Diganggu Makhluk Halus di Hotel
Kalau cakap pengalaman diganggu makhluk halus di hotel ni ,
dah banyak sangat pengalaman sampaikan kawan – kawan pun dah lali dengan
pengalaman aku. Mungkin ini kelebihan yang Allah bagi sebab dekat orang lain
tak akan alami pun. Sedangkan kiteorang duduk di hotel yang sama.
Dalam banyak – banyak pengalaman ni, yang paling aku ingat
ketika menginap Hotel di Kunming China yang aku follow untuk trip media kesana.
Kiteorang pergi semuanya 7 orang termasuk sorang staff dari AirAsia.
Sampai ja dekat sana, penginapan kiteorang cukup bertuah
sebab disediakan hotel 5 bintang. Sangkaan aku kiteorang akan share bilik. Tapi
memandangkan bilangan kiteorang ganjil , so staff AirAsia tu cakap ’Khai you
stay sorang boleh kan? Bilik you dekat – dekat dengan bilik I” So aku cakap
okay je. Lagi best sebenarnya sebab duduk sorang – sorang ni freedom sikit .
Aku dengan staff AirAsia tu dapat bilik di tingkat 4, dan yang lain semuanya di
tingkat 6
Kiteorang stay dekat hotel ni untuk 1 malam je sebab
kiteorang akan ke tempat lain keesokan harinya. Semasa nak ke lif hotel, tiba –
tiba aku terperasan seorang perempuan tua, tersenyum sorang – sorang di sebalik
tangga pintu kecemasan. Fuhh terperanjat beruk aku. At first ingatkan hantu,
dengan muka mekap tebal, berkedut dan pakai cheongsam merah.
Aku tanya yang
lain –lain samada dorang Nampak ke tak. So
semua jawab nampak,fuhh nasib. Dorang cakap, perempuan ni ala – ala perempuan
sindiket yang menunggu mana – mana pengunjung hotel yang inginkan service dia
Bilik dia memang cantik, tapi memang fully la Chinese
concept. Dengan red lantern dia, memang agak romantik. Sementara menunggu makan
malam , aku plan nak berendam dalam bath tub. Maklumlah dah penat bagai atas
flight, pastu jarang – jarang dapat berendam dalam bath tub. Ambik lah peluang
Tengah elok berendam, sekali lampu semua tiba – tiba terpadam
sendiri. Time tu aku tak fikir yang pelik pun, just terfikir mungkin teknologi
dia yang canggih, then detect sensor.So aku pun keluarlah, tekan balik suis
lampu.
Bila dah sambung berendam dalam 15 minit macamtu, tiba –
tiba ada orang ketuk pintu bilik aku banyak kali. Yish sapa pulak ni, padahal
rasanya belum time makan malam lagi. Aku siap cakap lagi ‘Wait a minute!’
sebabnya dia ketuk pintu bilik aku non stop. Gelabah aku dengan berkain tuala
nya gigih gi buka pintu. Bila dah buka, sekali tak ada siapa. Haihh siapa pulak
ni. Dah buka tak ada orang pula.
Time tu pun aku tak fikir pelik – pelik lagi. Bila dah
sambung berendam, tiba – tiba meremang bulu roma aku ni fikirkan pasal tadi.
Terus tak jadi nak berendam lama – lama. Bila nak ambil tuala, lagi aku
bertambah pelik. Sebabnya tadi aku gantung dekat pintu, dan kenapa tuala aku
boleh ada dalam tong sampah bawah sinki. Meremang lagilah bulu roma aku
Terus ambil towel baru, dan keluar toilet. Kelam – kabut jugaklah
aku bersiap. Time dinner tu , aku pun ceritalah dekat dorang pasal ni. Macam –
macam tips dan story juga dorang cerita nak bagi penyedap cerita malam tu. Ada
yang cakap aku lupa bagi salam bagai, lupa nak ketuk pintu bilik, tu yang ‘penumpang’
dalam tu terkejut
Balik dari makan malam tu, rasa berdebar lagi sebab takut
ada kejadian yang pelik – pelik berlaku. Dorang pun ada offer nak tidur bilik
dorang, tapi fikirkan balik kesian pulak. Sebab nanti bersempit tak selesa. So aku pun kuatkan semangat,buat – buat tak tahu , balik ke
bilik nak tidur. Dalam hati, adalah juga cakap ‘ aku nak tumpang tidur je,
jangan lah kacau aku’
Malam tu, memang aku tertidur lena, melainkan pada tengah
malam tu. Aku tersedar yang aircond tertutup sendiri. Dalam tengah mamai tu,
aku terasa macam ada benda yang bermain dekat kaki. Dengan mata terpejam, aku
pun kuis – kuis dengan kaki yang lain.
Tengah kuis – kuis tu, tiba – tiba aku tersentak dan
terjaga. Tapi mata sengaja aku pejamkan rapat sebabnya sewaktu tengah kuis kaki
tadi, aku terasa seperti terkuis sepasang tangan panjang yang berbulu
Terus aku melompat dari katil, sambil jerit Allahuakhbar
sekuat yang mungkin. Waktu tu tak terfikir pun nak call atau keluar bilik. Yang
aku tau kesemua lampu aku bukak, termasuklah TV aku pasang kuat – kuat.
Bila dah okay sikit, aku pun cakap ‘aku tak kacau kau,
janganlah kau kacau aku’ .Terus aku duduk balik atas katil. Nak sambung tidur,
takut benda yang sama jadi. So aku pun gagahkan diri tengok tv, ada kalanya
terlelap juga sekejap sebab ngantuk sangat.
Keesokan harinya bila dah check out , aku pun ceritakan
dekat dorang mengenai peristiwa malam tadi. Bagi aku, takut tu kejap je , sebab
dah terbiasa.
Cerita tu tak habis dekat situ je, selang dua hari selepas
tu, kiteorang kembali ke hotel yang sama. Dan diberitahu yang kiteorang akan
check in dekat sini sebelum pulang keesokannya. Yang menakutkan aku adalah,
bilik yang aku dapat kali merupakan bilik yang sama aku dapat masa 1st
day check In.
Media Team yang Ke Kunming - PIC : www.penaberkala.com |
Kawan – kawan yang lain semuanya dapat bilik yang berbeza.
Kali ini cuma aku je yang berada di tingkat tu. Dorang pun siap pesan, jangan
lupa ketuk pintu bilik sebelum masuk. Memandangkan dah malam, mata pun penat
aku gagahkan masuk bilik. Sebelum tu memang baca habis la segala ayat.
Alhamdulillah, kali ini tak ada apa – apa mungkin sebab dah
penat sangat jadi segala apa pun tak sedar. So peristiwa pintu diketuk, tuala
dibuang dalam tong sampah, suis aircond tertutup sendiri, dan kewujudan tangan
yang berbulu memang satu pengalaman seram boleh aku ceritakan ketika berada di
hotel
Pernah dengar mengenai Volkswagen Kuning ?
Filem seram terbaru arahan David Teo bakal menghantui panggung wayang berdekatan bermula 20 September ini!
MENGISAHKAN sepasang kekasih yang telah bertunang, Fuad dan Sarah, yang dalam perjalanan untuk pulang ke kampung Fuad. Mereka mengalami gangguan apabila tersesat selepas senja semasa mencari kedai makan. Gangguan itu menyebabkan mereka mengalami kemalangan dan Sarah mula berubah. Semuanya gara-gara Volkswagen kuning!
Fuad ditahan di wad, manakala Sarah langsung tidak mengalami kecederaan. Raudhah, kakak Sarah,datang untuk menjemput Sarah pulang ke bandar, sementara menunggu Fuad pulih dari kecederaan. Tanpa diduga, Sarah membawa pulang ‘sesuatu’ bersamanya.
Untuk blogger pula, korang berpeluang memenangi OPPO F1s kalau join contest blogpost Volkswagen Kuning! Gunakan #OPPOF1s #SelfieExpert |
2 comments:
Aduiii siap kuis kaki terasa kuku plak >_< meremang bulu roma.
Huhuhu... scarynyer pengalaman Khai...baca pun rasa seram
Post a Comment