Total Pageviews

:: SAHABAT DUNIA DAN AKHIRAT ::

salam to all geng kipas susah mati blogger sekalian. harap korang dalam keadaan sihat walafiat. hari ini dalam aku keseronokan aku hampir terlupa tentang kawan baik  aku. hampir kesemua aku berkongsi  dan sama dengan dia. masalah, " taste awek" , minat hampir kesemuanya sama, bak kata orang memang 'sekepala' . aku mula-mula kenal dia semasa kami mula mendaftar pada hari pertama sekolah. time itu memang aku tak kenal siapa dan ditakdirkan aku rapat dengan dia sejak dari hari itu. aku still ingat, masa dekat sekolah kami makan sekali dalam satu bekas.time itu aku terlupa bawa duit, so tak boleh  beli makanan.walaupun dia  hanya mempunyai  sebungkus nasi lemak namun  dia sanggup berkongsi makanan dengan aku. memang terharu time itu dahlah orang susah aku pula pergi menyibuk time itu.aku memang tabik dengan dia sebab walaupun dengan berbekalkan nasi lemak dan duit saku 30 sen sehari namun dia still semangat dan tetap senyum. tapi aku tahu jauh dalam lubuk hati dia penuh dengan masalah yang harus dipikul dan diselesaikan setiap hari. tengah hari  tadi, aku teringat waktu zaman sekolah  dulu, tentang  hadiah  yang  dia bagi dekat seorang kawan perempuan aku. darah aku memang menyirap waktu itu sebab budak perempuan itu buang hadiah itu dalam tong sampah .waktu itu member aku sanggup berpuasa seminggu semata-mata nak beri hadiah kepada budak perempuan itu. tapi aku tak sanggup nak cerita dekat  dia takut merungsingkan dan memburukkan keadaan.tapi dia tetap cool walaupun waktu itu aku tahu dia perasan yang budak perempuan itu dah buang hadiah itu dalam tong sampah.memang aku salute dengan dia sebab sentiasa cool.



so hari ini genap sudah 4 tahun dia meninggalkan aku , pergi pada usia yang muda. kadang-kadang aku terasa dia ada disebelah aku sehingga  aku boleh cakap seorang-seorang. masa dia meninggal memang air mata aku sentiasa bertakung.pada waktu itu adiknya telah memberi aku  sepucuk surat yang disertakan  wang berjumlah RM 20 . dekat situ tertulis ,


khairul
Maafkan aku sebab rahsiakan penyakit aku dari  ko, waktu ini maybe aku dah tiada di dunia ini. .cuma aku tak nak risaukan ko jer.jangan lupa terus jaga 'awek' kita.kalau ko jadi cikgu jangan lupa ajar adik aku yang baby lagi tu. dekat sini aku pulangkan kembali duit yang aku hutang dengan ko. halalkan makan minum aku, segala hutang aku dengan ko. dan. terima kasih sebab


  1. sudi pinjamkan aku duit ketika family aku susah
  2. jadi kawan baik aku
  3. sudi berkawan dengan orang miskin macam aku
  4. selalu berada dengan aku susah dan senang
  5. jadi member aku paling gila
aku cuma baca surat ini dua kali sebab tiap kali aku baca surat ini confirm sebak! dan inilah sebabnya aku tidak mempunyai kawan baik  sampai sekarang sebab tiada siapa yang boleh menyamai dia kerana dia merupakan sahabat baik aku dunia dan akhirat.kalau dulu aku masih boleh ziarah pusara dan  cuci batu nisan kubur arwah.tapi dah aku dah duduk jauh hanya Al-Fatihah yang boleh aku kirimkan buat dia.

AL- FATIHAH BUAT ALLAHYARHAM MOHD ZAIRUL ADHWAN


yang memberontak dengan ekzos:: Khai Artz-Far @ Putera TESL 

::bebot menderum::terlalu banyak kenangan dengan arwah..

5 comments:

Biey said...

alfatihah buat kawan awak.. semoga dia ditempatkan dalam kalangan orang yg beriman..AMIN..

Fatimah Az-Zahra Norazman said...

kawan azfar kat perak ye? sabar nah. :)

khai artzfar said...

@Fatimah Az-Zahra Norazmandkt kdah la cik timah..huhuhuhuhu

NFA said...

AL-FATIHAH.

eima Lee said...

alfatihah...
arwah sakit ape?