Pullman Putrajaya Lakeside Ada Pantai Buatan !
Jika bercakap mengenai percutian yang
menyeronokkan, sudah pasti ianya tidak akan lengkap tanpa penginapan yang
selesa dan menarik yang pada pengakhirannya pasti tersemat pelbagai kenangan
manis kan?
Hotel Review kali ini aku memilih Pullman Putrajaya Lakeside yang pastinya
merupakan pilihan tepat buat korang yang berkunjung ke Putrajaya. Bukan sahaja
menawarkan perkhidmatan yang cukup sempurna dan memuaskan malah segala –galanya
ada disini.
Namakan saja fasiliti yang korang
inginkan. Gymnasium, kafe, sauna, bilik mesyuarat, semuanya serba lengkap! Bagi
korang yang berkunjung ke Putrajaya baik untuk urusan perniagaan , kerjaya
ataupun bercuti kini tidak perlu bersusah payah memikirkan masalah penginapan,
segalanya ada di Pullman Putrajaya Lakeside.
Pullman Putrajaya Lakeside merupakan
antara hotel di bandar pusat kerajaan ini yang menawarkan keselesaan bilik
untuk tetamunya yang bertaraf lima bintang. Dilengkapi dengan 281 bilik dan
suites yang bertemakan gabungan etnik melayu, cina, india dan Borneo menjadi
tarikan buat setiap pengunjung yang menginap di sini. Malah Pullman Putrajaya Lakeside
sering kali menjadi pilihan kerana kedudukannya yang strategik dan berhampiran
dengan tempat menarik di Putrajaya seperti Alamanda
Putrajaya, pusat – pusat kerajaan, dan banyak lagi.
Malah untuk pengetahuan
korang , hotel ini berhadapan dengan Tasik Putrajaya dan dilengkapi dengan
ifiniti pool yang berlatar belakangkan pemandangan tasik ini.Penginapan disini turut tersedia dengan
perkhidmatan spa di Fit and Spa yang
menyediakan urutan terapi, facial dan banyak lagi.
Spa yang telah 7 tahun
beroperasi ini telah menerima pelbagai pengiktirafan termasuk pengiktirafan lima bintang. Sempat
juga aku mencuba perkhidmatan spa disini,diakui memang terbaik dan layak
menerima pengiktirafan. Segar je weh
Bagi mencipta kelainan, hotel ini
turut dilengkapi dengan pantai buatan manusia dan trek rekreaksi khas untuk pengunjung Pullman Putrajaya.
Memang menarik! Kagum kejap aku tengok pantai dia.
Malah untuk korang yang suka berhibur,
pada setiap malam di ruangan lobi, penyanyi band sedia menghiburkan korang
dengan pelbagai muzik dan lagu yang yang mengasyikkan. Dengan bilik yang
selesa, menarik dan kemudahan yang pelbagai , penginapan korang di Pullman
Putrajaya Lakeside sudah semestinya mencoret pengalaman yang manis untuk dikongsi
bersama kenalan. Untuk yang mencari hotel di Putrajaya mungkin boleh menginap di sini
Pullman Putrajaya Lakeside
No.2, Jalan P5/5, Presint 5
62200 Putrajaya, Wilayah Persekutuan, Malaysia
Tel. +60 (3) 8890 0000
Email : info@pullmanputrajaya.com
62200 Putrajaya, Wilayah Persekutuan, Malaysia
Tel. +60 (3) 8890 0000
Email : info@pullmanputrajaya.com
Facebook :
https://www.facebook.com/PullmanPJ/
Instagram :
https://www.instagram.com/pullmanputrajaya/
Jangan lupa dapatkan Majalah Backpackerz untuk baca isu penuh mengenai hotel ini pada Jun nanti !
No comments:
Post a Comment