Total Pageviews

Persiapan Sukan Olimpik Musim Sejuk PyeongChang 2018 Rancak !

Hi guys! Korang tahu tak pada tahun hadapan, PyeongChang yang terletak di Korea Selatan, bakal menjadi tuan rumah untuk Sukan Olimpik Musim Sejuk. Baru - baru ini sempat aku tengok preview persiapan dan antara acara yang bakal dipertandingkan. 


Tempatnya sangat cantik dan membuatkan aku terasa nak sangat pergi kesana,manalah tahu ada rezeki kan? Menariknya mengenai Olimpik Musim Sejuk ini, ianya hanya akan dilakukan pada musim sejuk di negara yang ada musim sejuk. Dan kali ini tuah berpihak kepada PyeongChang yang khabarnya sudah membuat persiapan lebih dari 10 tahun. Wow!!! Hebat tau! Berikut antara persiapan dan jangkaan yang kita bakal saksikan pada tahun 2018 nanti 

Lokasi Acara- Acara Sukan Olimpik


Kalau nak tahu, terdapat 2 bahagian untuk acara olimpik bakal diadakan iaitu bahagian  Sukan Ais dan Sukan Salji & Gelongsor

Lokasi acara ujian sukan Salji & Gelongsor;



Kesemua lokasi acara Sukan Olimpik ini sedang masuk ke persiapan akhir dengan 6 lokasi terbaru untuk pertandingan yang masih dalam pembinaan telah siap 96.3%, dan ianya berjalan lancar dan siap lebih awal dari yang dijangkakan. Hebat kan? 



Menariknya lagi, semua lokasi stadium dan persiapan untuk sukan olimpik ini dijangka siap menjelang akhir tahun ini membabitkan  13 stadium yang akan digunakan untuk pertandingan, di mana ada 8  kluster gunung, dan 5 kluster pantai.



Dijangka sebanyak 29 acara bakal berlangsung sepanjang Sukan Olimpik Musim Sejuk  PyeongChang 2018, 20 acara Olympic, 5 acara Paralympic , 2 acara bukan pertandingan dan 2 acara bukan sukan 

Pengangkutan

Yang paling mengagumkan, bersempena dengan Sukan Olimpik Musim Sejuk  PyeongChang 2018 Kereta Api berkelajuan tinggi telah direka untuk  membawa penonton dari Seoul di bawah purata dua jam. Keretapi Yeongdong Express Highway yang ke-2 ini telah siap pada tahun lepas dan bersedia untuk ujiannya pada musim panas ini. So kalau nak datang ke sini lagi mudah dan cepat!
Hello 2018 PyeongChang Winter Olympic




Korang tahu tak pada 8 Februari yang lepas bertempat di Seoul,  jam OMEGA telah memulakan kiraan detik untuk 2018 PyeongChang Winter Olympic. Selama 10 hari hari Wilayah Gangwon meraikan detik temasya sukan olimpik ini. Dalam majlis yang sama jualan tiket kepada umum, dan  rekaan rasmi Obor Olimpik  telah diperkenalkan. Cantik!

Melihatkan kepada persiapan nya membuatkan aku sangat teruja, moga ada rezeki ke sini. Aminn, Jangan lupa keep update dengan post aku mengenai Sukan Olimpik Musim Sejuk PyeongChang 2018 

Untuk maklumat lanjut mengenai persiapan sukan olimpik ini korang boleh klik SINI 

No comments: