Total Pageviews

PANDUAN MEMAHAMI ILMU KONSPIRASI

Kali ini aku nak share sikit pasal ilmu konspirasi yang wajib korang tahu sebelum korang nak siasat sama ada peristiwa atau individu itu berkait rapat dengan konspirasi.jika tidak semua geng kipas susah mati aku sekalian akan terjerumus dalam kekeliruan demi kekeliruan dan hasilnya korang  menjadi sebahagian dari statistik mangsa-mangsa konspirasi antarabangsa.Ya la dalam keserabutan garisan yang bersilang-silang pasti ada titik pertemuannya, jadi titik pertemuan itu yang kita cari..Janganlah menolak atau menerima sesuatu fakta itu secara membuta tuli, kajilah terlebih dahulu. Dalam mencari kebenaran itu mintalah petunjuk dari Allah..Sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui..betul tak?? so inilah entry 'The Trafficker Code' nya:




1-Bukan semua yang ada di dalam dunia ini adalah konspirasi,hasil konspirasi ataupun bersangkut paut dengan konspirasi.Jika korang bertemu dengan satu fakta bahawa terdapat konspirasi pada A,maka tidak semestinya B dan C juga ada kaitan dengan konspirasi.Jangan anggap pokok,kucing anda dan ibu bapa korang adalah ciptaan konspirasi.Ini adalah pandangan yang ekstrim.

Yang penting,korang mesti tapis dahulu maklumat itu.Jangan terima bulat-bulat atau menolaknya tanpa mengkaji dahulu.Fikirkan baik-baik.

2-Tidak dinafikan,sebahagian besar sumber Teori Konspirasi adalah dari para pengkaji Barat.Jadi terdapat dua kategori pengkaji Barat ini.Pertamanya mereka yang memang benar-benar jujur mahu mencari kepastian kepada misteri yang terjadi di sekeliling mereka.Mereka sedar terdapat sesuatu yang tidak kena dengan sistem sosial masyarakat mereka dan apa yang mereka tahu selama ini.Mereka pun mula mengkaji dan mengkaji.Dalam hal ini,mungkin 80% kajian mereka boleh diterimapakai,kerana mereka mengkaji berdasarkan kesan-kesan konspirasi yang dialami oleh mereka sendiri.Selebihnya perlu ditapis dan dipadankan dengan sumber kita sendiri.

Keduanya para penulis yang diupah oleh The Elite sendiri atau para Orientalis yang menulis dengan tujuan tertentu bagi menghasilkan kesan-kesan yang negatif terhadap khalayak.Antaranya dengan tujuan mahu menimbulkan panik atau kesan bahawa manusia tiada gunanya melawan mereka,kekuatan The Hidden Hand amat gagah dan telah mempengaruhi segenap kehidupan mereka.Jadi mereka mahu 'brainwash' khalayak supaya tunduk berserah diri pada kekuatan mereka,menganggap 

The Hidden Hand ini sebagai 'Tuhan' yang dapat menaburkan mereka kekayaan.Lihat,pertamanya mereka menulis segala konspirasi yang berlaku,kemudian mereka akan selitkan seolah-olah Tuhan langsung tidak berkuasa dan jika mahu selamat,berserah diri sahaja pada The Hidden Hand ini.Berhati-hati dengan penulis seperti Zecharia Sitchin atau Alberto Rievera mahupun penulis The Vatican Assassin yang dalam menceritakan pelbagai konspirasi,boleh meleret-leret sehingga Nabi Muhammad dan agama Islam juga dikatakan hasil konspirasi juga!Ini dinamakan merepek dan ada juga di antara mereka yang menganggap makhluk asing adalah punca segala konspirasi ini dan tujuan para 'zombi' ini adalah untuk menduduki bumi dan memperhambakan manusia!

Moralnya,jangan terperangkap dengan permainan penyelidik konspirasi upahan The Hidden Hand mahupun yang berjaya mengelirukan diri sendiri.

3-Apa jua konspirasi mereka,perancangan atau pelan,bagaimana hebat atau dasyat sekalipun perancangan konspirasi mereka,semuanya masih jauh untuk mengatasi PERANCANGAN DAN TAKDIR ALLAH AZZA WA JALLA.

Bagaimana sekalipun hebat mereka merancang dan bertindak,Allah s.w.t adalah Pemenangnya dan hanya Dialah yang layak untuk menang selama-lamanya.Ini kerana semua konspirasi dan pembuat konspirasi itu sendiri adalah makhluk-Nya dan semua itu berada di dalam Ilmu-Nya.

Gunakan kod panduan di atas ketika membaca atau mengkaji pelbagai teori konspirasi di merata-rata sumber.Dalam hal ini,adalah penting untuk belajar ilmu AlQuran dan Hadis Rasulullah s.a.w supaya kita lebih celik dan jelas membaca segala konspirasi musuh-musuh Allah.Ini kerana di dalam kedua-dua sumber inilah telah diceritakan tanda-tanda konspirasi mereka ini.Orang yang asing dengan AlQuran dan Hadis adalah cenderung untuk panik dan terkejut dengan apa yang mereka baca.Mereka juga cenderung untuk menganggap hal-hal konspirasi yang mereka baru baca itu adalah ilmu baru dan amat luabiasa,padahal di dalam AlQuran dan Hadis sendiri banyak menceritakan segala konspirasi dan pembohongan golongan Yahudi,Nasrani dan The Hidden Hand. 


#pesanan penaja::Ingat tiga poin penting ini,alah tiga saja pun bukan 3 ribu,alamat rumah mak mentua ingat pulak...
KREDIT TO:

No comments: