting dan menarik selain memperolok-olok orang-orang yang Taat kepada Allah SWT

    10. Mengolok-Olok Al-Quran, As-Sunnah, Dan Rasulullah SAW
    Termasuk dalam kategori Istihzaa' (berolok-olok) adalah memperolok-olok hal-hal yang disunnah Rasulullah SAW dan amalan-amalan lainnya. Orang yang suka memperolok-olok dengan sengaja hal-hal seperti itu, jatuh Kafir. Firman Allah SWT: "Katakanlah, Apakah dengan Allah SWT, Ayat-Ayat-Nya, dan Rasul-Nya kamu selalu berolok-olok?' Tidak usah kamu minta maaf, kerana kamu kafir sesudah beriman." (At-Taubah: 65-66)


    ‎11. Bersumpah Palsu
    Firman Allah SWT: "Mereka menjadikan sumpah-sumpah mereka sebagai perisai." (Al-Munafiqun: 2 & Al-Mujadilah: 16). Jika seseorang menanyakan kepada orang munafik tentang sesuatu, dia langsung bersumpah. Apa yang diucapkan orang munafik semata-mata untuk menutupi kedustaannya. Dia selalu mengumpat dan memfitnah orang lain. Maka jika seseorang itu menegurnya, dia segera mengelak dengan sumpahnya: "Demi Allah, sebenarnya kamu adalah orang yang paling aku sukai. Demi Allah, sesungguhnya kamu adalah sahabatku."

    12. Enggan Berinfak
    Orang-orang munafik memang selalu menghindari hal-hal yang menuntut pengorbanan, baik berupa harta maupun jiwa. Apabila menjumpai mereka berinfak, bersedekah, dan mendermakan hartanya, mereka lakukan kerana riya' dan sum'ah. Mereka enggan bersedekah, kerana pada hakikatnya, mereka tidak menghendaki pengorbanan harta, apalagi jiwa.

    13. Tidak Menghiraukan Nasib Sesama Kaum Muslimin
    Mereka selalu menciptakan kelemahan-kelemahan dalam barisan muslimin. Inilah yang disebut At Takhdzil. iaitu, sikap meremehkan, menakut-nakuti, dan membiarkan kaum muslimin. Orang munafik berpendapat bahawa orang-orang kafir lebih kuat daripada kaum muslimin.

    14. Suka Menyebarkan Khabar Dusta
    Orang munafik senang memperbesar peristiwa atau kejadian. Jika ada orang yang tergelincir lisannya secara tidak sengaja, maka datanglah si munafik dan memperbesarkannya dalam majelis-majelis pertemuan. "Apa kalian tidak mendengar apa yang telah dikatakan si fulan itu?" Lalu, dia pun menirukan kesalahan tersebut. Padahal, dia sendiri mengetahui bahawa orang itu mempunyai banyak kebaikan dan keutamaan, akan tetapi si munafik itu tidak akan mahu mengungkapkannya kepada masyarakat.

    15. Mengingkari Takdir
    Orang munafik selalu membantah dan tidak redha dengan takdir Allah SWT. Oleh kerananya, apabila ditimpa musibah, dia mengatakan: "Bagaimana ini. Seandainya saya berbuat begini, niscaya akan menjadi begini." Dia pun selalu mengeluh kepada sesama manusia. Sungguh, dia telah mengkufuri dan mengingkari Qadha dan Takdir.

    16. Mencaci Maki Kehormatan Orang-Orang Soleh
    Apabila orang munafik membelakangi orang-orang soleh, dia akan mencaci maki, menjelek-jelekkan, mengumpat, dan menjatuhkan kehormatan mereka di majlis-majlis pertemuan. Firman Allah SWT: "Mereka mencaci kamu dengan lidah yang tajam, sedang mereka bakhil untuk berbuat kebaikan." (Al-Ahzab: 19)

    17. Sering Meninggalkan Sholat Berjamaah
    Apabila seseorang itu segar, kuat, mempunyai waktu luang, dan tidak memiliki uzur say'i, namun tidak mahu mendatangi masjid/surau ketika mendengar panggilan azan, maka saksikanlah dia sebagai orang munafik.

    18. Membuat Kerusakan Di Muka Bumi Dengan Dalih Mengadakan Perbaikan
    Firman Allah SWT: "Dan apabila dikatakan kepada mereka: janganlah kamu membuat kerusakan di muka bumi, mereka menjawab: 'Sesungguhnya kami orang-orang yang mengadakan kebaikan.' Ingatlah, sesungguhnya mereka itulah orang-orang yang membuat kerusakan, tetapi mereka tidak sadar." (Al-Baqarah: 11-12).

    19. Tidak Sesuai Antara Zahir Dengan Bathin
    Secara Zahir mereka membenarkan bahawa Nabi Muhammad SAW adalah Rasul Allah, tetapi di dalam hati mereka, Allah telah mendustakan kesaksian mereka. Sesungguhnya, kesaksian yang tampak benar secara Zahir itulah yang menyebabkan Mereka masuk ke dalam Neraka. Penampilan zahirnya bagus dan mempesona, tetapi di dalam batinnya terselubung niat busuk dan menghancurkan. Di luar dia menampakkan kekhusyukan, sedangkan di dalam hatinya ia main-main.

    20. Takut Terhadap Kejadian Apa Saja
    Orang-orang munafik selalu diliputi rasa takut. Jiwanya selalu tidak tenang, keinginannya hanya selalu mendambakan kehidupan yang tenang dan damai tanpa disibukkan oleh persoalan-persoalan hidup apapun. Dia selalu berharap: "Tinggalkan dan biarkanlah kami dengan keadaan kami ini, semoga Allah memberikan nikmat ini kepada kami. Kami tidak ingin keadaan kami berubah." Padahal, keadaannya tidaklah lebih baik.


    21. Beruzur Dengan Dalih Dusta
    Firman Allah SWT: "Di antara mereka ada orang yang berkata: 'Berilah saya izin (tidak pergi berperang) dan janganlah kamu menjadikan saya terjerumus ke dalam fitnah.' Ketahuilah bahawa mereka telah terjerumus ke dalam fitnah. Dan sesungguhnya Neraka Jahanam itu benar-benar meliputi orang-orang yang kafir." (At-Taubah: 49)

    22. Menyuruh Kemungkaran Dan Mencegah Kemakrufan
    Mereka (orang munafik) menginginkan agar perbuatan keji tersiar di kalangan orang-orang beriman. Mereka menggembar-gemburkan tentang kemerdekaan wanita, persamaan hak, penanggalan hijab/jilbab. Mereka juga berusaha memasyarakatkan nyanyian dan konsert, menyebarkan majalah-majalah porno (semi-porno) dan narkotik.

    23. Bakhil
    Orang-orang munafik sangat bakhil dalam masalah-masalah kebajikan. Mereka menggenggam tangan mereka dan tidak mahu bersedekah atau menginfakkan sebahagian harta mereka untuk kebaikan, padahal mereka orang yang mampu dan berkecukupan.

    24. Lupa Kepada Allah SWT
    Segala sesuatu selalu mereka ingat, kecuali Allah SWT. Oleh sebab itu, mereka senantiasa ingat kepada keluarganya, anak-anaknya, lagu-lagu, berbagai keinginan, dan segala sesuatu yang berhubungan dengan duniawi. Dalam fikiran dan batin mereka tidak pernah terlintas untuk mengingat (dzikir) Allah SWT, kecuali sebagai tipuan semata-mata.

    25. Mendustakan Janji Allah SWT Dan Rasul-Nya
    Firman Allah SWT: "Dan (ingatlah) ketika orang-orang munafik dan orang-orang yang berpenyakit dalam hatinya berkata: 'Allah dan Rasul-Nya tidak menjanjikan kepada kami selain tipu daya." (Al-Ahzab: 12).

