Total Pageviews

Pengalaman Bercuti Di Macau | Edisi Tempat Bersejarah

Pengalaman Bercuti Di Macau | Edisi Tempat Bersejarah  | Baru - baru ini Budak Pacak berpeluang ke Macau anjuran Macau Government Tourism Office - MGTO . Alhamdulillah, rezeki lagi untuk berpijak ke negara orang. Kalau korang nak tahu , ini adalah kali kedua Budak Pacak ke Macau, dan Macau juga merupakan negara pertama yang Budak Pacak lawati. 

Dan untuk trip kali ini , MGTO  telah menetapkan tema ' Footsteps into the Historic Centre' iaitu memfokuskan beberapa tempat bersejarah di Macau untuk kami lawati . Berbanding trip yang lepas, kami dibawa ke beberapa tempat menarik di Macau yang berteraskan pembangunan moden Macau . 

Kira memang betuah la dapat pergi lagi sebab kebetulan gambar haritu kebanyakan dah hilang sebab kena format malah gambar dekat entri yang lepas pula banyak yang corrupted. So bolehlah renew balik gambar - gambar menarik di Macau 

Trip selama 4 Hari 3 Malam ini terdiri dari 3 orang blogger iaitu Budak Pacak , Rebecca Saw dan Kisah Tatie dan disertai beberapa orang rakan media dari Utusan , Kosmo , Malaysia Kini dan Kini TV. 

Hari Pertama 



Kami bertolak dari KLIA2 dengan menaiki pesawat AirAsia pada jam 2 petang dan sampai lebih kurang  6 petang. Perjalanan ini mengambil masa 4 jam dan sampai saja di Macau terus check in hotel. Hari pun dah lewat petang jadi untuk hari pertama kami banyak berada di hotel dan kawasan sekitarnya.



Untuk pengetahuan korang, kali ini kami menginap di Harbour View Hotel yang terletak betul - betul di kawasan Macau Fisherman Wharf yang terkenal di Macau. 










Yang bestnya hotel yang bertaraf 4 bintang ini baru sahaja di buka pada Februari yang lalu dan kiteorang antara rakyat Malaysia yang terawal menginap di hotel ni. 

Dah selesai check in, perut pun dah lapar , masa untuk makan malam. Ni pun best juga sebab restoran yang kami pergi ni, Taste of India merupakan salah satu restoran halal di Macau dan terletak di belakang hotel Harbour View  Hotel. 




What else you want  sebab semuanya ada dekat sini , tempat yang strategik and I personally highly recommend this hotel for you to stay. Awesome 


Hari Kedua 



Pagi - pagi lagi disambut mesra oleh tour guide kami, Mrs Assunta. Trip yang lepas pun dia juga. Best sebab orangnya mesra dan peramah, Nice to see you again Assunta. Untuk hari ini terlebih dahulu kiteorang ke Avenida da Praia Grande. Avenida bermaksud Avenue dan disini terdapat pelbagai peninggalan dan replika sejarah. Dan antara yang kami berjaya lawati adalah 


Leal Senado Building 



Senado Square 





St Dominic Church 



Sam Kai Vui Kun Temple 




Heritage exhibition of A Traditional Pawnshop Business 



Tung Sin Tong Historical 





Happiness Street , Cheng Peng Theatre , Rua Da Caldeira 




Ruin of St Paul






dah jauh berjalan, masa untuk makan pula. Memandangkan Macau merupakan salah satu negara peninggalan Portugis, untuk  makan tengahari kami makan di Escada Portuguese Restaurant





Restoran ini bukanlah restoran halal namun untuk menu - menu makanan kami telah memilih sebaik - baiknya dan memastikan ianya adalah pork free 





Seterusnya kami ke Venetian salah satu hotel mewah yang terdapat di Macau. Sebagai info, Venetian juga merupakan pusat kasino yang terbesar di dunia. Hotel ini tak pernah tak bosan tengok hiasan dan reka bentuknya.  Bagaimana korang tengok di Venice begitulah di dalamnya termasuk a must try Gondola.







Disini kami membuat inspection hotel bagi memperkenalkan hotel ini kepada pilihan hotel untuk korang yang ingin datang ke Macau. untuk review hotel akan Budak Pacak ceritakan dalam satu entri khas bersama hotel - hotel yang lain 




Sebelum habis aktiviti hari kedua, kami makan malam di Golden Peacock Indian Restaurant salah satu restoran favourite Budak Pacak di Macau . 






Golden Peacock Indian Restaurant ini juga merupakan restoran halal di Macau dan chef mereka, Chef Justin Paul telah dianugerahkan ' one star rating in the illustrious Michelin Guide Hong Kong And Macau 2014. Chef ini telah berpengalaman 20 tahun dalam bidang masakan dan telah menyediakan makanan untuk beberapa acara bertaraf 5 bintang 

Hari Ketiga 

Penggembaraan kami di Macau diteruskan lagi dengan seawal pagi ke Perkampungan Taipa . 



Untuk pengetahuan korang, Taipa merupakan antara tapak penubuhan awal Macau dan disini terletaknya beberapa warisan dan sejarah Macau seperti himpunan tokong  dan gereja yang sudah berkurun usianya. Antara peninggalan sejarah  yang terdapat disini adalah 

I leng Temple 

Kun Lam Temple 

Pak Tai Temple 

Tin Hau Temple 



Museum of Taipa and Coloane History 


Carmo Hall

Our Lady of Carmo Church 



Taipa Houses - Museum 





Untuk hari ini kami telah menjamu selera di hotel yang sangat sesuai untuk muslim iaitu Grand Coloane Resort





Disini baik dari segi fasiliti hinggalah ke makanan mereka halal dan sesuai untuk muslim, Disini mereka turut sediakan kelengkapan untuk beribadat pendek kata kalau tercari - cari lokasi yang sesuai untuk korang menginap disinilah tempatnya, Yang bestnya setiap bilik di sini menghadap pemandangan bayu laut. memang terbaik 

Selesai menjamu selera kiteorang bergegas ke Sands Cotai Central dimana terletaknya hotel - hotel seperti Holiday Inn Macao , Conrad Macao dan Sheraton Macao


Sebelum kiteorang buat inspection hotel , terlebih dahulu kiteorang menyaksikan perarakan watak - watak animasi terbitan Dreamworks seperti watak - watak filem Shrek , Madagascar , Kung Fu Panda, How To Train Your Dragon dan banyak lagi, Perarakan yang mengambil masa hampir 20 ini mengelilingi Sands Cotai Central sentiasa mendapat perhatian pengunjung. Macam yang Budak Pacak cakap, setiap hotel di Macau mempunyai tarikannya tersendiri 




Seterusnya kiteorang ke Grand Prix and Wine Museum. Bila korang datang ke Macau, sila jejakkan kaki ke sini sebab tak lengkap kalau korang tak tahu mengenai sejarah Grand Prix di Macau. Malah kalau korang berada di bandar Macau, akan terdapat beberapa podium dan platform khas yang dibina untuk Grand Prix di Macau 





Bagi makan malam terakhir kami di Macau, 360 Cafe @ Macau Tower. Bagi muslim, secara peribadi Budak Pacak katakan makanan disini agak kurang sesuai.




 Tapi untuk melihat pemandangan bandaraya Macau dari pelantar menara ini why not right , disamping itu, buat korang yang sukakan aktiviti lasak, boleh cuba Skywalk atau bungee jumping yang merupakan terjunan bungee yang tertinggi di dunia


Hari Keempat 



Sebelum bergerak pulang pada sebelah petang, kiteorang akhiri trip kali ini dengan menaiki bas hop on hop off dimana bas ini bergerak ke setiap checkpoint atau tempat menarik sekitar bandaraya Macau. Sempat juga kiteorang singgah ke Hard Rock Hotel




Bagi fans Hard Rock ni, adalah menjadi kewajipan dorang untuk membeli merchandise dari Hard Rock sebagai koleksi peribadi. 



Jadi itulah corat coret perjalanan Budak Pacak di Macau untuk 4 Hari 3 malam . Kalau ditanya memang Budak Pacak nak datang lagi kesini. Jutaan terima kasih kepada pihak Macau Government Tourism Office kerana menjemput Budak Pacak ke sini. Apa pun , keep update dengan Blog Budak Pacak kerana cerita di Macau tak habis lagi disini. akan datang Budak Pacak akan bercerita mengenai pilihan hotel di Macau dan juga tips melancong di Macau dan lebih banyak gambar dan video di Macau

6 comments:

Pojiegraphy said...

Best gila! Never been to Macau. Haritu ada contest pun, tak ada rezeki. Huhu!

Korn Ahmad said...

serius gmbar cantik2.. xpasti samada kualiti camera atau bangunan sana cantik2..

tapi bukan bilihan hati untuk pergi sana.. =)

I N A A I N A A said...

Bapakkk aaahh besttt!!!! Cantik permandangan kat Macau ni... Nanti nak holiday kat sini la

farzli said...

rajin benor hang masukkan gambar.. hohoho

alizal said...

Nice pic and great info as well bro!

Kalau diberikan pilihan 1 tempat jer nak pergi kat macau, u rekemen tempat mana nak pergi bro?

Maybe, October nanti kami satu family ke sana dan HK...

Thanx in advance

Wak Lat said...

salam dari masadepan 2023., ;p