Total Pageviews

Tempat Menarik Di Tawau

Kalau ditanya aku dalam banyak - banyak negeri di Malaysia yang manakah menjadi pilihan , aku akan cakap Terengganu dan Sabah kerana kedua - dua negeri ini berjaya menambat hati aku dengan kecantikannya yang tersendiri


Bercakap mengenai Sabah, sebenarnya masih ramai yang takut untuk kesana dek kerana peristiwa hitam yang melanda Sabah beberapa tahun yang lalu. Maka baru - baru ini aku bersama - sama dengan Blogger dan Social Media Influencer yang lain telah ke Tawau dan Semporna Sabah setelah dijemput oleh Sabah Tourism Board dan Gaya Travel Magazine


Tujuan kiteorang kesini adalah untuk merasai sendiri pengalaman berada di negeri dibawah bayu ini dan menjelajah pulau yang dikatakan pulau - pulau yang paling cantik di Malaysia. Sewaktu kiteorang ke sini, masih ada yang bertanya tidak bahaya ke kat sana? Haa nak tahu jawapannya korang kenalah baca sampai habis entry ini ya 




Di Sabah, Tawau dan Semporna adalah lokasi yang ditujui dalam FAM Trip ' Sea You In Sabah '. Nama pun unik kan? Untuk korang yang datang ke Tawau, apa kata jelajah tempat menarik di Tawau yang berikut ? Sebabnya ramai yang tidak tahu Tawau tersimpan keunikannya yang tersendiri 


Tempat Menarik di Tawau 

Teck Guan Cocoa Museum 



- Ramai yang tak tahu Teck Guan Cocoa Museum ini ada special tau. Mana tidaknya dorang memproses koko menjadi produk yang terkenal sehingga luar negara tau.









 Kiteorang sempat cuba moshi coklat , air coklat dan beberapa coklat yang dibuat sendiri dekat sini. Sedap! So datang tawau datang kesini dan belilah sedikit produk Teck Guan sebagai tanda kenangan 

Tawau Hills Park 




Buat korang yang sukakan alam semula jadi, Tawau Hills Park wajib berada dalam list itinerary korang. Tersimpan pelbagai khazanah hutan , disini sangat sesuai untuk datang rekreasi. 





Jangan lupa bawa baju persalinan ya sebabbnya dekat sini ada kawasan air terjun yang korang boleh mandi. Wuhoo! 


Columnar Basalt, Giram Nek Legek, Kg Balung Cocos 




Pernah dengar mengenai Columnar Basalt ? Kalau ini adalah 1st time korang dengar samalah kita. Columnar Basalt adalah formasi batuan yang terhasil dari pembekuan aliran lava. 



Menariknya lagi formasi batuan ini tersusun cantik dan ianya berlaku secara semula jadi. Dikhabarkan Columnar Basalt di Giram Nek Legek, Kg Balung Cocos ini adalah satu - satunya di Malaysia.



 Dekat sini pun korang boleh mandi manda sambil beriadah. Nak tengok Columnar Basalt, datanglah ke Tawau! 


Tempat Makan Menarik Di Tawau

Dah datang di Tawau, tak sah kalau korang tak mencuba makanan tempatan di sini kan? So dalam kunjungan kami sempena #SeaYouInSabah kami sempat mencuba beberapa lokasi tempat makan menarik di Tawau. Pastikan tempat - tempat ini berada dalam itinerary korang ya

Pisang Cheese Di Indo Cafe


Sewaktu makan di sini, ramai juga yang komen cakap sedap dan ada juga yang cakap asalnya Pisang Cheese di Malaysia bermula disini. Memang sedap! Selain Pisang Cheese, korang patut cuba juga menu -  menu yang lain seperti Pisang Peanut Chocolate dan juga Pisang Penyet. Best dimakan waktu riadah petang

Seafood Fresh!

Nak makan seafood? Apa kata korang cuba makan di Ocean Seafood Restaurant dan Sri Titingan Seafood Restaurant. 










Kedua- dua restoran ini menyediakan makanan laut yang fresh dan sedap! Mesti cuba!



Restoran Hj Tamrin




Yang ini korang wajib cuba kalau tidak tujuan korang ke Tawau tidak akan lengkap. Restoran Hj Tamrin ini terkenal kerana menyediakan Nasi Kuning. Sempat juga merasa untuk pertama kali, memang sedap! Nasi Kuning ini unik kerana dimakan bersama sambal kelapa yang manis dan telur rebus. 





Sebagai pelengkap, korang boleh pilih lauk hidangan seperti ayam masak merah, gulai daging atau tuna. Selain itu, jangan lupa untuk mencuba keunikan Mee Tauhu




Mee ini adalah mee yang digoreng biasa dan dimakan bersama - sama sup tauhu. 1st time rasa dan memang betul unik weh.


Balung River Eco Resort




Tempat ini bukan sahaja tenang dengan pemandangan yang menghijau malah turut menyediakan sajian yang enak. Pada kunjungan kiteorang yang lalu, sempat juga merasa aneka sajian asli Tawau yang pastinya sangat berselera. 






Tambahan pula, 1st time aku mencuba makan daun baiduri. Sedap sampai bertambah lol


Jadi itulah serba sedikit mengenai tempat menarik di Tawau. So nantikan update yang seterusnya. Jauh lebih menarik iaitu Tempat Menarik di Semporna. Nantikan!


Penghargaan :


Sabah Tourism Board

Gaya Travel Magazine

No comments: