Total Pageviews

::PROTON KEBANGGAAN MALAYSIA::

Sebelum aku membuka tirai cerita pasal kereta proton,aku tengah pening pasal blog aku.Ada sahaja benda yang tidak kena,itulah inilah. Lastly biar dululah baik aku cerita dulu. Pasal decorate blog ini humban jauh-jauh dulu.Cakap pasal kereta proton ini mesti terbayang lambang proton yang lama ala-ala ultraman gitu. sekarang kereta ini dah jauh maju dari dulu. seingat aku kereta-kereta jenama proton ialah proton saga,tiara,iswara,wira,juara,jaguh,arena,saga baru,neo,
gen-2,persona,perdana,savvy,waja,exora,inspira,pert dan putra.Mesti korang tak penah dengar lagi jenama pert dan putra bukan?? untuk pengetahuan korang dua jenama ini ala-ala mitusbishi lebih kurang macam inspira tapi dikeluarkan khas untuk kejuaraan rali dunia.
Tapi sekarang sempena pameran autoshow proton telah mengeluarkan kereta konsep diorang untuk tatapan umum. memang high class model-model kali ini ditambah pula diberi nama sempena pahlawan melayu terdahulu iaitu tuah,jebat,lekir,lekiu dan kasturi( betul ke susunan ini??)
aku mulakan dengan proton Tuah ,kalau tidak silap proton Tuah direka bagi menggantikan proton Persona. setiap yang lama mesti ada yang baru bukan?? model ini lebih kurang persona baru. bentuk proton tuah ini lebih kurang seperti toyota Altis tapi kecil sikit seperti toyota Vios. Rekaan Tuah ini diilhamkan atau diinspirasi daripada platform P321A dan enjin macam biasa,enjin campro tapi yang latest punya~
 pandangan Tuah dari tepi macam vios kan??

aku kira Tuah ini bakal jadi senjata utama proton untuk menembusi seantero dunia macam model Arena yang tak berapa laku di negara kita tapi laris macam pisang panas di negara-negara lain.


lagipun memang boleh target kereta model ini boleh menembusi pasaran dunia sebab kualiti dan gaya nya memang tak boleh dinafikan elok dan canggih. sekali imbas macam model Subaru Legacy pun ada kan??

 ini pula model proton Jebat. fuhh.. smart beb!! macam Evo Lancer bukan?? Jebat watak popular selepas Tuah yang terkenal kerana sifat aggresive nya jadi sama dengan model Jebat yang tampak garang ini. Tema jebat ini sama dengan Inspira/Evo yang disediakan lengkap dengan kepak sisi,tayar yang besar, dan skema warna hitam putih. apa yang aku boleh jangka model ini akan popular sebaik saja model Inspira bergerak di jalanraya. jadi kita sama-sama tunggu sama ada model inspira akan terkenal atau tidak.
 pendek kata model jebat ini adalah Inspira Evo yang sesuai untuk golongan macam aku..hahaa lagipun model ini memang inspirasi daripada model Mitsubishi Evo yang ditambah sistem skrin sentuh led.memang terbaik!! so ni sedikit gambar model Jebat yang aku upload khas untuk korang
sekarang jom kita terjah model seterusnya iaitu model proton Lekir ataupun Ferrari Malaysia
( sesuka hati aku je bagi nama heehehe). model ini hasil kerjasama dengan syarikat Lotus Eropah(patut la sama) yang harga nya boleh didapati bawah RM 150,000. model ini yang beza cuma ditambah lambang proton didepan.ok la at least boleh kita bangga bukan?? aku cuma nak timbulkan satu soalan, mampu ke orang kita mampu membeli lotus Europe cap Malaysia ini??

cakap pasal harga tadi memang akan jadi kontroversi nanti. sebab pada mulanya kereta ini akan dijual sebagai proton sepang tapi syarikat lotus letakkan harga yang tinggi jika mahu letak nama proton di hadapan. tapi betullah takkan kita nak letak nama lotus lekir bukan??


proton bukankah kebanggaan kita??,tidak hairanlah syarikat proton membida nilai tertinggi semata-mata untuk jenama proton. jadi kesimpulannya kalau kereta ini dipasarkan, golongan atasan saja yang mampu membeli, tapi orang kaya zaman sekarang berlagak mana main kereta tempatan..so lepas ini kepada hartawan-hartawan sekalian baik korang beli kereta ini..not bad right??






 sekarang kita pergi ke model proton lekiu atau dikenali sebaga xactive oleh pereka nya. kereta ini merupakan model crosshover atau lebih senang dipanggil kereta SUV

 model ini adalah inspirasi dari proton Exora,persoalannya khabar-khabar angin mengatakan model ini akan dijual atau tidak dijual.kenapa ya??


akhir sekali kita pergi ke model proton kasturi atau saga R3 yang telah dilancarkan di Thailand. Yang membezakan model kali ini bumpernya yang tajam dan serta ditambah dengan lampu led yang membuatkannya lebih sporty. 



model ini akan dilancarkan di negara kita pada tahun hadapan dan 2,000 stok kenderaan ini telah disiapkan. model ini juga diilhamkan warna hitam puith keseluruhan sehingga pada meter kluster,,hebat bukan??






so apa pilihan korang?? kalau aku aku akan pilih model jebat tak pon lekir sebab nampak sporty,,korang??

P/S: duit pun tak cukup nak beli baju sehelai ada hati nak beli kereta..huhu

5 comments:

cik mas said...

ade rezeki nanti beli la lekir sebijik...hahahaha :)

khai artzfar said...

tak apa nanti sama-sama kita lihat..

Farhan Azman said...

Ouch !Saya suka Lekir ! sexxay~

khai artzfar said...

paan; sexy ker??kenapa semua orang suka lekir??

Anonymous said...

post 2010 ....ini 2017 satu jebat pun tak muncul lagi...he he he. dok tunggu tuah ..tuahnya menghilang terus