salam to all geng kipas susah mati blogger sekalian. hope you guys sihat.kali ini aku nak review pasal penjara yang kejam seluruh dunia. memandangkan bapa aku pegawai penjara so ianya membuatkan aku terlebih excited nak tulis entry walaupun dengan keadaan tangan masih berbalut.korang ingat penjara yang dalam filem itu semua rekaan ke? actually kebanyakannya diadaptasi dari real life.ada yang ngeri dan ada yang terlalu ekstrem untuk dilihat. penyiksaan dowang pula seolah- olah manusia macam mainan.
1.Penjara Carandiru (Brazil)
Penjara ini pernah menggemparkan dunia ketika berlakunya rusuhan besar di penjara tersebut tahun 1992. Tragedi tersebut menyebabkan ratusan nyawa terkorban .
Tragedi Caradiru bermula dari tercetusnya perang ‘antara geng’ di penjara tersebut. sehinggakan pihak polis meminta bantuan dari pihak lain ( power rangers ke??) pada ketika itu ramai banduan telah menyerah diri tetapi pihak polis membalas penyerahan diri tersebut dengan menembak mati mereka.disebabkan itu penjara carandiru ditutup pada tahun 2002 dan pihak polis menyatakan itu bukan kesalahan mereka kerana menembak mati banduan- banduan tersebut.
2. Penjara Bang Kwang (Thailand)
Dikenali sebagai “Bangkok Hilton”. Penjara ini boleh dikatakan sebagai mini new york sebab teramatlah sesak selain kekurangan tenaga polis.Para banduan dirantai sehingga menyebabkan ramai banduan menjadi gila akibat stress walaupun baru menduduki penjara tersebut selama sebulan.
pengarah penjara tersebut, Khun Nattee mengakui,penjarannya adalah yang paling teruk dari segi hukumannya. Di sini kemudahannya sangat terhad termasuk kakitangan pegawai kesihatannya. banduan yang sakit hanya meringkuk dalam penjara dengan keadaan kaki dirantai sambil menunggu bekalan ubat - ubatan datang. ( itupun kalau dapat)
3.Penjara ADX Florence Supermax : (Colorado)
Penjara ini dibangun sebagai balasan atau hukuman keatas banduan yang membuat kesalahan di penjara lain di Amerika Syarikat. penjara ini menetapkan kawalan maksimum untuk mencegah terjadinya serangan daripara banduan seperti rusuhan . Para banduan mengalami penyiksaaan psikologi kerana selama 23 jam mereka hanya dihabiskan disel dan tidak boleh ke mana -mana
Menjadi banduan di ADX adalah suatu mimpi buruk yang tidak boleh dilupakan bagi mereka. Di sana mereka menerima keadaan paling teruk dari mana -mana penjara. golongan yang masuk kesini adalah penjahat kelas tertinggi termasuk yg telah berkali-kali masuk penjara. Di sinilah ‘neraka’ penjara yang boleh mengakibatkan mereka menderita seumur hidup.Selama 13 tahun beroperasi, dua orang tawanan dikhabarkan mati terbunuh di ADX Florence.
Salah seorangnya ialah Lawrence Klaker. Ada yg menyebut dia mati ditembak, tapi ada juga yang cakap bunuh diri.
4. Penjara Alcatraz Island (San Francisco, CA)
Penjara ini, yang dikenali sebagai “The Rock”, atau “Devil’s Island” . Dibangun pada tahun 1920-an. Segala ketidakselesaan ada di sini. Para banduan terputus hubungan dengan dunia luar kerana berada di tengah-tengah pulau
Tidah hairanlah kalau ramai yang terkena gangguan jiwa dan mental akibat tekanan psikologi yang luar biasa. Bayangkan saja, di sana ada larangan untuk tidak bercakap atau bersembang dengan banduan yang lain, kalau ada yang melanggar perintah ,hukuman sedia menanti bagi mereka. banduan juga dilarang meluahkan emosi mereka . Mereka dipaksa diam dan membisu ! Hak hak sebagai seorang manusia, di Alcatraz, telah dirampas. walaubagaimanapun , penjara ini ditutup pada 1963, tetapi sejarah kegelapan terus ‘hidup’ dan menjadi legenda.
5. Penjara San Quentin (San Quentin, California)
pada tahun 1930′ an,penjara ini mula ditubuhkan . penjara ini penuh dengan amalan rasuah sehingga akhirnya muncul pengarah baru , Clinton Truman Duffy yang melihat amalan rasuah ini perlu dibendung
Tapi sebelum masuknya pengarah baru, penjara ini terkenal dengan perilaku pegawai yang tidak adil terhadap banduan terutamanya terhadap banduan baru.Kepala mereka dibotakkan dan dipaksa memakai seragam yang diberi nombor serta diberi makan makanan yang tak seberapa. tambahan pula mereka menghuni sel yang sempit tanpa diberi lampu.
gambar diatas ialah salah satu geng di penjara San Quentin yang melindungi kaum yang berkulit putih
Di sini nyawa tidak ada harganya. rusuhan terus terjadi antara pegawai dan banduan.faktor ratio antara pegawai penjara dan banduan yang tidak seimbang, menyebabkan banyak hal terjadi diluar kawalan.