    26. Lebih Memperhatikan Zahir, Mengabaikan Bathin
    Orang munafik lebih mementingkan zahir dengan mengabaikan yang batin, tidak menegakkan sholat, tidak merasa diawasi Allah SWT, dan tidak mengenal zikir. Pada zahirnya, pakaian mereka demikian bagus menarik, tetapi batin mereka kosong, rusak dan lain sebaginya.

    27. Sombong Dalam Berbicara
    Orang-orang munafik selalu sombong dan angkuh dalam berbicara. Mereka banyak omomg dan suka memfasih-fasihkan ucapan. Setiap kali berbicara, mereka akan selalu mengawalinya dengan ungkapan menakjubkan yang meyakinkan agar tampak seperti orang hebat, mulia, berwawasan luas, mengerti, berakal, dan berpendidikan. Padahal, pada hakikatnya dia tidak memiliki kemampuan apapun. Sama sekali tidak memiliki ilmu bahkan bodoh.


    28. Tidak Memahami Ad Din
    Di antara "keistimewaan" orang-orang munafik adalah: mereka sama sekali tidak memahami masalah-masalah agama. Dia tahu bagaimana mengenderai mobil dan mengerti perihal mesinnya. Dia juga mengetahui hal-hal remeh dan pengetahuan-pengetahuan yang tidak pernah memberi manfaat kepadanya meski juga tidak mendatangkan mudharat baginya. Akan tetapi, apabila menghadapi untuk berdialog (bertanya tentang persoalan-persoalan Ad Din (Islam)), dia sama sekali tidak boleh menjawab.

    29. Bersembunyi Dari Manusia Dan Menentang Allah Dengan Perbuatan Dosa
    Orang munafik menganggap ringan perkara-perkara terhadap Allah SWT, menentang-Nya dengan melakukan berbagai kemungkaran dan kemaksiatan secara sembunyi-sembunyi. Akan tetapi, ketika dia berada di tengah-tengah manusia dia menunjukkan sebaliknya: berpura-pura taat.

    Firman Allah SWT: "Mereka bersembunyi dari manusia, tetapi mereka tidak bersembunyi dari Allah, padahal Allah beserta mereka, ketika pada suatu malam mereka menetapkan keputusan rahsia yang Allah tidak ridhoi." (An-Nisa': 108)

    30. Senang Melihat Orang Lain Susah, Susah Bila Melihat Orang lain Senang
    Orang munafik apabila mendengar berita bahawa seorang ulama yang soleh tertimpa suatu musibah, dia pun menyebarluaskan berita duka itu kepada masyarakat sambil menampakkan kesedihannya dan berkata: "Hanya Allahlah tempat memohon pertolongan. Kami telah mendengar bahawa si fulan telah tertimpa musibah begini dan begitu. Semoga Allah memberi kesabaran kepada kami dan beliau." Padahal, di dalam hatinya dia merasa senang dan bangga akan musibah itu.

    so sekian saja entry aku kali ini. dan buat pengetahuan korang aku dah pun selamat sampai kl tapi tangan masih lagi berbalut .apakan daya nanti tak datang kelas. rugi pula. aku cerita ni bajet korang nak tahu je kan.biasalah aku kan SS. cerita dah habis apa lagi?. As - Salam..


    yang memberontak dengan ekzos :: Khai Artz-Far @ Putera TESL 

    ::bebot menderum ::
    1. masih lagi sakit dalam dan luar T_T
    2. manusia memang cepat berubah kan?
    3. blog aku dah masuk 4 bulan! wehoo...
    4. terima kasih pada yang sudi follow blog lower class aku nih..

    CIRI - CIRI ORANG MUNAFIK

    by on 16.3.11
    As- salam to all geng kipas susah mati brader, sistah,blogger,readers , atuk , nenek dan sewaktu dengannya. betul pe atuk, dan nenek aku p...