6. Penjara Diyarbakr (Turki)
Penjara ini disebut sebagai penjara paling kejam di turki di mana segala penyiksaan dan dan penderitaan banduan kerap terjadi. Dari 1981 sampai 1984, 34 orang banduan terkorban kerana diseksa dari segi fizikal dan mental..
Para banduan sebenarnya telah melakukan protes terhadap sistem pengelolaan penjara. Mereka melakukan mogok serta membakar diri sendiri sebagai bentuk protes. Namun ianya tidak berhasil. kemudahan penjara ini ‘sangat mengerikan’ jauh dari yang diketahui umum. Di sini pernah terjadi peristiwa yang menggerikan di mana kanak-kanak dihukum di sini dan mendapat hukuman penjara seumur hidup. penyiksaan terhadap manusia seperti agenda harian. tidak hairan jikalau penjara ini mendapat jolokan paling menggerikan
7. Penjara La Sabaneta (Venezuela)
Venezuela juga memiliki penjara tak kurang ngerinya, di mana kekerasan dan penyiksaan menjadi ‘santapan’ harian.kemudahan yang sangat terhad ,menyebabkan wabak penyakit begitu mudah tersebar. Maklumlah, kakitangan perubatan sangatlah terhad bahkan nyaris tak ada langsung yang berani merawat mereka . .sehingga wabak kornea meragut nyawa sehingga 700 orang banduan .maut bermaharajalela di La Sabaneta. Salah sedikit sahaja , pasti nyawa melayang.pegawai staf penjara yang malas menguruskan banduan ,menyebabkan para banduan bebas berbuat apa- apa .mereka bergaduh serta membunuh sesama sendiri. para pegawai penjara pula berlakon seolah-olah tidak ada apa yang berlaku.
8. Penjara Sante (Paris, Perancis)
Seperti penjara- penjara ‘maut’ yang lain, di sini pun nyawa manusia seolah- olah tidak berharga. .ramai banduan akhirnya menjadi gila. Sel-sel penjara yang penuh dengan lipas dan tikus, membuatkan banduan semakin stress.
‘ La Sante’ bererti health (kesihatan) dalam bahasa Inggeris.padahal kehidupan disini jauh tersiksa . kes rogol diantara banduan wanita semakin tinggi setiap hari.Tidak hairanlah kalau banyak banduan tak tahan akhirnya bunuh diri, atau menjadi gila. Sepanjang tahun 2002 ,dikhabarkan sebanyak 122 kes banduan bunuh diri Disusuli denagan seramai 73 orang banduan pada pertengahan 2003.
Kecenderungan membunuh diri ini kemungkinan kerana cara hidup yang agak mengerikan di sana. Penjara yang terlalu padat,kemudahan terhad , serta pelbagai kekerasan dan penyiksaan yang terjadi di sana,menjadi faktor kes bunuh diri ini meningkat
9.Penjara Rikers Island (Rikers Island, New York)
Penyiksaan yang melampau membuatkan penjara ini begitu terkenal di amerika. Pada 2007, banduan , Charles Afflic mengalami penyiksaan yang berlebihan dari pegawai penjara sehingga harus menjalani pembedahan otak. Sebanyak 6 orang banduan dilaporkan membunuh diri di selnya kerana tidak tahan dengan suasana penjara yang melampau pada 2003.
10.Penjara Tadmor (Suriah)
Kematian di penjara ini seperti tidak terhitung banyaknya. penyeksaan di Tadmor begitu mengerikan dan tidak boleh dimaafkan. Seorang bekas banduan Tadmor menggambarkan penjara ini sebagai kerajaan maut dan paling mengerikan.
Pada 1980, selepas percubaan membunuh Presiden (di Damaskus), askar askar telah menyerang penjara ini, mereka menggunakan helikopter dan mendarat di Tadmor. Para askar ini membunuh 500 orang tawanan di sel mereka. banduan- banduan mati dalam keadaan mengerikan ,kerana tidak dapat menyelamatkan diri disebabkan kaki mereka dirantai di sel.
senarai penjara penjara yang turut tersenarai sebagai penjara paling kejam
Guantanamo bay
bagram , afghanistan
abu ghaib, iraq
::bebot menderum:: Tadi blog ini kena review dari darkbatman..thanks a lot.. so ade la kerja penarafbaikan blog ini akan dibuat. so tunggu la entry seterusnya..thanks yer darkbatman